Bab 23

4.1K 257 30
                                        

Aku nak cepat-cepat buka maskot ni, cepat-cepat minum air, cepat-cepat makan aiskrim, cepat-cepat rehat, cepat-cepat lari daripada bergambar lagi di bawah cahaya matahari yang terik yang membuatkan aku hampir rentung terbakar dan basah lencun seperti mandi air terjun!

Aku mencangkung. Mengambil nafas. Penat oi! Ni semua salah Raif. Suka hati je jual nama aku. Yang lain setuju tu kenapa?

Hari keusahawanan pada hari ini hampir tamat. Pengunjung ada yang sudah beransur pulang. Tinggal murid - murid sekolah di tapak gerai mereka sahaja untuk mengemas gerainya. Hmm, bukan mengemas. Mereka masih bermain-main dan menghabiskan sisa-sisa makanan yang tidak habis dijual.

"Bagus gila Suria. Ramai tadi datang ruamh hantu." Raif memukul kepala maskot yang dipakai oleh aku dua kali.

Aku berdiri semula dan mencekak pinggang. Sudahlah panas dan penat. Ditambah pula cari fasal oleh Raif. Dia ingat aku tak rasa sakit ke? Nasib baik tak nampak muka aku. Padahal muka sudah menahan marah, menahan geram. kalau tak, mahunya ada yang jadi maskot terbalik.

Aku nak jerit dan mengamuk pada Raif tapi tak berdaya. Mampu melepaskan geram aku dengan menyepak kaki dia sahaja.

Raif mengaduh kesakitan sambil melompat setempat beberapa kali. Dia memegang kakinya.

"Sakitlah!"

Aku tidak mengendahkan jeritan sakitnya. Rasa puas. Aku mengangkat ibu jari aku. Dalam kepala maskot, aku sudah senyum sinis. Murid-murid yang berada di situ memandang kami. Ada yang gelak.

Raif menjeling aku.

"Oh, kau. Kenakan aku ye?" Raif pula senyum sinis.

Hah sudah! Bila dah keluar 'kau aku', apa yang Raif buat memang menyeramkan. Apa yang dia buat lepas ni berada di luar jangkaan aku. Aku telan air liur aku.

Cepat-cepat aku melangkah menjauhi Raif. Entah apa yang Raif fikir nak kenakan aku.

"Hoi kau orang! Siapa nak bergambar dengan beruang pink comel ni?! Beruang ni nanti ada bagi free gift! Apa yang free gift? Kau orang dapat aiskrim free di gerai 4 Arif. Dan yang paling best, kau orang akan dapat hug and kiss by this cute pink bear!!"

Aku berhenti melangkah. Aku memandang belakang.

Raif memanjangkan tangan menunjuk pada aku seolah-olah aku dipersembahkan. Lalu Raif menutup mulut menahan gelak. Dia sudah pasti reaksi apa yang aku berikan.

What the...

Raif tak guna!!!!

Hug and kiss?!?!!!?!!

Muhammad Raif menempah maut daripada Suria! Dia ni sedap gila bapak je cakap macam tu!

Aiskrim free tu okey lagi tapi hug and kiss??????

Belum sempat aku ingin melarikan diri, murid-murid sudah menyerbu aku. Kebanyakannya murid perempuan. Aku menghela nafas lega sekejap.

Mereka mula bergambar dengan aku. Ah, aku terasa popular lagi sekali. Macam-macam gaya yang aku lakukan bersama mereka. Daripada gaya peace, gaya tiang, gaya renang, semua aku buat. Mereka pun layan sahaja. Setelah selesai bergambar, mereka pergi ke gerai kelas aku untuk mengambil aiskrim free. Bagus juga rancangan Raif ni. Boleh habiskan aiskrim yang tidak habis. Cuma rancangan Raif hug and kiss tu minta penampar daripada aku. Kalau perempuan aku boleh lah. Kalau lelaki? Aku bagi kaki!

Ini dah masuk kumpulan yang keberapa entah bergambar. Tapi mereka juga meminta hug and kiss. Aku berikan sahaja lah. Yang kena pon maskot ini kan. Perempuan okey perempuan.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang