Bab 9 DCA

229 11 4
                                    


"Sekali dua tak apa lagi.Tapi kalau bertubi-tubi macam ni,kau buat aku GILA!GILA! SERABUT DENGAN SEMUA NI!"

Is mengawal pernafasannya.Dia terus berlari.Mengelilingi taman perumahannya.Keadaan sekeliling diabaikan.

"Kau nak suruh aku hormat kau?KAU CUBA CERMIN DIRI KAU TU!Sempurna sangat ke kau ni?kau nak aku hormat kau,tapi kau LANGSUNG TAK PERNAH NAK HORMAT AKU SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN!aku tak tahulah,sejak pertama kali kita berjumpa,benci aku dekat kau semakin membuak-buak.Aku benci.BENCI SEMUA TENTANG KAU!"

Is memejamkan matanya.Kelajuannya ditingkatkan.Lagu dikuatkan.

"Sesuailah korang berdua.Dua-dua baik dan sempurna.Semoga kekal hingga ke jannah."

"ARGH!!"Is melepaskan jeritan.Lariannya juga terhenti.Airpod dibuka dan dicampakkan ke bangku berdekatan.Begitu juga tuala kecilnya dan telefon pintar.Semua dicampakkan ke bangku.Dadanya berombak laju.

Matanya terarah pada tasik yang berada dihadapannya.Dia terus jalan mendekat.Mata dipejam.Menikmati angin petang.

"Kau nak suruh aku hormat kau?KAU CUBA CERMIN DIRI KAU TU!Sempurna sangat ke kau ni?kau nak aku hormat kau,tapi kau LANGSUNG TAK PERNAH NAK HORMAT AKU SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN!aku tak tahulah,sejak pertama kali kita berjumpa,benci aku dekat kau semakin membuak-buak.Aku benci.BENCI SEMUA TENTANG KAU!"

"AKU BENCI SEMUA TENTANG KAU!"

"Damn it! Stop think about that sh*t! Stupid!"makinya sendiri.Dia meraup wajahnya berkali-kali.Dadanya berombak laju kerana penat berlari.Dia terus duduk ke rumput berdekatan tasik.

"Kenapa?kenapa aku kena rasa serbesalah?"katanya sendiri.Dia terus membaringkan tubuhnya ke rumput yang hijau.Sudah hampir sebulan dia dihantui dengan kata-kata Del.Dan selama sebulan itu jugalah,Delisya mengelakkan diri dari bertembung dengannya.

Is mengeluh berat.Nak tak nak memang dia kena minta maaf.Ye dia tahu dia salah,tapi dia ego.

"Macam mana aku nak minta maaf dekat dia?nak pujuk? pujuk?aku manalah reti nak pujuk orang"kata Is.Wajahnya didongak melihat langit biru.

"Apa susahnya?kau bagilah coklat untuk dia.Settle!"sapa Aidiel.Dia menunduk memandang Is yang mendongak.Is terus menukar posisinya kepada duduk.

"Dia suka coklat ke?"tanya Is.Dia memandang Aidiel yang sudah mengambil tempat bersebelahan dengannya.

"Lah,perempuan kan suka coklat?"

"Kau ni,yakin betul!"

"Cuba dulu.Tak jadi,kau pujuklah cara lain"kata Aidiel.Dia memandang wajah Is yang sudah berkerut memikirkan sesuatu.

"Okey.Aku cuba."

♡♡♡

"Del,jom pergi rehat?"kata Rina.Dia sudah berdiri di hadapan meja Del.Del yang menompang dagu itu mendongak memandang wajah Rina.

"Malas ah."

"Kau ni asyik malas je!"rungut Rina.Mulutnya sudah memuncung.

"Suka hati aku la."kata Del tanpa riak.Mukanya tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Dah lah,aku nak pergi makan.Kalau apa-apa tak kena,bagitahu aku."

"Okey."Del memandang belakang Rina yang sudah menjauh darinya.Dia terus meletakkan kepalanya ke atas meja.

"Pelajar dilarang berada di dalam kelas.Sila keluar."Ujar Pengawas yang berada dipintu kelas.Del hanya memekakkan telinganya.Dia dah lah tengah mengantuk!

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now