Bab 22 DCA

189 11 0
                                    

"Delisya?"

"Is?Ka- kau buat apa dekat sini?"tanya Delisya dengan riak terkejut.Iskandar terus mendekati Delisya yang berdiri tegak.

"Soalan apa yang kau tanya ni,Delisya?"Soalan dibalas dengan soalan.Delisya tersentak.Fikirannya menerawang.Jangan-jangan lelaki misteri tu.. Naufal Iskandar?Jadi.. Maksudnya andaiannya..betul?

Is memandangnya dengan kerutan.Jarinya dipetik dihadapan wajah Delisya bagi menyedarkan gadis yang sedang enak termenung itu.Lamunan Delisya terus lesap.Matanya terarah pada sekuntum bunga yang berada ditangan Is.Dia menggigit bibir bawahnya.Kalau betullah itu Iskandar.. kenapa dia bawa bunga,kan?

"Bu--bunga tu.."Delisya menunjukkan bunga yang dipegang Is.Is pantas mengangkat tangannya.Kening sebelah diangkat.

"Kau nak?Nah ambillah."Is menghulurkan bunga ros yang dipegangnya.Delisya perlahan mengambilnya.Ok ini kekok.

"Ja- jadi kaulah lelaki misteri yang selalu hantar surat dekat aku.."tanya Delisya.Suaranya makin perlahan.

"Surat?"

"Yea.. Surat.Kau.. bagi,kan?"tanya Delisya ingin kepastian.Matanya merenung wajah Is yang seolah-olah bingung dengan apa yang dia katakan.

"Meh aku nak surat tu,kejap."

"Oh,kejap." Delisya terus menyeluk poket sekolahnya itu.Kertas yang berlipat itu diberikan kepada Is.Is terus membuka dan membacanya.Untuk seketika Dia termenung memikirkan sesuatu.

"Is.."

"Betul lah tu aku."

"Oh.Jadi kenapa kau nak jumpa aku dekat belakang sekolah?macam tak ada tempat lain pula.."Ucap Delisya perlahan.Is memandangnya dengan riak yang susah untuk dia tafsir.

Is mengeluh perlahan.Matanya merenung wajah Delisya.

"Jom.. aku hantar kau balik?"

♡♡♡

"I'm sorry." Ucap Is perlahan.Delisya yang leka merenung kasut sambil berjalan disebelah Is itu tersentak.Kepalanya dialih melihat Is yang nampak bersahaja.

"Hah?"

"I'm sorry.Sorry.. sebab aku mainkan perasaan kau." Delisya memandang Is dengan kerutan.Apa pula lelaki ni cakap?tak faham betul!

"Aku tak fahamlah apa yang.."

"Rina dah ceritakan semuanya dekat aku."ucap Is senada.Delisya sudah terdiam membisu.Apa pula Rina cerita dekat Is?Kenapa dia tak tahu menahu ni?

"...Tak tahu pula yang kau sanggup buat aku bencikan kau dengan cara macam ni.Jujur,memang sakit bila kau cakap macam tu dekat aku.Tapi lepas apa yang Rina bagitahu dekat aku,ini semua memang punca dari aku.Jadi,aku minta maaf."sambung Is.Matanya merenung wajah bingung Delisya.Dia tersenyum kecil.

"Maaf kalau kau rasa yang  aku cuba untuk mainkan perasaan kau.Aku silap.. Aku.."

"Is.."Potong Del.Mereka berhenti berjalan.Masing-masing menghadap satu sama lain.

"Benda dah lepas,biarkan lepas.Kita fokus masa depan je,okey?"Delisya tersenyum manis.Dia tidak mahu Iskandar menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang dia buat pada Is.Baginya,tiada yang salah dalam hal ini.

"Fokus masa depan?"

"Yelah.Masa depan.Kenapa?"

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now