"Delisya?boleh tolong saya tak?"
"Tolong apa tu cikgu?"
"Tolong ambilkan fail rumah sukan kamu,boleh?"Kata Puan Zulina dengan senyuman.Del menganggukkan kepalanya.Dia terus bangun dari duduknya.
Mata diliar mencari Rina.Budak ni pergi mana pula dah?Saat-saat memerlukan tak ada pula!
"Ish merayap ke mana pula budak ni?Haih,terpaksalah aku pergi seorang."bebel Del sendiri.Kakinya bergerak naik ke bilik guru.
Dia terus mencari fail yang diminta cikgu apabila sampai.Tangannya sibuk membelek setiap ruang dimeja.
"Dekat mana pula cikgu letak ni?"keluh Del.Sudah hampir sepuluh minit dia mencari.Dia bercekak pinggang.Sesekali tangannya naik mengelap peluh didahi.Pelik kan?dah ada pendingin hawa pun masih berpeluh.HAHA!
"Kau cari apa?"Tegur suara garau dibelakang Del.Bahu Del terus terangkat.Dia menoleh ke belakang dengan muka terkejut.Untuk seketika dia berasa lega.
"Lah kau rupanya.Aku ingat perogol bersiri tadi!"kata Del.Dia mengurut dadanya.Iskandar mengangkat sebelah keningnya.
"Kau ni imaginasi tinggi sangat.Dekat sekolah pun ada perogol bersiri ke?"tanya Is pelik.Dia memandang wajah Del dengan kerutan.
"Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku..."Kata Del.Dia memandang tepat ke dalam mata Is.
"Oh,sekarang ni kau nak kata yang aku ni perogol bersiri ke?"tanya Is tanpa riak.Kakinya perlahan mendekati Del.
Del sudah gelabah.Hah sudah!
"Ta-tak!ak-aku cakap je!aku bukan tuduh kau!ta-tak payah lah marah!"gelabah Del.Badannya berhenti kebelakang kerana dihalang meja.Is tersenyum sinis.
"Tau pula takut."bisik Is sendiri.Matanya tajam menikam ke dalam matanya Del.
Del terus mengalihkan pandangannya.Dia terus menoleh ke meja dan menyambung mencari fail.Is hanya melihat gerak geri Delisya.
Del sesekali menjeling Is.Dia menggaru pipi kirinya.
'Ish,apahal dia ada dekat sini lagi?!'desis Del.
"Kau cari apa sebenarnya?"tanya Is apabila melihat Delisya seakan termenung.Del terus mengalihkan pandangannya memandang Is.
"Ak-aku cari fail."
"Fail apa?"
"Fail Rumah Sukan"
"Oh.Sampai kiamat pun kau tak jumpa kalau kau cari situ.Fail tu ada dalam almari ni.Cikgu lupa bagi kau kunci.Tu yang aku datang."Ucap Is sambil membuka pintu almari menggunakan kunci.Delisya hanya menganggukkan kepalanya.
"Patutlah tak jumpa.Buat penat aku je."kata Del perlahan.Dia mencebikkan bibirnya.Tiba-tiba kakinya terasa sesuatu.Seseolah ada yang merayap dikakinya.
Pantas kepalanya menunduk kebawah.Matanya terus membulat.Dia menggigil ketakutan.Dia cepat-cepat menutup matanya.Dia berdiri kaku.
"Okey dah jumpa.Jom pergi."Ujar Is tanpa menoleh ke arah Delisya.
Kakinya dilangkah pergi.
"Iskandar..."
"Apa dia?"keluh Is.Dia menoleh melihat Delisya yang berdiri kaku.Dahinya berkerut melihat Delisya yang menggelengkan kepalanya sambil menutup mata.
Dah kenapa dengan perempuan tu?tak betul dah?
"Kau kenapa?cepatlah!aku tak ada masa lah nak layan kau."ucap Is seolah-olah sudah mulai bosan.Dia menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...