"Iskandar! Nak pergi mana tu?"tegur Tengku Noraini.Dia bercekak pinggang di muka pintu keluar sambil merenung wajah anak bongsunya itu.
"Nak pergi sekolahlah,mum.Takkan Iskandar nak pergi Mall pula,kan?" Jawab Is bersahaja.Dia memakai kasutnya tanpa mempedulikan renungan maut ibunya.Tengku Noraini merenungnya sambil menggelengkan kepalanya.Haihlah anak lelaki seorang ni!
"NO! Harini biar mummy hantar! Come! Kita breakfast dulu!"arah Tengku Noraini dengan nada serius.Iskandar memandang mummynya yang sudah pergi itu dengan pandangan tidak percaya.Serious ah mum? Is dah pakai kasut kot! Dia mengeluh perlahan.Ni mesti ada yang tak kena.Tu yang ajak bekpes bagai.
Iskandar melaburkan duduknya dengan perasaan terpaksa.Tengku Noraini menghulurkan roti yang disiapnya tadi kepada Is.Is mengambilnya lalu memasukkannya ke dalam mulut.Dia mengunyah perlahan.
Mummynya tahu yang dia tidak suka makan pagi,tapi ajak juga.Haih.
"Is tahu,kan apa kesalahan Is kalau Mummy bersuara macam ni?"Tengku Noraini memandang Iskandar tajam sambil tangannya menyapu jem diroti.Iskandar hanya beriak biasa.Bahu diangkat.
"Tengku Naufal Iskandar.I'm talking to you."
"I dont know.Maybe, Iskandar pernah terkurang ajar dengan cikgu?" Agak Iskandar.Yelah mungkin kot.Sebab semenjak kebelakangan ni dia tak ada mood sikit.Malasnya pon semakin menjadi-jadi.Jadi,mesti cikgu tu mengadu dekat Mummy.
"I'm not talking about that,Iskandar!"
"Dah tu? Mummy cakap pasal apa? Can you just straight to the point? Is tak boleh la kalau mummy bagi soalan KBAT pagi-pagi ni." Is bersuara malas.Rotinya dihabiskan.Sesekali matanya memandang bosan ke arah pintu keluar.Cepatlah,nak pi sekolah ni!
Mummynya mengeluh berat.Pening nak layan remaja seorang ni.Bila orang cakap pasal diri dia,tak nak pula ambil serius! Tapi bila cakap pasal cerai,tau pula dia nak serius ceramah mummy dengan daddy dia.Tak faham betul!
"Your principal baru je call mummy, bagitahu yang disiplin you,makin lama,makin teruk! What's wrong with you, young man? Dulu bukan main lagi berjanji,kalau dah jadi ketua pengawas,janji tak akan buat hal.Tapi sekarang? apa jadi? I need your explaination,now!"Tengku Noraini memandang Iskandar tajam.Iskandar mengeluh perlahan.
Pasal disiplin je pun.Tu pon nak kecoh.
"Mummy, bukannya Is selalu buat masalah pun dekat sekolah.Cikgu tu yang suka arah-arah.Lagipun,sejak kebelakangan ni, Is tak ada mood sangat.So please, give me some time to rehatkan minda.Nanti bila mood Is dah balik,Is tahulah nak jaga disiplin macam mana."jawab Is.Dia menoleh melihat ke arah lain sambil memeluk tubuhnya.Tahulah dia mummynya sedang merenungnya tajam.
"Iskandar..."
"Mummy,kalau mummy nak teruskan dengan bebelan mummy ni.. maybe you can continue... next time? Iskandar nak pergi sekolah ni.Kalau mummy tak boleh hantar, Is boleh je pergi sendiri..."
"No! Biar mummy hantarkan."Tengku Noraini bersuara pasrah.Is tersenyum.Dia terus bangun dari duduknya.
"Ok good.See you in the car, ok?" Tanpa menunggu balasan mummynya,Is terus berjalan keluar.Tengku Noraini mengeluh sambil menggelengkan kepalanya.Tak tahu nak buat apa lagi dengan anak bongsunya ini.
Nak marah-marah pon tak guna.Dia dah besar,dia tahu apa yang terbaik.Lagipun salah Tengku Noraini juga.Lalai kerana tidak mendidik anaknya dengan betul.
"Kak Ginah,tolong ambilkan kunci kereta saya."Tengku Noraini terus bangun dari duduknya.Dia menyisip kopinya sebelum pergi meninggalkan ruang makan.
YOU ARE READING
Dia Crush Aku
Teen Fiction> 𝑫𝒊𝒂 𝑪𝒓𝒖𝒔𝒉 𝑨𝒌𝒖 < ♥︎♥︎♥︎ Pernah rasa diri dihargai? Pernah rasa mencintai dan dicintai? Dan pernah rasa cinta dibalasi? Samalah.Saya pun tak pernah. *cry in pain* Just nak bagitahu satu cerita ni.Cerita tentang seorang perempuan yang ti...