Bab 33

6.8K 335 167
                                    


Satu-persatu alunan kalimah daripada al-Quran yang dibaca serta maknanya memasuki gegendang telingaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu-persatu alunan kalimah daripada al-Quran yang dibaca serta maknanya memasuki gegendang telingaku. Merdu. Aku ingin bangun, membuka mata. Memohon ampunan dari tuhan yang satu, Allah Maha Besar. Sungguh aku lalai. Aku lalai dengan cinta kepada Allah. Aku tidak bersyukur. Aku tidak melindungi masjid yang kami berdua bina.

Allahuakbar.

Tanpa sedar, air mata aku menitis dan mengalir ke tepi. Tiba-tiba ada tangan yang mengesat dengan lembut, dengan berhati-hati. Umpama aku seperti kaca yang boleh bila-bila sahaja berderai pecah apabila disentuh.

'Maafkan abang.'

Aku mengumpulkan kekuatan. Aku membuka mata perlahan.

"Alhamdulillah, Suria dah bangun."

Mak mendekati aku. Aku melilau sekeliling. Sekarang aku berada di atas katil, di bilik aku sendiri, di rumah aku sendiri. Bukan sahaja ada mak tetapi ada abah, ayah dan juga ibu.

Dani tiada.

Baru aku perasan. Baju aku sudah tukar dengan baju t-shirt lengan panjang dan seluar track. Siapa tukarkan?

Aku gagahkan diri untuk duduk. Badan masih terasa lemah. Apa terjadi?

"Suria demam. Panas pula tu. Hampir sehari Suria tak bangun-bangun. Sini makan." Mak menghulurkan semangkuk bubur yang masih panas. Belum sempat aku menyoal apa-apa, mak sudah bersuara. Aku terkebil-kebil memandang mak. Kemudian aku pandang pula abah, ayah dan ibu. Apa terjadi ni? Kenapa reaksi muka semua orang di bilik ni sekarang seperti sedih? Apa yang dah berlaku?

Kita cerai.

Baru aku teringat. Aku yang melontarkan ayat itu kepada dia. Aku mengeluh perlahan.

"Takpe lah mak. Suria makan sendiri je nanti."

Masing-masing diam tetapi mak menuruti juga permintaanku. Mangkuk yang berisi bubur tadi, mak aku letak di atas meja solek bersebelahan aku. Satu-persatu keluar dari bilik aku sehinggalah aku terasa kosong semula. Aku merenung luar tingkap. Mengawal perasaan. Mungkin inilah takdir aku. Aku dan Dani memang tiada jodoh.

Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran-Mu. Sesungguhnya aku redha dengan takdir-Mu. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa. Engkau Yang Maha Besar.

.

لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tiada Tuhan selain Allah,
Nabi Muhammad pesuruh Allah.

.


Perkahwinan.

Tidak semua indah. Pasti ada yang pahit. Tak semua manis seperti madu. Pasti ada pahit seperti kopi. Pasti akab ada dugaan, cabaran, rintangan. Liku-liku kehidupan. Kita memilih. Kita yang membuat keputusan. Sama ada kita hendak bersama-sama menghadapi atau, dibiarkan berseorangan diri. Jika cinta kerana Allah, cinta itu pasti tidak akan mati. Perempuan di alam perkahwinan. Ketahuilah, syurga di bawah telapak kaki suami.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Where stories live. Discover now