Bab 15

8K 326 125
                                        

Aku menundukkan kepala. Aku perasan yang pengetua sedang merenung aku. Ya tuhan, mata pengetua ni  boleh menggugurkan jantung aku. Seram! Apa salah aku? Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku sapa pengetua apabila bertembung. Kali ni lain macam pula. Apa salah saya pengetua? Ingin sahaja aku menangis ketika ini. Tidak pernah-pernah aku kena panggil dengan pengetua.

"Aa.. Ada apa.. cikgu nak jumpa saya?" aku memberanikan diri untuk menyoal walaupon gagap. Gagap habis. Kalau kawan-kawan ada juga sekarang ni, confirm kena bahan dengan mereka.

Pengetua memandang aku.

"Saya ada dengar-dengar fasal awak dan Cikgu Amsyar."

Aku terkejut.  Aku meramas jari aku. Dengan suasana bilik pengetua yang sejuk semakin bertambah ketakutan aku. Tambah-tambah muka serius pengetua ketika ini. Aku rasa muka aku dah pucat gila.

"Saya tidak tahulah nak percaya atau tidak. Tapi katanya ada sesuatu berlaku kat kelas tadi sewaktu exam. Tapi saya percaya yang awak tidak akan buat yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi Cikgu Amsyar tu cikgu awak." Pengetua sambung berkata-kata. 

Jantung aku semakin laju. Aku kedu sekarang ni. Tapi cepat gila ea gosip. Aku tidak tahu siapa yang sebarkan tapi boleh dikatakan hampir satu sekolah tahu.

"Mama."

Aku menoleh belakang ke arah pintu bilik pengetua. Aku salah dengar ke? Mama?!

"Ala Dani ni. Kacaulah. Mama baru nak berlakon takutkan Suria."

Aku memandang pengetua semula. Daripada serius tadi mukanya audah berubah ceria. Bersinar-sinar! Aku semakin tidak faham. Takkanlah ayah Dani kahwin dua? Tapi tiada siapa cerita pun. Eh, takkanlah!

Dani sengih lalu dia masuk dan menutup pintu. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan aku. Aku terpinga-pinga. Apa dah berlaku sekarang ni?

"Mama, tak baiklah takutkan Suria." kata Dani sambil tangannya memegang tangan aku. Dia menggenggam tangan aku yang sudah sejuk beku.

"Eh, mama pula. Dani juga yang suruh mama berlakon kan. Siap suruh takutkan pula tu. Hah, Suria. Salahkan suami awak ni. Rancangan dia. Mama ikut je."

Aku semakin terkejut. Pengetua tahu? Aku memandang Dani lagi. Inginkan penjelasan yang lebih jelas dan terang. Dani gelak. Tangannya mengusap tangan aku.

Lantas ada tangan melayang memukul lengan Dani. Kuat. Aku yang berada di sebelah Dani terhenjut sedikit. Terkejut dengan tindakan pengetua yang secara tiba-tiba. Dani berhenti gelak.

"Tak baiklah kamu ni. Dia dah macam apa dah tu tak tahu apa-apa langsung."

"Sorry lah. Sayang, sebenarnya pengetua awak yang sangat bijaksana dan arif serta comel ini merupakan ibu susuan abang."

Aku tersentak lalu menutup muka dengan kedua-dua belah tanganku. Aku menyembamkan muka di meja. Muka aku berona merah. Pertama sebab dia panggil aku sayang depan pengetua. Yang kedua sebab aku terkejut gila nak mati! PENGETUA SMK SERI MEDAN merupakan IBU SUSUAN KEPADA DANI AMSYAR. Great! Great! Great! Dan kenapa Dani tak cakap kat aku fasal benda ni?! Kenapa tiada sesiapa pun cakap?! Mampuslah aku! Huwaaaaaa

Tapi pengetua tiada waktu majlis akad nikah aku dengan Dani? Aku semakin ligat berfikir sehingga menyesakkan otak aku.

Aku mengangkat kepala semula lalu menjeling dia tajam yang berada di sebelahku. Dia merenung dan sengih seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Siap mengangkat jari-jemari yang gahnya itu menunjukkan peace.

"Jangan risau Suria. Mama rahsiakan benda ni juga."

Aku senyum kekok. Sumpah kekok. Sangat-sangat kekok. Kau cuba bayangkan yang pengetua sekolah kau sendiri memang ada kaitan dengan kau. Dekat sekolah pula tu.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang