"Iskandar."
Is menoleh apabila disapa.Wajahnya terus berubah.
Aneesya.
Dah lama dirinya tidak nampak Aneesya.Lepas sahaja Aneesya digantung sekolah,dia sekarang jarang pergi sekolah.Tak tahu kenapa.Dan tiba-tiba sahaja,dia menunjukkan wajahnya di depan Iskandar.
"Is,aku pergi dululah weh.Nanti cikgu Azri marah pula aku lambat jumpa dia.Kau okay,kan?"Aidiel menepuk bahu Iskandar menyedarkannya dari lamunan.Is mengangguk.Matanya memerhati Aidiel yang kian jauh.
Dia berdehem sebentar sebelum kaki dilangkah pergi.
"Iskandar, tunggu!" Panggil Aneesya sekali lagi.
"Kenapa?" Toleh Is.Matanya merenung wajah Aneesya sebelum dilarikan.Aneesya tersenyum kecil lalu mendekati Iskandar.
"I dengar... you dah putus dengan Delisya.Betul ke?"
Iskandar hanya mengangguk mengiakannya.Makin lebar senyuman Aneesya mendengarnya.
"Jadi... I ada peluang?" Aneesya bersuara lembut.Matanya bersinar merenung wajah Iskandar.
"Maksud kau?" Kening Is bertaut membalas pandangan Aneesya.Peluang apa pula yang dia nak ni?
"Sayang, I masih sayangkan you..."
"Aneesya look. Buat masa sekarang ni,aku tak rasa nak bercinta. I'm sorry." Iskandar bersuara malas.Wajah Aneesya terus bertukar murung.
Kakinya ingin bergerak pergi meninggalkan Aneesya sendirian,belum sempat dia melangkah pergi,Aneesya dengan pantasnya menahan lengan Is. "Susah ke nak bagi saya peluang kedua?" Suara Aneesya bertukar sedih.Matanya mulai berkaca.
Iskandar menggaru kepalanya.Perlahan-lahan dia menepis tangan Aneesya yang berada di lengannya itu. "Aneeesya,Ini bukan masalah peluang kedua... tapi aku memang tak nak terima sesiapa pun buat masa sekarang.Tolonglah faham aku." Terang Iskandar.Dia mengeluh perlahan.
Tiba-tiba ada suara orang berdehem dari arah belakang mereka.Mereka menoleh serentak.
Delisya tersenyum manis sambil memeluk tubuhnya berjalan mendekati mereka.
"Buat apa tu?" Soal Del dengan senyumannya. Aneesya mendegus perlahan.Dia lagi dia lagi.Matanya yang berkaca pantas dikesat kasar menggunakan hujung jari.
Mata Delisya memandang wajah Iskandar dan Aneesya selisih ganti.
Sebenarnya lepas sahaja gaduh dengan Iskandar pagi tadi,memang dia malas nak layan Iskandar.Sepanjang kelas bermula,memang Delisya pulau Iskandar kaw kaw! Biar dia tau rasa! Masa rehat tadi pun Iskandar keluar awal.Del hanya membiarkan.
Niatnya nak ke perpustakaan sekolah terbantut apabila melihat Iskandar dengan Aneesya berborak dari jauh.Entah kenapa matanya pedih melihat Aneesya dekat dengan Iskandar.Dan sebab itulah dia mendekat.Saja kacau.
"Sorry, tapi kita orang tengah cakap benda penting.Jangan menyibuk,boleh?"Aneesya bersuara sinis.Delisya mengangguk mengerti.Apa yang PENTING sangat tu?
"Jadi,aku tak boleh join ke?" Delisya membuat wajah selamba.Iskandar hanya menjadi pemerhati.
"Mula la tu nak berdebat" bisik Is perlahan.
"Kau siapa ye? Setahu aku,kau bukan sesiapa pun.Dah putus,kan? Buatlah cara dah putus."Aneesya memeluk tubuhnya dengan senyuman sinis.Del terdiam.Ah,tiba-tiba rasa menyesal minta putus!
"Aku Girlfriend dia.Ada masalah ke?"Balas Del.Matanya tajam merenung wajah sinis Aneesya.Iskandar menyembunyikan senyumannya.Sesekali tangannya naik menggosok hidung untuk menutup senyumannya.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...