"Kau perasan tak?" Auni yang sedang mengunyah Roti Gardenia coklat menyoal aku. Pelahap betul. Lapar sangat agaknya waktu tengah hari begini. Panas terik.
Aku mengangkat kepala. Aku berhenti menekan kalkulator membuat latihan matematik tambahan yang diberikan oleh Cikgu Hanim.
Latihan tajuk apa? Tajuk Indeks dan Logaritma! Bab 5! Meroyan aku. Ada kata senang. Ada yang kata susah. Yang senangnya bila soalan cuma bagi nombor comel-comel. Tapi soalan susah bila melibatkan algebra. Kesian algebra. Algebra tak buat salah apa-apa tapi terlibat dengan tajuk indeks dan logaritma. Beginilah Cikgu Hanim. Awal-awal Cikgu Hanim sudah mengajar tajk yang mudah. Sampai pertengahan level naik sedikit daln lagi aku meroyan hujung tahun nanti tajuk pembezaan. Kuatkan mental awal-awal! Cikgu Hanim dah memang membuat perancangan untuk kami.
Aku dan Auni berada di pondok di hadapan bilik guru. Rajinnya Auni nak teman aku buat kerja rumah. Sementara tunggu Dani, aku buat kerja rumah. Kurang lah bebanan sedikit.
"Apanya?"
"Cikgu Amsyar macam lain." Cebisan roti yang terakhir disuap.
"Maksud kau?"
Cepat-cepat aku tanya. Menarik pula Auni bercerita sekarang ni. Aku menindihkan kertas-kertas latihan aku dengan kalkulator. Aku duduk menghadap Auni.
Auni meletakkan tangannya hadapan muka aku menandakan menyuruh aku untuk bersabar. Roti dalam mulut masih dikunyah. Lalu dia minum air dari botolnya dengan rakus.
Auni menghela nafas lega. Ingatkan nak sambung cerita tetapi matanya melilau sekeliling. Kenapa? Ada sesiapa yang curi dengar ke? Aku ikut Auni. Mata juga melilau sekeliling. Kepala menoleh kiri kanan depan belakang.
"Haa. Kau tengok tu." Auni menunjuk ke arah dewan dengan matanya.
Aku menoleh ke dewan. Hairan. Apa yang pelik dengan Dani? Dani sedang segak berjalan dengan memakai baju melayu berwarna blue black berserta samping. Takkan pelik sebab Dani memakai baju melayu pada hari Khamis? Normal sangat tu. Memang peraturan macam tu.
"Ap-"
"Sabar. Kau tengok ea. Budak-budak tu nanti bagi salam kat Cikgu Amsyar."
Belum sempat aku habiskan soalan, Auni memotong soalan aku. Aku memandang ke dewan semula.
Betul. Ada dua orang murid lelaki. Mereka berjalan ke arah Dani. Arah mereka berlawanan. Mereka semakin menghampiri. Mereka membongkokkan badan sedikit. Mulut terkumat-kamit memberikan salam kepada Dani dengan menunjukkan muka yang manis. Seorang murid lelaki menghulurkan tangan untuk menyalam Dani.
Aku membuntangkan mata. Terkejut dengan apa yang Dani lakukan. Dani tidak menyambut salam murid lelaki itu. Malah Dani terus berjalan sehinggalah ke bilik guru. Lebih mengejutkan muka Dani beku habis. Beku sememangnya beku yang tidak dapat dicairkan.
Aku memandang Auni minta penjelasan. Nampaknya Auni tahu sesuatu.
"Kau pun terkejut kan? Satu sekolah terkejut. Mula-mula aku dengar daripada Nabila dan Siti. Meraung wei dia orang cakap Cikgu Amsyar tak layan. Mestilah kecoh satu kelas aku. Ramai juga yang cakap Cikgu Amsyar memang lain. Selalu bila ada budak yang bagi salam mesti Cikgu Amsyar ada ajak sembang sikit. Ada bergurau sikit. Muka Cikgu Amsyar memanglah beku tapi kadang-kadang ada juga ceria, gembira, teruja. Pernah sekali Cikgu Amsyar masuk kelas aku waktu exam pertengahan tahun. Periksa Akaun. Ganti Cikgu Melati. Ya Allah, seram gila! Auranya tu kuat. Dah habis exam tu kita orang macam biasalah ucap terima kasih tapi tak dilayan langsung. Cikgu Amsyar terus keluar. Aku ada dengar juga dari budak kelas lain. Ada budak kena halau keluar dari kelas waktu exam. Padahal budak tu innocent sangat. Meniru pun tidak. Memang tiada siapa pun meniru waktu tu. Kesian wei budak tu. Nasib baik dia sempat siapkan periksanya. Kalau tak, mahunya gagal."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Подростковая литература[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...