Bab 33 DCA

130 7 1
                                    

Iskandar tersenyum kecil.Tangannya mengusap lembut kepala anak kucing yang sedang makan itu.

Hiyen.Nama yang Delisya berikan untuk si kecil ini.Comel je bunyinya.Macam tuannya.

"Makan banyak-banyak tau.Sorry lah kalau aku dah lama tak jenguk kau.Selama ni aku suruh Pak Man je bagi makan dekat kau.Sekarang baru aku ada masa nak bagi kau makan.Maafkan aku,ye?"bisik Iskandar dengan senyuman dibibir. "Miow" balas kucing kecil itu.

Tiba-tiba Is mendengar ada yang memanggil nama Hiyen.Dia terus berdiri.Dah agak! Mesti Delisya akan datang ke sini.Kakinya terus berjalan ingin mendekati Delisya yang sedang mencari sesuatu.Mesti cari anak  kucing kesayangan dia ini.

Wajah Is terus berubah.Kakinya terus berhenti ingin mendekati Delisya lalu duduk menunduk dengan pantas.Tidak mahu ketahuan.Rupa-rupanya Delisya tak berseorangan ye.Dia membawa teman.Dan temannya itu... Ammar Amsyah.

Hatinya bagai dirobek.Entahlah.Rasa benci pula pandang mamat tu lama-lama.Tadi dekat kelas dia perhati je si mamat tu asyik usya awek dia.Sampai nak tembus dia usya!

Sekarang ni,teman Delisya datang sini pula!Ish tak guna!

Iskandar mengerling sebentar ke arah mereka.Ya Allah, kenapa hatinya sakit apabila melihat Ammar yang cuba mendekati Delisya itu? Mungkin dari awal dia tak suka lelaki itu, tu yang makin benci bila tengok lelaki itu cuba dekat-dekat dengan Delisya.

Is mengeluh sendiri.Nampaknya Delisya selesa dengan Ammar.Baik dia jangan kacau.Is tersenyum tawar.Dia mengusap lembut kepala Hiyen buat kali yang terakhir sebelum bangun untuk beredar.Buat apa lama-lama dekat sini? Buat patah hati je hm.

Dia bersembunyi disebalik tembok.Matanya tajam memerhati gerak geri Delisya yang sudah menjumpai Hiyen.Mamat tu pun, follow je mana Delisya pergi.Annoying!

"Dah lah.Baik aku blah sebelum mereka tahu kewujudan aku." bisik Is.Kakinya melangkah pergi.Belum sempat beberapa langkah, telefon pintarnya berdering.Membuatkan langkahnya terbantut.Tangan menyeluk saku ingin mengambil telefon.

Nama Mummynya tertera di skrin layarnya.Dahinya berkerut sebelum mengangkat panggilan itu.Kenapa pula mummynya ni call tiba-tiba?

"Ye, mummy?"

"Sayang mummy ni pergi mana? Tak nak balik ke? Risaulah mummy dibuatnya! Pak Man balik tadi dengan beg Iskandar je.Mana orangnya? Is pergi mana sayang?" Bebel Tengku Noraini.Iskandar menggaru kepalanya.Aduh mummy ni,sikit-sikit nak risau!

"Mummy,Is okay lah. Is... Is pergi kedai buku.Hah! Kedai buku.Kejap lagi Is baliklah.Mummy tak payahlah risau sangat."

"Yelah! Tapi make sure you balik awal, ye! Jangan lepak lama sangat.Lagipun your grandma datang sini.Nanti you lama-lama dekat luar dia risau.Balik cepat!" arah mummynya.Iskandar hanya mengiakan saja kata ibunya itu.Sesekali tangannya naik menggaru kening.Aduh, mummynya ni dah habis membebel ke belum?

"WOI KAU DENGAR TAK BUDAK?!"

"TAK NAK!"

Is terus berpaling.Terkejut dirinya apabila melihat Delisya yang seorang diri ditengking oleh seorang lelaki tua.Siapa tu? Macam... guard dekat sini je.Lagi satu, mana si mamat acah caring tu? Hilang dah ke? Awal...

"Kau cakap apa?"

"SAYA KATA SAYA TAK NAK! SAYA TAK NAK! BUAT APA SAYA NAK IKUT PAKCIK? SAYA TAK MENCURI APA-APA PUN! SAYA HANYA BAGI MAKAN KUCING DEKAT SINI JE! TU PON SALAH KE? PAKCIK YANG GELABAH SANGAT SEKARANG NI KENAPA?!"

"Is? Is dengar tak apa yang mummy cakapkan ni?" Iskandar tersentak apabila ditegur ibunya dicorong telefon.Dia pantas membalas. "Ye ye.Kenapa mummy?" Mata tidak lepas dari memandang mereka.Harap tak ada apa-apa yang berlaku.

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now