Bab 2

7.7K 327 11
                                        

Pejam celik, pejam celik dah nak 'Selamat Kembali ke Sekolah!'. Hari ini merupakan hari pendaftaran murid-murid. Aku yang akan pergi seorang diri untuk pendaftaran. Berdikari gitewww.

Aku menyarung baju t-shirt sekolah. Arahan daripada bonda pengetua. Apabila dengan beliau, peraturan amat ketat. Aku menggosok tudung hitam. Malas nak lawa-lawa. Semuanya muka yang aku pernah nampak. Tiada siapa yang aku nak goda.Pergi sekolah pon bukan nak melawa. Masing-masing kemproh aje kok.

"Mak, Suria pergi dulu!"
"Ya, hati-hati naik motor tu. Duit jangan lupa."
"Okey mak."

Aku menjerit di pintu sahaja. Mak aku berada di dapur. Aku mengambil kunci motor. Aku nampak Dani sedang mencuci keretanya. Ye lah, kereta mahal. Kenalah jaga betul-betul. Khusyuk benar dia mencuci keretanya sampai tak perasan aku yang sibuk memerhatikan dia.

Mak aaihhh. Cuci kereta pon boleh handsome. Agak-agak Dani kerja apa? Pakcik cleaner? Pakcik jual karipap? Cikgu? Tak mungkin.Tapi mesti seronok kalau Dani jadi cikgu. Cikgu kat sekolah aku pula tu. Wah, popular! CEO? Haa CEO? Lagilah tak mungkin. Ke tak kerja? Aku ketuk kepalaku sendiri. Sudah-sudahlah tu Su dengan berangan kau.

Aku mula hidupkan enjin motor dan bergerak meninggalkan rumah.

.

4 Arif, 4 Arif. Ha itu pon! Aku pantas bergerak ke meja yang berlabel '4 ARIF' untuk berdaftar. Ada guru disitu. Dah 3 tahun aku bersekolah di SMK Seri Medan tetapi aku baru kenal cikgu ni. Cikgu Azizah. Guru ini yang menguruskan biasiswa. Selalu nampak cikgu ni buat pengumuman di atas pentas mengenai biasiswa tetapi tidak pernah berbual. Katanya garang. Cikgu ni guru kelas aku ke? Oyemji.

Aku duduk di kerusi bertentangan beliau. Mula-mula tulis nama, kad pengenalan dan nombor telefon. Aku sempat melihat senarai nama.

Pergh, baru dua orang yang daftar! Aku dan Peho. Awalnya budak ni daftar. Tak sabar nak masuk sekolah ke apa. Aku pergi pula meja untuk pembelian buku-buku. Ini pula diuruskan oleh kelab koperasi.

Selepas buat pembayaran, aku pergi ke koperasi pula. Seorang ahli koperasi memberikan aku beg besar yang berisi buku-buku tingkatan 4. Beg lambang sekolah. Bangga jap.

Aku berjalan pergi ke motor aku sambil berfikir.

4 Arif, Kelas Sains Tulen.

Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan

4 Bestari, kelas akaun.

Akauntan
Ekonomi
Matematik Tambahan

Aku nak masuk 4 Bestari tetapi mak aku tak izinkan. Akauntan kan lebih senang daripada Sains Tulen. Haih, redha je lah nak. Keizinan tu lah yang penting untuk aku menimba ilmu.

.

"Siapa nak duit? Sini,sini!" Mak Pah menjerit. Aku terus meluru ke Mak Pah. Maklumlah dah nak balik. Mak cik aku yang ni suka beri duit sebelum pulang ke Kedah. Semoga dilimpahi rezeki yang mencurah.

"Nak, nak!" Aku menjerit keriangan.
"Eeee Suria kan dah besar mana boleh."
"Entah tuuu. Masih nak duit lagi, eeeee"

Aku menjeling adik-adik saudara aku. Ada yang kena telan cili kang! Kecil-kecil pon dah pandai menyakat yang tua.

"Suka hati lah. Bukan duit kau orang pon. Sibuk." Aku menjelirkan lidah. Betul-betul tak malu lah kau Su! Gaduh dengan budak kecil.

Aku salam Mak Pah dan dia memberi aku RM5. Pergh, duit hijau! Hidup hijau! Adik-adik aku serta adik aku hanya mendapat duit biru sekeping. Aku senyum jahat. Aku menunjukkan duit hijau pada mereka. Siap melayangkan lagi.
Mereka menunjukkan muka tidak puas hati.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang