"So how?First day dalam kelas? Okey tak? Notice tak si Iskandar tu?"tanya Irdina teruja.Del membuat muka.Dia menggigit makanannya.Malaslah nak layan Dina.Haha!
"Giler tak notice! Diaorang duduk sebelah-sebelah kot!"kata Rina.Kalau Del tak nak cerita,biar dia sahaja cerita.Membulat mata Irdina.
"Seriuslah?!"tanya Irdina,Ed dan Farah serentak.Irdina terus mengalihkan pandangan peliknya melihat Ed dan Farah.Eh eh menyampuk pula!
"So apa jadi?"tanya Farah.Dia memandang Del dan Rina selisih ganti.
"Jadi apa lagi babe?JADI PERANG DUNIA KELIMA LAH!"ucap Rina dengan gelakkan.Del pantas menampar bahu Rina kuat.Rina mengaduh sakit.Dia memandang Del dengan kerutan.Tangannya naik mengusap bahunya.
"Kau ni tak belajar sejarah ke?perang dunia ketiga pun tak lepas lagi,ada hati nak perang dunia kelima.Lagipun kau suka ke nak perang dunia hah?"bebel Del.Rina pantas menggeleng.Dia menutup mulutnya.Ala Delisya dah marah!
"Dahlah jangan ambil hati sangat.Iskandar tu sebenarnya baik je.Tak lah teruk sangat,cuma dia tegas je"ujar Farah.Dia tersenyum melihat Del.Del tersedak.Terbatuk-batuk dirinya apabila mendengar ayat Farah.
Baik?!BAIK?! SERIUSLAH? BAIKK?!
Del tergelak besar.Kelakar pula dia dengar ayat Farah.Farah,Rina,Irdina dan Ed memandang sesama sendiri.Dah kenapa?
"Kau cakap apa tadi weh?baik?Iskandar tu baik?Kau buat kelakar ke weh?"Del menyambung gelaknya.Mereka yang memandang Del ketawa itu pun turut ketawa.Yelah Delisya ketawa kelakar kot!
"Okey okey dah.Jangan gelak dah.Sakit perut aku ni."Del memegang perutnya.tersengih-sengih dirinya menahan ketawa.
"Dah lama aku tak nampak kau gelak macam ni,Delisya."ucap Rina.Dia tersenyum melihat Del yang mengesat air matanya.Yang lain juga mengangguk setuju.Del tersentak.Dia tersenyum kecil.
"Lah,Dulu pun aku selalu gelak apa?Kau ni dah kenapa?"Tanya Del.Dia tersengih geli hati.
"Taklah.Kali terakhir kau gelak macam ni masa tiga tahun lepas.And now, Kau kembali dengan keadaan sebelum ni."ucap Edrina.Del terpinga.
"Lah,selama ni aku tak macam ni ke?"
"Taklah.Lepas je kejadian buruk kau tu kan,kau terus berubah.Kau berubah jadi seorang yang susah nak gelak.Senyum pun sikit-sikit.Kau lebih suka bersendiri.Dan aku gembira tengok kau sekarang."kata Farah.Dia tersenyum melihat Del.
Irdina berdehem menarik perhatian.
"Maaf sis,bukan awak je.Kami semua gembira tengok Delisya sekarang."Kata Irdina membetulkan ayat Farah.Farah tersengih tidak bersalah.
Del tersenyum manis.
"Maafkan aku atas perubahan ni.Aku tak tahu pula korang rindukan aku yang dulu.Okey,mulai sekarang aku akan selalu senyum dan gelak.Okey?"Del tersengih menampakkan giginya.
"Okey!Pomish!"Rina mengeluarkan jari kelingkingnya.Yang lain turut mengikutnya.
Del tergelak kecil.Dia mengeluarkan jarinya.
"I promise!"
♡♡♡
"So how was your day? Is it good or bad?"tanya puan Mai prihatin.Dia tersenyum melihat anak daranya yang masuk ke dalam kereta.
"Hm memenatkan."ucap Del.Dia menyandarkan kepalanya lalu memejamkan mata.Ibunya tergelak kecil.Tulah dah lama cuti,tu yang penat.Kenalah biasakan.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...