Bab 15 DCA

183 9 2
                                    

"So sekarang ni kita hanyalah Berpura-pura?"

"To be honest.. yeah.But, kalau kau nak lebih.. aku on je."

"AKU TAK NAK.Cukuplah dengan hubungan ni!Kalau betul-betul.. mungkin aku akan gila!gila layan perangai kau!dah!Aku nak balik!Buang masa aku je!"

Hey honey! Wait lah for me!"

"Kenapa aku rasa sakit?"

"Adakah aku sudah mula jatuh cinta dengan dia?"

Delisya masih tidak boleh melupakan kejadian petang tadi.Matanya tajam merenung siling biliknya.Silap-silap hari bulan,mau tembus.

TOK! TOK! TOK!

"Masuk jelah,tak kunci pun!"laung Delisya.Dia terus bangun dari baringnya.Pintu dikuak dari luar.Kelihatan ada dua orang kanak-kanak tersengih melihat dirinya.

"Nak apa?"

"Ibu suruh turun makan."ujar Emir.Iaitu adiknya Delisya.Delisya hanya menganggukkan kepalanya.Dia terus turun dari katilnya.

"Angah... kenapa angah tak keluar dari tadi?Ibu risau tau tak?"marah Emylia pula.Iaitu adik kembar Emir.Ya.Delisya memang ada adik kembar.Ada adik beradik kembar ni bukan senang nak jaga..Perangai tu Ya Allah.. sorang macam ni.Sorang macam tu..

"Angah busy buat kerja tadi."nafi Delisya.Dia tersenyum kecil.Tangannya perlahan membelai kepala Emy.

"Angah dah kerja ke?angah kerja apa?Tak bagitahu pun angah kerja!Bagitahu ibuuu!"ugut Emir.Delisya sudah menggulingkan bebola matanya.Sabar jelah.

"Dah la.Jom turun.Ibu panggil kan?jom."Delisya hanya mengabaikan soalan Emir.Dia terus menarik tangan adik-adiknya untuk turun.Dirinya melakarkan senyum kecil.

Nasib tak banyak bunyi!baguslah.Adik-adiknya ni walaupun sudah 7 tahun,tapi masih lagi nakal!Haih budak-budak..kita kena sabar melayan.

♡♡♡

"Oh,tahu pula you jalan balik rumah?"perli Tengku Noraini.Dia menjeling suaminya yang hanya membisu.Tengku Azman hanya membiarkan isterinya.Isterinya patut bersyukur yang dia masih pulang ke rumah.

Ikutkan hatinya,Dia mahu sahaja terus tinggal dirumah mereka yang lama itu.Tetapi disebabkan anak bongsunya memaksanya untuk pulang,jadi dia pulang.

I cakap dengan you ni!You jangan buat I macam tunggul dekat rumah ni boleh tak? Kita perlu berbincang untuk masa depan kita!"ujar Noraini dengan nada tinggi.Tengku Azman mengeluh.Dia menanggalkan tali lehernya.Rimas!

"You nak I buat apa lagi?You yang berperangai!You ingat I boleh tahan dengan perangai you kalau you macam ni ke?I penatlah,Noraini."keluhan dilepaskan.Kenapalah dia masih boleh bersabar untuk melayan isterinya itu?

"I berperangai?habis tu.. you tu baik sangat ke?Tinggalkan anak isteri dirumah dan you boleh berfoya-foya di luar sana.You ingat semua ni adil ke untuk I?"

"Sejak bila I berfoya-foya?You nampak ke apa yang I buat?Sedap je you tuduh I bukan-bukan!Sebab inilah I malas nak balik rumah!Balik je mesti ada masalah yang akan timbul.Boleh tak you tak payah cari pasal dengan I?I balik ni pun hanya sebab anak I je."Kata Tengku Azman terus.Suaranya sedikit meninggi.Dia terus mengambil Briefcasenya yang diletakkan di sofa.Kaki dilangkah ingin pergi.

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now