Bab 32 DCA

131 8 0
                                    

2 minggu kemudian...

"Kau rasa en..."

"Rasa apa?"

"Kenapa Iskandar tu beremosi sangat? Yelah,dah dekat 2 minggu jugalah aku perhatikan dia.Asyik dok marah orang je kerja dia! Haritu aku terhantar kerja sekolah lambat sikit pun,dia dah marah aku.Kerek gila mamat tu sekarang."Perli Rina.Dia mencebik bibirnya sambil memandang suasana taman permainan yang berada dihadapannya itu.Ais krim ditangannya juga disuapkan ke mulut.

Delisya hanya memerhati tanya membalas.

Sebenarnya dia pun pelik juga.Haritu seminggu tak datang sekolah.Tiba-tiba bila balik je sekolah,dia jadi seorang pengawas yang tidak berhati perut.Kenapa? Ke sebab layanan Delisya terhadapnya haritu? Dia... terasa,kah?

"Weh Delisya! Kau dengar tak?" Tanya Rina sedikit kuat.Delisya menjeling Rina.Kalau ye pon nak jerit,tak kanlah sebelah telinga ni! Karang kalau pekak kang siapa nak tanggung?

"Ish! Aku tak tahulah! Kau sendiri nampak,kan? Yang aku dengan dia dah tak rapat dah.Masing-masing buat hal masing-masing."balas Delisya dengan mukanya sedikit menyampah.Matanya bergerak memerhati kanak-kanak riang yang bermain taman permainan seperti tiada hari esok.

Rina mencebik.Tak seronoklah Delisya ni! Asal cakap pasal Is je,mesti nak marah! Tapi masalahnya,topik pasal Iskandar ni menarik!

"Tapi haritu aku ada tanya dekat Aidiel pasal Iskandar ni tau.Dia kata,sejak akhir-akhir ni,Iskandar ada masalah keluarga.Tu yang badmood semacam tu."Ujar Rina yang masih membuka cerita tentang Iskandar.Delisya hanya mengangguk mengerti.Oh,jadi bukan salah dia lah kan Iskandar ni jadi macam ni? Fuhh selamat!

"Kau ni Del! Dengar tak aku cakap ni? Asal je aku cerita pasal Iskandar,mesti kau termenung! Apa yang kau fikir sampai tak fokus dengan cerita panas aku ni,hah??"marah Rina.Matanya mengecil merenung Delisya yang tenang bersama ais-krimnya itu.

Delisya pantas menoleh melihat wajah Rina.Keningnya kedua belah diangkat.

"Taklah.Aku cuma terfikir.Haritu aku ada terlayan dia teruk... jadi,aku ingatkan dia berdendam dengan aku sampai sekarang... rupanya salah faham.Tu je."Jelas Delisya.Rina mengangguk dengan bibir dijuih ke depan.Patutlah perempuan ni senyap,buat salah rupanya!

"Kau patut minta maaf."Ucap Rina setelah suasana antara mereka senyap.Delisya mengerutkan dahinya.

"Minta maaf? Kenapa pula?"

"Yelah,mana tahu dia terasa?"

"Hah? Mana kau tau yang dia TERASA?"tanya Delisya tidak mahu mengalah.Matanya memerhati tingkah laku Rina yang sudah menepuk dahinya.

"Cuba kau bayangkan en..."Rina memeluk bahu Delisya sambil memandang atas.Tangannya turut memainkan peranan menunjuk je awan.Delisya juga mengikut rentaknya Rina, memandang ke atas sambil menganggukkan kepalanya.Layan jelah.

"...Kau risaukan seseorang tu,lepastu tu dia layan kau nak tak nak... kau rasa kau buat apa?" Sambung Rina.Dia memandang wajah Delisya yang semakin berkerut berfikir.

"Hm... aku tepuk belakang kepala dia biar dia sedar yang aku tengah risau."jawab Delisya sambil tersenyum senget.Rina tersengih mendengar jawapan sahabatnya itu.

"DAH TU?!"

"Hah,dah tu? kenapa?" Tanya Delisya aneh.Apa yang si kipoci ni nak sampaikan sebenarnya? tak fahamlah! Cuba lukis.

Rina meraup wajahnya.Ya Allah,masa-masa macam ni lah otak dia tak berfungsi! Masa nak menganjing,bukan main lagi otak ligat fikir idea.Haihlah.

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now