Aku menggigit bibir menahan perit. Aku memegang perut aku dengan tangan kanan aku. Kadang-kadang aku menekan dan mengurut sedikit. Wahai perut, mengapa baru sekarang nak senggugut? Ya Allah, sakitnya! Perit! Hampir separuh nyawa!!
Kaum Adam, jangan perlekehkan hal senggugut pada kaum Hawa ni ye!
Ingin sahaja aku menjerit. Mata sesekali menjeling pada Dani yang masih terbaring di atas katil. Takut-takut dengan tindakanku yang seperti kucing bergusti boleh menganggu lenanya walaupun aku duduk di atas kerusi yang memang disediakan oleh pihak hotel di bilik ini. Kedua-dua kaki aku sudah dibawa ke atas kerusi.
Aku ni pelik sikit. Jika senggugut, aku tidak boleh berada dalam suasana yang sejuk. Macam lantai bilik ni lah. Sejuknya bukan main. Kalau tidak, makin menjadi-jadi senggugut aku.
Aku membenamkan muka aku di celah-celah lutut aku. Tangan kanan aku masih memegang perut aku. Entah berapa lama aku berada dalam posisi begitu. Aku mendiamkan diri sahaja. Hanya melayan senggugut ini. Serta-merta ada air mata jatuh. Sebab aku tak tahan dengan senggugut ni! Lama pula senggugut ni. Selalu sekejap sahaja.
Tiba-tiba ada tangan yang memegang kepala aku. Aku terkejut tetapi aku tidak mahu angkat kepala. Aku tahu itu Dani. Kalau dia tahu aku nangis sebab senggugut mesti dia gelakkan aku. Pastu dia ejek aku. Pastu dia tinggalkan aku sebab dia tidak kisah dengan perkahwinan ini. Dia tinggalkan aku sebab aku tak matang. Dia tinggalkan aku sebab aku seperti bini yang tak guna. Dia tinggalkan aku pastu dia pergi dengan Cikgu Hawa yang cantik, lawa, baik gila nak mati.
Aaahh Suria. Emonya kau!
Dani mengusap kepala aku.
Pelik. Tidak pula dia menyuruh aku untuk mengangkat kepala.
Aku tersentak sekejap.
Aku. Aku...
Aku tidak boleh buka mata!
Kenapa?! Kenapa aku tidak boleh buka mata?!!
Mata aku.. Mata aku terasa sangat berat. Aku berusaha sedaya mungkin.
Aku nak buka mata!!!
Badan aku menjadi kaku. Begitu juga dengan lidah aku. Aku tidak boleh bergerak. Aku tidak boleh berkata-kata.
Jantung aku berdegup laju.
Ajal aku sudah tiba ke? Aku tidak boleh melakukan apa-apa!
Dani, tolong!
Tolong!!!
'Sayang, I'm here.'
Jantung aku berdegup semakin laju. Aku dengar bunyi yang asing bagiku. Ramai-ramai menapak. Berlari. Ada suara-suara cemas tetapi aku tidak kenal suara itu. Suara meraung. Suara kesedihan.
Tiba-tiba suasana menjadi hening seketika.
Aku mengangkat kepala. Akhirnya aku dapat bergerak.
Mata aku bertembung dengan pandangan Dani. Dani terkejut. Mungkin terkejut mengapa aku nangis dengan tiba-tiba. Aku ketawa kecil.
Perkara yang berlaku tadi, bayangan aku sahaja kut. Aku cepat-cepat melupakannya. Tak nak fikir fasal tu lagi dah. Menganggu fikiran aku sahaja.
"Aaaaa... nangis ke?" Dani menyoal dengan ragu-ragu. Terbit rasa sayunya pada mata Dani.
"Mana ada nangis. Orang tengah mancing ikan ni haaa." aku perli dia sambil tangan membuat gaya memancing ikan.
Dia tayang muka bosan. Lantas tangan yang memegang kepala aku dengan lembut tadi berubah menjadi penumbuk. Dia menumbuk kepala aku perlahan. Perlahan tapi aku sudah rasa sakitnya.
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Fiksi Remaja[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...