Bab 32

4.4K 270 97
                                        

"Cikgu tu husband aku!"

Suasana hening seketika.

Satu ayat keramat yang aku utarakan membuatkan masing-masing disitu melopong besar. Bukan ada murid-murid je, cikgu-cikgu lain pun ada sekali. Rahang mereka semua jatuh ke bawah. Mata aku ralit memandang Dani. Dia meraup muka seperti dia menyesal dengan tindakan aku. Menyesal dengan kata-kata aku. Menyesal dengan perkahwinan. Aku memandang Cikgu Hawa pula. Terbit senyuman sinis pada mukanya. Seperti berpuas hati.

Aku menutup mata. Sekarang baru sedar keterlanjuran kata aku.

"Cikgu Amsyar, Suria Nashifa. Masuk pejabat saya sekarang. Awak berdua sahaja." Sengaja Cikgu Noriha menekankan perkataan sahaja dengan mata melirik pada Cikgu Hawa yang berdekatan dengan aku. Cikgu Hawa mengebilkan mata berkali-kali.

Suara tegas daripada Cikgu Noriha mengalihkan pandangan kami semua. Cikgu Noriha sudah melangkah pergi tiba-tiba berhenti dan memusingkan badannya.

"Yang lain masuk kelas. Sekarang." lalu kaki diatur semula.

Masing-masung berlari laju masuk ke kelas selepas menerima panahan mata garang oleh pengetua. Sepi sekali lagi dan tinggal aku, Dani dan Cikgu Hawa.

Dani memandang aku. Aku memandang Dani. Seketika kami berpandangan. Cikgu Hawa mendekati Dani lalu memaut lengannya. Aku mengalihkan pandangan. Tidak kuat. Baru sahaja Dani ingin membuka suara, aku melangkah pergi. Tidak kisah fasal madu yang mengadu menyalahkan aku. Ingat aku tak dengar ke?

.

"Kenapa dengan kamu ni Dani?"

Aku menunduk. Walaupun ibu susuan mertua aku yang sah tapi aku tahu, Cikgu Noriha tetap profesional dengan gelaran pengetua sekolah. Lebih-lebih lagi Dani sudah menjadi cikgu di sekolah ini.

"Mama tanya kenapa dengan Dani?" Dani menjawab dengan soalan. Dani kelihatan bengang.

"Ada nama Dani lain ke kat sini?" Cikgu Noriha membalas. Dani merengus. Aku terkejut sebentar.

Selama berkahwin dengan Dani, dia langsung tidak menunjukkan biadap pada orang tua terutamanya Cikgu Noriha. Sungguh sikap sopan-santun dan hormat pada orang tua memang Dani letakkan nombor satu pada prinsipnya. Aku menoleh memandang sisi mukanya. Jelas kelihatan betapa dia tidak berpuas hati dengan ibu susuannya yang berpihak pada aku. Aku masih menunduk. Oh tuhan! Ini bukan Dani! Bukan!

"Sepatutnya mama tanya dia."

'Dia' yang Dani maksudkan ialah aku. Ya Allah, kenapa dengan Dani sekarang ni?

"Kamu yang bermasalah sekarang ni Dani. Ingat mama tak tahu? Suria hilang kawan baiknya. Emosi dia sangat tak stabil. Suria hilang dirinya dan mana kamu pergi? Dan semua perasan kamu dah berapa hari tak balk rumah. Teman Suria, jaga Suria. Lagi satu, jangan sesekali gelarkan isteri kamu bodoh. Mama tak suka, Suria berganda-ganda tak suka. Cikgu-cikgu tak patut gelarkan anak muridnya bodoh."

Aku mengangkat kepala. Membara mata Cikgu Noriha memandang Dani. Macam mana Cikgu Noriha tahu? Ya, aku menangis bagai nak rak disebabkan perkataan itu. Kau ejek kat kucing bagi perkataan tu pun kucing tak suka.

"Semua orang juga kan nak Dani dengan Hawa? Dan Dani sekarang dah berkahwin dengan Hawa, itu pun tak puas hati lagi? Hawa lagi memerlukan perhatian dari Dani. berbanding Suria. Hawa hampir bunuh diri. Mama tak nampak ke apa yang perempuan ni dah buat dengan Hawa? Dani tak ajar Suria kurang ajar macam tu."

Aku menutup mata. Dani menggunakan 'perempuan'. Sekonyong-konyong, perasaan sebu, perasaan rindu kepada Raif datang menerpa dalam hati. Rasa sakit dan perit pada tangan akibat terkena paku baru datang. Mulalah air mata dah bertakung.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang