"Suria kan? Tolong cikgu jap."
Aku tersentak. Sedang dalam perjalanan ke surau, tiba-tiba sahaja Cikgu Hawa memanggil aku. Raif sudah ke surau agaknya selepas dia menolong aku. Mungkin Cikgu Hawa nampak aku berjalan berseorangan dan dia terus meminta pertolongan aku. Eh macam mana Cikgu Hawa tahu nama aku Suria? Oh lupa. Tudung sekolah ada tanda nama.
Aku mengikuti Cikgu Hawa ke bilik guru. Wah, patutlah! Meja Cikgu Hawa dengan Dani depan belakang sahaja. Macam lawak pula. Lawak sangat! Memang tak puas drama kat bilik guru sebab tu lah drama kat tengah jalan dan di tengah-tengah dewan. Selepas ini kat padang pula. Hujan-hujan dengan kilat dan guruhnya. Hah kan bagus! Macam Kuch Kuch Hota Hei gitu. Silap-silap ada juga yang kena sambar petir.
Meja Cikgu Dani membelakangi meja Cikgu Hawa. Nasib baik bukan menghadap.
Nasib baik? Are you jealous?
Of course a big NO!Kalau orang lain dengar pun, mesti orang akan ingat yang aku cemburu. Tiada percintaan antara aku dan Cikgu Dani. Fullstop. Titik. .
Cikgu Hawa mengeluarkan sesuatu di dalam beg kerjanya. Aku baru perasan yang Dani ada di mejanya. Tengok gayanya dia tengah khusyuk menanda buku modul Matematik pelajar sehingga tidak menghiraukan sekeliling.
"Cikgu nak minta tolong key-in kan markah."
Hati aku gelak sepuas-puasnya. Suara ketawa sahaja yang tidak keluar. Lawak lagi satu. Kenal pun tidak apatah lagi rapat tetapi aku juga yang kena melakukan kerja dia.
"Tahu kan?" dia menyoal aku dengan matanya seperti berharap.
Aku hanya mengangguk. Key-in markah sahaja kan? Senang tetapi jadi susah. Bukan satu kelas tetapi tiga kelas!
"Okey terima kasih Suria." kata Cikgu Hawa.
"Eh, kenapa ada baju sekolah tu?" Cikgu Hawa menyoal pula. Matanya memandang baju kemeja sekolah Rai yang diikat elok dipinggang aku.
Dani memandang kami. Dia juga melihat baju sekolah Raif.
Aku gelak kecil.
"Oh ini. Biasa lah cikgu. Perempuan." Aku senyum.
Cikgu Hawa gelak lalu mengangguk. Faham dengan apa yang aku cakap. Yang peliknya, Dani turut sama mengangguk.
"Am dah kenapa angguk-angguk kepala?" Cikgu Hawa yang nampak apa yang Dani buat terus menyoal. Cikgu Hawa ketawa kecil.
"Saja." Dani jawab dengan ringkas sambil mengangkat bahu. Cikgu Hawa geleng.
Cikgu Hawa mengambil beg tangannya lalu melangkah pergi. Eh? Macam tu je? Jangan dia nak balik sudah. Ambil beg tangan tolong pergi kantin. Kalau Cikgu Hawa balik betul, aku key-in markah semua seratus peratus. Oh yeah, Su bijak!
.
Aku mengeluh buat ke berapa kali entah. Aku tenung kertas-kertas peperiksaan murid yang sudah ditanda. Peperiksaan penggal pertama. Pelajar tingkatan dua dan empat tidak mengambil peperiksaan penggal pertama. Heaven sekejap! Dalam masa setahun, kami hanya ambil peperiksaan pertengahan dan akhir tahun sahaja. Tetapi paper banyak. Bersyukur sahaja lah.
Lama aku seperti ini baru lima orang sahaja yang aku key-in markah mereka. Nasib baik sudah dua kelas. Macam-macam nama yang aku jumpa. Zaman sekarang ni nama memang moden. Panjang pula tu. Pastu susah nak sebut. Terbelit lidah. Cuba bagi nama yang senang disebut dan sedap didengar. Contohnya, Suria. Hah kan senang dan sedap tu!
Okey, Su! Sudah, sudah. Baru aku tahu yang aku ni suka membebel dalam hati.
Tiba-tiba ada tangan daripada belakang melekatkan sticky note berwarna biru di meja. Kalau kat belakang aku, dia je. Mana ada orang lain. Aku mengambil sticky note itu. Aku menguntum senyum. Macam budak-budak pula dia ni. Dia melukis emoji senyum.
![](https://img.wattpad.com/cover/149193854-288-k857234.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Teen Fiction[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...