Bab 30

4.1K 265 63
                                    

"Raif dah botak."

Aku senyum senget usai menyapa Raif yang terbaring di katil.

"Raif dah tak handsome, dah tak comel."

Allahuakbar kuatnya dia. Raif mengukirkan senyuman manisnya seperti tiada apa-apa berlaku. Ada lingkaran gelap di bawah mata Raif. Muka sudah cekung. Tidak seperti kali terakhir aku jumpa dengan dia. Hari terakhir bersekolah pada tahun 2018. Baru sahaja sebulan lebih dia sudah seperti ini. Ibu dan ayah Dani sudah berada disini. Begitu juga dengan ibu bapa Raif. Ya, semua ada. Nad, Bella, Laila dan Naufal.

Banyak kali dia tidak hadir ke sekolah kerana menjalani rawatan. Dan banyak kali jugalah aku asyik mengutuk Raif sahaja. Aku cakap ponteng lah, saja tak nak datang lah. Dosanya aku. Aku langsung tidak tahu. Patutlah Cikgu Yuliana langsung tidak marah. Langsung tidak bising.

Kenapa kau rahsiakan Raif? Kenapa??!?!

"Kenapa?"

Tanpa sedar aku melontarkan perkataan itu yang sudah berlegar-legar di otak. Aku menunduk. Tak nak Raif melihat aku yang menahan sendu. Nanti dilabel 'gembeng'.

"Suria nangis ke? Gembengnya."

Kan? Aku dah cakap. Aku mengelap air mata aku di pipi dengan lengan baju pengawas sekolah. Dani di sisi aku menepuk perlahan belakang badan aku beberapa kali. Cuba memujuk.

"Tak lawak lah."

Raif ketawa kecil. Tiba-tiba dia mengeluarkan satu kotak sederhana besar yang sudah dibalut dengan sampul hadiah. Coraknya sangat cantik. Dipenuhi dengan warna biru.

"Raif nak minta tolong. Tolong bagi ni dekat Auni. Tolong untuk kali terakhir."

Aku tersentak. Ayat akhirnya membuatkan aku hampir menangis sekali lagi.

"Dan ini untuk Suria."

Raif menghulurkan satu gambar. Lambat-lambat aku mengambil dari pegangannya dan aku melihat. Aku hampir menangis lagi. Gambar aku dan Raif bergaduh semasa kali pertama jumpa. Ya, perang tepung. Gambar ini juga yang dia pilih. Kotak tadi yang sudah berada dekat denganku, aku pandang sepi.

"Raif sayang Suria. Lebih dari kawan. Tapi apakah daya. Dah jadi milik abang Dani."

Aku tergamam. Aku menggenggam tanganku. Sungguh aku bisu ketika ini. Tidak mampu melawan. Tidak mampu berkata apa-apa.

"Janji dengan Raif. Bahagia dan gembira. Lindungi rumah tangga Suria."

Aku tidak menjawab.

"Suria?"

Aku masih menunduk. Aku tak mampu. Aku menggigit bibir. Akhirnya aku mengangguk kecil. Aku takut janji ini aku tidak dapat tunaikan.

Tiba-tiba aku terdengar ada suara mendengus. Siapa lagi? Mestilah Bella. Aku malas nak melayan.

"Dah agak dah. Amsyar dia ambil, Raif pun dia juga. Kaki lelaki betul."

"Hahahahaha kan? Lepas ni Naufal pula kut. Jaga-jaga. "

Dani menggenggam tangan aku. Aku memandangnya. Sorry bro. Saya memang tidak boleh berdiam diri. Aku menolak genggaman Dani dan mendekati Bella dan Nad. Entah dari mana aku mendapat kekuatan, tangan aku ringan sahaja mendarat pada pipi kanan Bella dan Nad. Rasa puas.

Masing-masing yang berada di bilik itu tergamam. Mulut terkunci. Seperti tidak percaya apa yang aku lakukan. Sumpah aku tidak tahan. Aku penat! Aku penat gila!

"Aku tak tahu apa yang kau orang berdua tak puas hati sangat dengan aku. Aku rasa aku tak buat salah kat kau orang berdua pun. Aku ada curi kau orang punya duit ke? Nak aku sembah, sujud, cium kaki kau orang  dulu ke baru kau orang diam? Aku tidak kisah kalau kau orang kutuk aku tapi tak perlu tambah cerita. Aku sayang Dani, dia suami aku. Aku sayang Raif, dia kawan baik aku. Untuk pertama kalinya aku tampar orang yang lebih tua dari aku dan aku rasa aku tak menyesal. Kalau kau hormat aku, aku pun hormat kau orang. Raif terbaring kat katil tu dan kau orang tak boleh jadi baik sekejap ke? Walaupun sekejap. Tak boleh ke?!"

Cikgu tu HUSBAND AKU!Where stories live. Discover now