Aku menyelubungkan diri dengan tuala. Masih ada mata-mata yang memandang aku di ruang tamu. Bella dan Nad duduk di sofa berhadapan aku. Muka mereka pucat. Dani memandang mereka dengan muka baran dan bengisnya. Tiada lagi kosong dan beku.
Aku memandang dia. Dia berdiri bersebelahan denganku. Tangannya memegang bahuku yang dilitupi dengan tuala. Dia menggosok bahu aku dengan ibu jarinya. Sejuk sampai ke tulang. Dani tidak pula mengenakan tuala. Dia tenang sahaja dengan baju Melayu hitam dan seluarnya yang basah itu. Rambutnya juga basah. Rambut basahnya membuatkan ada rambut yang menutup sebahagian matanya. Seperti watak anime.
"Aku tanya lagi sekali. Betul kau orang tak buat?"
Hilang sudah panggilan nama. Digantikan dengan 'kau aku' sahaja. Aku gerun. Tidak pernah Dani marah sebegini. Ini kali pertama.
Bella dan Nad hanya menunduk. Jika mereka jujur, lagilah kena maki hamun dengan Dani. Silap-silap kena halau keluar. Puan Khaleeda dan Haji Abdullah mendiamkan diri sahaja. Tetamu semua sudah beransur pulang.
"Amsyar, sudah-sudah lah tu. Bella dan Nad tak buat pun kan? Takkan lah dia orang nak tolak Suria."
Cikgu Hawa mendekati Dani. Seolah-olah dia ingin memujuk Dani.
Aku memegang tangan Dani. Aku genggam. Dani memandang aku. Matanya berubah menjadi sayu.
"Abang, biar je lah."
"Macam mana abang nak biarkan? Kalau sayang lemas? Kalau bukan abang yang selamatkan? Kalau abang tiada time tu? Benda ni tidak boleh main-main Suria."
Aku mengeluh. Ada kerisauan pada kata-katanya. Dada Dani masuh turun naik. Dia menahan marah. Aku mengukirkan senyuman.
"Benda dah lepas. Nak marah pun bukan boleh putar balik."
Dani pula yang mengeluh.
"Bella, Nad. Lebih baik kau balik. Jangan sampai kau orang pulak aku campak ke kolam." kata Dani dengan mendatar.
Mereka membuntangkan mata. Cepat-cepat mereka mengambil beg tangan dan menyalam Puan Khaleeda. Puan Khaleeda menurut sahaja.
Selepas mereka keluar dari pintu, tiba-tiba ada seorang wanita pula yang masuk.
"Hawa! Hawa okey?"
Seorang wanita meluru ke arah kami. Aku memandang ke arah pintu. Wanita itu memeluk Cikgu Hawa. Ibu kepada Cikgu Hawa mungkin. Cikgu Hawa terpinga-pinga.
Tiba-tiba wanita itu meluru ke arah aku. Muka wanita itu bengis.
"Budak tak guna."
Aku berdiri. Tangan wanita itu dilayangkan ke arah muka aku. Dani terus berdiri di hadapan aku lalu dia memegang pergelangan tangan wanita itu. Mengahalang daripada aku kena pukul. Aku memegang hujung baju Melayunya yang basah.
"Dani, jangan halang Cik Lia. Budak tu memang patut dikerjakan!"
"Lia, kenapa dengan kamu ni?" soal ibu.
"Kak, Bella dan Nad cakap budak ni tolak Hawa sampai jatuh kolam depan orang ramai. Malu anak saya kak."
Aik. Dah kenapa pula tiba-tiba Cikgu Hawa yang jatuh kolam? Mak cik ni tak perasan ke apa? Dah terang-terang baju kurung yang Cikgu Hawa pakai kering berbanding dengan aku dan Dani yang basah lencun .
Memang betul wanita ini ibu kepada Cikgu Hawa. Baru aku tahu dari mana kecantikan yang Cikgu Hawa ikut. Ikut mak rupanya.
"Lia, kamu ni dah kenapa? Suria yang jatuh kolam. Bukan si anak kamu tu." kata ayah.
"Mama ni kenapa? Hawa okey je lah!"
Muka wanita itu terpempan lalu berona merah. Malu dengan tindakan melulunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Teen Fiction[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...