Aku melihat keluargaku. Mak aku ketawa sakan dengan ahli keluarga yang lain. Bukan main lagi mereka memuji Cikgu Dani. Puji sekali lagi. Aku rasa dah dekat 100 kali keluarga aku puji Cikgu Dani. Puji yang melambung tinggi pula tu. Abahku pula sembang dengan ayah Cikgu Dani. Budak-budak kecil saling berkejaran. Memang riuh-rendah rumah nenek aku ketika ini. Macam nak pecah dah.
Perut aku berbunyi. Laparnya. Aku tidak menjamah apa-apa makanan lagi. Sibuk bergambar. Katanya hanya sekali seumur hidup nampak aku seperti ini. Menyampah aku. Bergambar pon tangan Cikgu Dani asyik merayap di pinggang aku. Kalau bukan di pinggang, di bahu. Aku kejung sahaja. Kecut.
Mataku tertumpu pula pada Cikgu Dani dan Bella. Mereka seperti membincangkan sesuatu. Muka Cikgu Dani seperti biasa. Tenang sahaja. Muka Bella merah. Menahan marah. Arghhhh lantaklah. Bukan hidup aku.
Aku lihat cincinku yang telah disarung di jari manisku. Percaya ataupon tidak, aku kena terima. Dia suami aku. Redha. Baru sahaja aku ingin mengangkat punggung aku nampak Cikgu Dani memegang pinggan yang sudah berisi lauk dan segelas cawan. Dia duduk bersebelahan denganku.
Aku terliur. Sedapnya. Tidak boleh jadi ni. Aku kena makan juga.
"Nak ambil makanan ke?" dia menyoal.
Aku mengangguk. Dengan baju nikah yang mempunyai kain belakang yang panjang membuatkan susah untuk aku berdiri. Hasil tangan daripada mak cik aku. Dia sangat pakar menjahit.
"Kongsilah. Cikgu ambil banyak ni."
Aku melihat lauk-lauk itu. Aku terliur. Sangat sedap. Ayam masak sambal merah.
"Saya tahu awak kuat makan. Tu sebab saya ambil banyak." dia kata dengan nada bersahaja.
Aku mencebik. Apa-apa lah. Aku nak makan. Aku mengambil mangkuk untuk membasuh tangan. Malas nak bangun punya pasal, gunalah kemudahan yang sedia ada. Nasib baik mangkuknya dekat dengan aku. Cikgu Dani membaca doa makan. Setelah amin, lantas aku mengambil peha ayam. Memang itu sasaran aku semasa melihat pinggan dia. Dia pon tidak kisah.
"Halah, halah kongsi pula." kata Mak Wa. Aku dan Cikgu Dani senyum kecil.
"Barulah sweet Mak Wa. Kan sunnah. Dapat pahala. Hehehe." aku menjawab.
"Eleh. Nak sweet jangan kat sini toh." kata Mak Pah pula.
Aku senyum malu sahaja. Tak mampu dah nak jawab. Lapar sangat ni. Betul-betul kecil lah pinggan. Susah nak makan.
"Cah!" aku memanggil Aisyah.
Dia mendekati aku. Matanya fokus pada peha ayam aku. Hah sudah.Niat aku memanggil dia untuk menyuruh dia ambilkan pinggan. Sekarang, ayam aku pula yang jadi mangsa. Aisyah ni dah lah pantang nampak makanan. Umur baru setahun lebih. Tiba-tiba Aisyah duduk berdekatan dengan aku. Cikgu Dani memandang hairan. Mata Aisyah sudah merenung peha ayam yang sedang aku pegang. Tangannya mula mengangkat. Pantas aku menjauhkannya daripada Aisyah. Aku mengangkat ayam yang sedang aku pegang dengan tinggi.
"Nak nak" kata Aisyah. Itu lah perkataan yang dia tahu. Asal nampak yang dia suka sahaja, dia akan menyebut 'nak nak'.
"Tak boleh. Ni akak punya. Pergi ambil lain." aku melindungi ayam aku.
"Nak!" Aisyah mula meraung.
Cikgu Dani sudah ketawa. Dia bukan nak tolong aku pon. Sibuk dengan makanannya. Macam tengok wayang pula dia ni.
"Tak boleh lah." aku tetap mempertahankan peha ayam aku.
"Nak." Aisyah menangis.
"Padanmuka kau." Mak Lik ketawa. Mak cik aku pon sama! Tolonglah aku sekali.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Novela Juvenil[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...