Opss! Sebelum mulakan bab ni..
Sis nak bagitahu..
Just nak bagi info takut korang blur.HAHA
DELISYA NADIRA.
NAMA PANGGILAN DIA ADA 4 TAU!
DEL/DELISYA-UMUM (UNTUK KENGKAWAN DENGAN ORANG LAIN)
LISYA-JUST FAMILY DAN DIRINYA SENDIRI.
ISYA-AMIRUL GEDIK TU😳HAHAHA JKJK
DIRA- Akan datang 🤭kena tunggu lah🤪
Itu je.
Happy reading! 🙈
♡♡♡
"Kau okey?jauh termenung?"sapa Rina.Dia mengambil tempat bersebelahan Delisya.Dia tersenyum melihat Delisya yang tersentak dari lamunannya.Del membalas senyuman Rina dengan senyuman kecil.
Matanya bergerak memerhatikan jejaka-jejaka kelasnya dan kelas sebelah bermain bola di padang.Ya,sekarang ini masa PJK.Cikgu untuk pelajar perempuan tidak hadir,jadi Delisya mengambil keputusan untuk duduk merenung padang bola yang dipenuhi dengan pelajar lelaki.
Untuk pengetahuan anda..
Sekolah ni,masa PJK memang cikgu pihak lelaki dan perempuan asing.Jadi,lelaki tak akan bergaul dengan perempuan masa PJ.Rasanya semua sekolah macam tu..kan?😳ke.. tak?🥺
hahaha it okey..korang boleh abaikan..
"Tengok tu! termenung lagi! Tak layan pun aku,kan?"Rina sudah membuat muka masam.Delisya menoleh melihat Rina disebelah.Dia tergelak kecil.
"Buruklah weh kau buat muka macam tu."kata Delisya dengan gelaknya.Matanya terus dialih kembali melihat perlawanan bola dihadapannya.
Rina mencebik.Dia melemparkan pandangannya ke depan.Mencari apa yang direnungnya Delisya.Apa yang seronok sangat tengok mereka main bola?
GOD--
Aidiel main bola lah!!Hansemnya!Rina sudah tersenyum gatal.Matanya merenung wajah Aidiel yang sedang tekun bermain.Matanya mengikut sahaja gerak geri Aidiel.
OTTOKEEE LINCAHNYA DIA MAIN!!
"Ya Allah,Kacaknya!"ucap Rina gatal.Del disebelah memandang Rina pelik.Dia kembali melihat kedepan.Oh,Aidiel ke?HAHA!
"Weh! tengok tu!!Is nak masukkan goal weh!tu tu!"teriak Rina teruja.Delisya menutup telinganya.Ya Allah bising!
"Weh.. GOAL!!!"Jerit Rina.Dia menepuk tangannya sambil tersenyum.Cayalah Iskandar!
"Tak payahlah excited sangat! Nanti kantoilah kita tengah usya dia orang!"marah Delisya.Dia menarik tangan Rina kebawah.Rina mencebik.Eleh,tak excited pun dia tahulah kita tengah usya dia!
"Jadi kau tengah usya Iskandar ke?"tembak Rina.Dia tersenyum nakal.Jarinya dicucuk ke pinggang Delisya.Delisya menampar-nampar jari Rina yang nakal itu.
"Janganlah! Mana ada!"Nafi Del.Muka yang sudah berubah riak pantas dikawal.Pandangannya dialihkan ke sisi.Rina sudah tersenyum senyum mengusik Delisya.
"Tak salah pun kita nak pandang orang yang kita sayang.."ucap Rina tanpa memandang wajah Delisya.Dia tersenyum kecil melihat hadapan.
Delisya disebelah mengemam bibirnya.Kata-kata Rina seolah-olah menariknya untuk terus bersama Iskandar.Tapi ini tak akan terjadi!
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...