Aku memandang kawan-kawan sekelas aku. Mata mereka tidak berkelip memandang Cikgu Dani. Betul-betul dilamun cinta mereka semua ni. Tak pernah aku nampak mereka fokus dan teliti dengan mana-mana cikgu. Cikgu Dani merupakan cikgu pertama yang berjaya mengambil tumpuan kawan-kawan sekelasku. Tahniah, tahniah.Walaupon tiada senyuman candy tetapi tahniah. Mereka tekun mendengar apa yang Cikgu Dani cakap. Aimie, rakan sekelasku siap bagi pick up line lagi. Kami semua gelak sahaja. Haih, confirm lah mereka nak sepanjang masa, waktu Matematik sahaja.
"Okey tanyalah apa-apa yang awak semua nak tanya." kata Cikgu Dani. Sesi soal jawab sudah bermula.
"Cikgu single lagi tak?" soal Ummu Salwa atau nama panggilannya Wawa.Huish. Straight to the point soalan tu. Aku mula menunggu jawapan daripada Cikgu Dani dengan sabar. Aku pon nak tahu juga. Bukan aku seorang sahaja. Rakan-rakan perempuan kelasku juga menunggu.
Cikgu Dani tenang dengan pertanyaan Wawa. Seperti sudah ramai yang tanya soalan sebegitu.
"Kalau saya cakap saya dah berpunya?"
"Alaaa" rakan-rakan kelasku merungut.Aku gelak.
Dah berpunya ke? Dah berpunya tu maksudnya dah kahwin? Tunang? Couple? Kalau dah berpunya, tak pernah nampak pon gerangan yang berjaya memiliki hati Cikgu Dani. Takkanlah duduk asing-asing kot.
Eh lantak cikgulah. Bukan life aku.
Tapi...
"Yeke cikgu?" aku soal. Tidak berpuas hati dengan jawapan cikgu. Itu bukan jawapan. Soalan dijawab dengan soalan. Apedaaaaa...
Entah-entah dia tipu. Aku langsung tak pernah nampak perempuan yang datang rumah Cikgu Dani kecuali ibunya, Puan Khaleeda. Kalau Puan Khaleeda balik rumahnya, dia duduk seorang sahajalah di rumah itu. Aku tengok pon Cikgu Dani jarang keluar rumah.
"Kenapa? Kalau single awak nak masuk meminang ke?" soal Cikgu Dani sambil mengangkat kening.
Aku mencebik. Mataku menjeling ke atas. Ada nampak muka aku ni nak dia ke?
"Saya nak cikgu!" Aimie sudah mengangkat tangan.
"Eh saya pon!" Alifah pula mengangkat tangan."Haa dah dua orang dah. Tinggal lagi dua kosong."
Semua gelak. Tak sangka Cikgu Dani pon gatal.
"Lambat-laun jodoh kita tetap akan datang. Allah dah tentukan. Tidak kisah lah yang dia banyak membebel ke suka pakai seluar bunga-bunga ke monyet belakang rumah dia handsome ke, yang penting jodoh tetap akan datang." kata Cikgu Dani. Semua gelak lagi.
Aku tersentak. Halamak dia ni. Tak perlulah cakap mengenai perkara tu. Nasib baik tak mention nama aku. Eh belum tentu aku kan. Ramai lagi yang membebel. Ramai yang suka pakai seluar bunga-bunga dan ramai monyet belakang rumah dia handsome. Erk. Yang terakhir tu aku rasanya. Tetapi kenapa dia cakap semua tu, dia memandang aku. Aku tak tahu nak buat apa, aku balas baliklah pandangan Cikgu Dani. Tiada apa-apa okey. Hanya membalas pandangan sebagai murid dan guru.
Kalau ye pon, bagilah senyuman candy sekali. Ni pandang aku serius aje. Siku kang! Ya Allah, kedekutnya senyuman candy dia tu.
"Eh kenapa sampai cakap pasal jodoh pula. Cikgu muda lagi lah."
"Umur cikgu berapa?"
"Cuba lah teka."Semua meraung tidak berpuas hati. Aduh, main teka-teka pula! Aku nak tau la. Beritahu je berapa. Cakap je lah nombornya. Bukan susah pon. Sebut dua nombor je.
"Beritahu je lah. Bukan jatuh gaung pon." Aku berkata perlahan.
Cikgu Dani memandang aku. Aku tersentak. Dengar ke?
Dia menguntum senyum.
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Teen Fiction[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...