Bab 3 DCA

346 18 6
                                    


"ISH! Lambat lagi aku nak suka dia eh?aku just curious.Kenapa korang boleh perasan dia,sedangkan aku tak pernah nampak dia pun dalam sekolah ni!tu yang aku pelik."

"Kau seriuslah?tak pernah nampak dia sepanjang dia sekelas dengan korang?"tanya Irdina.Del menggelengkan kepalanya.Dia memandang wajah Rina dan Irdina selisih ganti.

"Eh tapikan,Iskandar terus berubah lepas dia putus dengan Aneesya.Aku tengok dia makin segak weh!Tak macam Iskandar dulu yang selekeh,jerawat sana sini,dia memang berubah gila lah!"ujar Rina teruja.Irdina menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Iskandar sekarang dengan dulu jauh bezanya.Dulu dia selalu dibenci kerana wajah jeliknya.Sampaikan dia tiada kawan pun!Dia hanya ada seorang sahabat sahaja.Dari zaman dia sekolah rendah sampailah sekarang.Iaitu Aidiel Daniel.Sahabat dunia akhiratnya.

Sekarang bila dia ada rupa,ramai yang ingin rapat dengannya.Tetapi dia tidak melayan pun!HAHA!

"Maksud kau.. Aneesya Jazmin?"tanya Del.Rina mengangguk laju.

"Yelah! kawan baik kau dulu tulah!"jawab Rina tanpa menapis.Irdina menepuk peha Rina apabila dia melihat wajah Del yang mula berubah.Rina yang baru tersedar lantas menutup mulutnya.

Del tersenyum tawar.Aneesya Jazmin.Kawannya sejak kecil selain Rina.Dia,Rina dan Aneesya sememangnya rapat dari kecil lagi.Mereka kalau buat apa-apa mesti bersama.

Tapi sejak peristiwa pahit yang menimpa dirinya,Aneesya memutuskan untuk tidak lagi berkawan bersama mereka.Siapalah yang tidak sedih kalau seorang insan yang dianggap sahabat itu ternyata telah menikamnya dari belakang.Disebabkan lelaki,hubungan mereka jadi begini.

Mujurlah Tuhan menemukan Delisya dengan sahabatnya yang kini jauh lebih baik.Yang ada susah senang apabila bersama.

"Del,kau ok tak ni?"tanya Irdina serbesalah.Terus hilang lamunannya Del.Del tersenyum kecil.

"Aku ok.Tak apalah.Benda dah lepas buat apa nak kenang,kan?"Kata Del.Dia tersenyum paksa.Walaupun sakit itu masih ada,tapi dia kena kuat!

"Syukurlah kau okey.Maaflah aku terlepas cakap tadi,eh?"Rina mengusap belakang badan Del.Del tersenyum sahaja.

"Oh ya! Dina cakap Is tu murid biasa.Macam mana pula dia jadi pengawas?"tanya Del mengubah topiknya.

"Oh,Is dia jadi pengawas masa tingkatan 3.Ala lepas kau letak jawatan kau sebagai pengawas tu dia terus jadi.Lepas dia jadi  pengawas tulah penampilan dia berubah.Ramai perempuan minat dia sekarang.Tapi tulah,Is mana melayan.Tapi aku rasa kau tak perasan dia tahun lepas sebab dia tak selalu datang.Tak tahulah apa masalah dia.Cikgu tak ada pula tarik jawatan dia.And now, aku dengar cerita dia tersenarai dalam calon ketua pengawas.Eh?ke dia dah jadi ketua pengawas?entahlah nanti tanyalah Farah!Dia kan pengawas."kata Rina panjang lebar.Del mengangguk mengerti.Banyak juga eh Rina tahu pasal Is.Ke dia ada apa-apa dengan Is hm?

"Banyak betul info yang kau tau,kan?mana kau tau?kau stalk dia ehhh?"Usik Irdina.Rina mengerut dahinya.Laju saja dia menggeleng.Lambert lagi!

"Aku kan sekelas dengan dia!mestilah aku tau! Lagipun.. ak-aku kan rapat sikit dengan Aidiel.Tu yang aku tau.."Rina tersengih malu.Dia menggigit bibir bawahnya dengan riak gatal.Del membuat muka.Pahal dengan minah ni?

Seketika kemudian perhimpunan pun bermula.Rina, Delisya dan Irdina terus membisu ditempat sendiri.Pengetua sekolah nampaknya bersemangat memberi ucapannya kepada para murid.

Pagi-pagi dah kena dengar ceramah! HAHA!

"Akhir kata dari saya, saya ingin mengucapkan selamat memegang buku dan selamat menyiapkan kerja sekolah yang akan diberi oleh guru-guru mata pelajaran anda.Sekian dari saya terima kasih"kata pengetua.Kedengaran Dewan sekolah riuh dengan tepukan.Maka berakhirlah keperitan telinga.HAHA!

"Weh!! Sakit pinggang Den!"keluh Irdina.Dia merenggangkan ototnya.Del tergelak kecil.Dia menyimpan nota catatannya ke dalam beg diikuti dengan pencil case nya.

"Semoga kata-kata yang diberi bererti kepada murid-murid.Murid-murid, sila ucapkan terima kasih kepada guru-guru."kata pengawas bertugas.

"TERIMA...KASIH...CIKGU!"laung mereka.

"Selepas berakhirnya ucapan,maka,berakhirlah sudah perhimpunan kita pada pagi ini.Sekarang masanya untuk pelajar-pelajar masuk ke kelas masing-masing untuk memulakan pdp pada pagi ini.Pelajar diminta bangun dan keluar dewan."kata pengawas itu lagi.Semua murid sudah mula mengosongkan dewan.Tidak terkecuali dengan guru-guru yang berada disitu.

"Jomlah Del! kita pergi kelas kita!"ajak Rina.Del mengangguk kepalanya.Irdina sudah memonyok.

"EHH!aku macam mana?"

"Macam tulah" kata Del bersahaja.Wajah Irdina makin mencuka.Jahat!

"Sanggup eh korang nak tinggalkan aku seorang?"Irdina sudah mencebikkan bibirnya.Del tergelak kecil.Dahtu takkan la nak ajak pergi kelas mereka pula halah!

"Hai korang! maaf lambat.Aku lepak perpustakaan tadi.Hehe"tegur seorang gadis.Dia menarik nafas panjang.

"OMO OMO! EDRINA!!Kau lah penyelamatku! kau ni!aku ingat kau tak datang tadi! baru nak pindah kelas Delisya dengan Rina tadi."kata Irdina dengan nada sedih.Dia menggenggam erat tangan Ed.Edrina tergelak kecil.Edrina juga termasuk dalam senarai sahabat-sahabat Delisya.Jadi jumlah sahabatnya di sekolah hanyalah empat orang.

Yang lain tu semua kawan biasyer biasyer sahaja.

Del dan Rina saling berpandangan.Ewah kau wanita!kau ingat sekolah ni moyang kau yang punya ke?

"Dahlah! Jom Del! Kita naik kelas kita.Biarkan mereka disitu dengan drama mereka"perli Rina.Dia memeluk lengan Del.Del tergelak kecil.

"Amboi mulut kau! nak kena cili ke hah?!"Irdina menjenggilkan matanya melihat Rina.Rina pula membalasnya tanpa gentar.Hey! Ini Khairina lah!

Del menggelengkan kepalanya sambil menepuk dahi.Hah nak gaduhlah tu! Ed hanya tergelak melihat telatah mereka.

"Ish korang ni! Kalau tak gaduh tak sah kan?dah la jom.Kita naik kelas sama-sama.Dah sampai kelas kita berpisahlah!macam tak biasa pula!"bebel Del.Dia terus berjalan menarik lengan Edrina.Ed hanya mengikutnya.Biarkan sahaja dua orang tu!

"Werk!!"Rina menjelirkan lidahnya.Irdina menjelingnya tajam lalu mengikut langkah Del diikuti dengan Rina.







TBC..

Dia Crush AkuWhere stories live. Discover now