Bab 14

6.9K 300 41
                                        

Aku dan Peho gelak kuat. Janganlah ikut seperti kami. Nak exam, buku teks Sejarah elok terbuka atas meja tetapi kami sibuk bercerita dan bahan orang lain. Aku dan Peho saling soal-menyoal tetapi kami banyak jawab main-main, pastu gelak. Dani pun dah banyak kali melihat aku dan Peho. Dia hanya menggeleng melihat kami. aku abaikan.

Hah ada aku kisah? Kejadian hari tu aku nak cepat-cepat lupakan. Aku langsung tiada kena mengena tetapi kenapa aku nak mengamuk? Kenapa aku nak marah? Memang aku isteri dia tetapi aku tiada kena mengena. Aku tak nak ada kena mengena dengan dia! Kalau aku ada hati pun dengan dia, aku rasa tepuk sebelah tangan sahaja. Hari pertama puasa sehungga lah sekarang, aku tidak berkata apa-apa atau berbual langsung dengan dia. aku perasan sewaktu berbuka puasa dengan keluarga aku dia banyak memandang aku. Tapi aku abaikan sahaja.

"Dah lah Peho. Penat lah aku gelak. Kau ni puasa ke tak haa?" aku menyeka air mata di hujung mataku.

"Kau lah ni."

"Aku tak buat apa-apa pon."

Aku memerhatikan sekeliling. Ada juga kawan-kawanku yang main dan bercerita. Ada juga yang khusyuk baca buku. Azie dan Caca pula aku tak tahulah mereka ni baca buku ke tak. Macam bercerita tetapi macam juga membaca. Mesyuarat mungkin. Aku memanjangkan kepala lagi mencari Atiqah.

Kan dah agak! Tak habis-habis dengan dia punya menguap. Ngantuk aje kerjanya. Hobi Atiqah menguap agaknya. Muka pon ngantuk sepanjang masa. Tapi bahagia sepanjang masa.

Selepas ini, peperiksaan Sejarah Kertas 2. Haih, apa yang terlintas dalam otak aku, aku tulis aje. Asalkan jawapan yang munasabah dan logik.

"Wah, rajinnya dia." kata aku.

Peho melihat Fikri. Aku tahu Fikri dengar tapi dia pura-pura tidak dengar. Ceh. Dia sedang menyapu sampah dibawah mejanya. Bukan meja dia je. Meja sebelah pon. Meja belakang pon. Sebaris meja ni lah dia macam nak sapu.

"Fikri, meja aku sekali tu." arah aku sambil menunjuk meja aku.

"Meja aku sekali mok."

"Syuhadah ni sekali."

Fikri menggeleng. Melayan karenah kami. Aku dan Peho gelak.Tapi, dia memang rajin. Orang cakap dia buat aje. Aku nampak Dani bangun. Dia melangkah ke arah kami dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Macho. Karisma. Patutlah mata-mata perempuan akan menjeling dia lebih daripada dua kali.

"Sapu bersih-bersih tau." kata aku.

"Meja aku pon." kata Peho pula.

"Tu ada sampah lagi. Sana pon." aku mengarah dia.

Dia sapu di bawah meja Syuhadah pula. Aku dan Peho bangun memberi laluan untuk dia menyapu.

"Kesian Fikri." Dani menggeleng melihat aku dan Peho.

Fikri hanya senyum.

"Macam ni lah suami mithali cikgu." aku mengangkat kening. Aku menekankan suara sedikit perkataan suami mithali. Biar bagi kesan kat hati dia. Dia memandang aku. Salah ke aku cakap?

"Sini penyapu tu."

Fikri teragak-agak untuk memberi. Akhirnya, dia beri juga.

"Sapu macam ni."

Oyemjiiii, cikgu handsome sapu guys!

Okey, dia sapu. Tapi, dia sapu sampahnya ke bawah meja Masitah! Selepas itu, dia memberi penyapu kepada Fikri semula.

Aku dan Peho gelak lagi.

"Wei Mas, kau tengok cikgu buat apa." kata aku sambil ketawa. Mas terpinga-pinga lalu memandang belakang memandang apa yang terjadi pada mejanya. Aku gelak.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang