"I'm home!"Laung Del dimuka pintu.Dia menanggalkan kasutnya lalu diletakkannya ke rak kasut.Kaki dilangkah masuk ke dalam rumah.
"Hai princess.Baru balik?"tegur seseorang.Del terus menoleh melihat ke arah ruang tamu.Matanya membulat.
"ALONG!!BILA ALONG SAMPAI NI!!"Jerit Delisya teruja.Begnya dicampakkan ke tangga.Kaki laju melangkah mendekati abangnya.
Abangnya atau dikenali sebagai Naim Arryan itu tersenyum manis.Lantas itu dia memeluk Del erat.
"ISH!Along ni!tau tak orang rindukan dia! kenapa lama sangat tinggalkan kitaorang?"rungut Del.Dia meleraikan pelukannya.
"Ala,along pergi sebulan je!bukannya setahun.Mengada betul!"Naim mencubit pipi kirinya Delisya. Muka Delisya terus dimasamkan.
"Sakitlah along ni!"kata Del dengan nada marah.Kedua-dua pipinya dikembungkan.Naim tergelak kecil melihat telatah adiknya.Manja betul!
Jangan tak tahu,Delisya di rumah dan di sekolah tersangatlah berbeza.Di rumah,dialah yang paling manja.Kalah adik-adiknya!Kalau disekolah,dialah yang paling garang!HAHA!
Dia dulu pernah menjadi penolong ketua pengawas.Kerana itulah dia menjadi garang.Walaupun sekarang dia sudah tidak jadi pengawas,tetapi sifat singanya masih lagi ada.Jadi janganlah main-main dengannya.Salah cakap terus dimaki.
Tacowt khan...🥺☝️
♡♡♡
"Jadi abang kau ambil keputusan untuk sambung belajar dekat Malaysia pula?"tanya Rina.Tangannya ditongkat ke meja menahan kepala.Del mengangguk laju.Gembira hatinya apabila mendengar keputusan abangnya itu.
Dulu masa abangnya belajar luar negara dua tahun pun dia tak boleh!Nasib sahaja abangnya mengambil keputusan untuk sambung di Malaysia sahaja.Jadi,selama sebulan abangnya selesaikan hal disana,Rindu Del kepada abangnya ditanggung berat.Yelah,tak ada tempat nak mengadu!nak nak tak ada yang akan mendengar masalahnya tentang mamat kerek tu!
Cakap pasal mamat tu.. sudah 3 hari dia tidak datang ke sekolah.Ahh,kenapa nak kesahkan pasal dia?Dia bukan sesiapa pun!
"Eh,tapi sayang doh!Tak semua orang dapat belajar luar negara tau!"
"Tulah yang kau tak tahu!Abang aku ni limited edition education!Susah nak dapat laki macam abang aku!Heh!"Kata Del dengan riak.Dia mencuit hidungnya dengan ibu jari.Kening diangkat melihat Rina.Rina sudah membuat muka.
"Hello,young lady! FYI,aku pun ada abang tahu tak!Abang aku pun limited edition,education,attraction,and efection okey!Eleh,sembang lebat macam dia je ada abang!"Perli Rina.Del sudah tergelak besar melihat muka Rina.
"Ish yelah!abang kaukan kawan abang aku!Jadi,abang kita ni memang full package!"kata Del.Rina mengangguk mengiakan Delisya.Ni kalau Del ajak dia berdebat lagi,silap-silap sampai ke tahun depan dok limited limited!
♡♡♡
"Nah,untuk kau."
"Untuk aku?"tanya Del.Dahinya berkerut.Matanya tertancap pada sampul surat yang dihulur oleh penolong ketua kelas iaitu Nabila.
Nabila mengangguk sahaja.Del mengeluh seketika.Dia terus mengambilnya.Sampul surat bertukar tangan.
Ditiliknya setiap inci permukaan.Del memandang Nabila yang turut memandang sampul surat itu.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...