Bab 29

3.9K 260 69
                                    

Roses are dead,
Violets are crying,
Outside I'm smiling,
But inside I'm dying.

"Saya nak ucapkan tahniah sangat-sangat ye kepada cikgu idola kita iaitu Cikgu Amsyar dan Cikgu Hawa. Haa melepas lah kau orang semua."

Aku menumpukan perhatian sepenuhnya pada buku laporan perhimpunan. Walaupun di belakang dewan, aku masih boleh dengar. Ada murid-murid yang 'alaaa' tetapi lebih kepada menepuk tangan. Siapa je tak happy kalau dah lama dijodohkan, dipadankan. Kalau boleh, ingin sahaja aku balik sekarang ni tapi hari ini hari pertama persekolahan. Perhimpunan rasmi yang pertama. Selamat datang 2019 tahun SPMku, tahun stressku, tahun homework menggunungku, tahun penuh tanggungjawabku.

Percaya ataupun tidak aku menggalas tanggungjawab sebagai Penolong Ketua Pengawas 2. Hahahaha.
Muka aku ni set-set baik kut nak jadi pengawas. Garang katanya. Best jadi pengawas ni waktu ada majlis apa-apa boleh kau jalan-jalan, merayau. Macam aku ni. Aku tak nak lah jaga budak-budak kat dewan tu lagi. Penat kena kecam. Dia orang pun dah tengok aku lain macam tadi. Jadi, aku nak kat belakang dewan sahaja. Senang nak gosip.

Peho dan Atiqah yang berada dekat denganku memandang selepas apa yang dibicarakan oleh Cikgu Rohana sebentar tadi. Mereka bertugas untuk menulis laporan perhimpunan setiap hari. Tugas apa tu? Setiap apa yang berlaku dan dibicarakan mesti ditulis dalak buku laporan yang disediakan. Cikgu akan semak. Siapa yang pilih? Mestilah aku. Bagi kerja sikit. Barulah nampak macam pengawas gitu.

"Nak tulis ke?" Atiqah membisik pada Peho.

Peho memandang aku. Aku masih menunduk.

"Aaaa tak payah lah. Tak penting."

Dalam diam, geli hati aku. Faham juga. Kawan-kawan aku memang sudah tahu mengenai pengantin baru itu. Mestilah aku beritahu. Meroyan? Tidak. Cuma meluahkan perasaan.

Saya sudah mempunyai madu pada umur 16 tahun. Reaksi? Kosong.

Yes. Majlis akad nikah dan sanding berjalan dengan lancar. Memang tak lah aku datang. Setiap majlis aku tak nak hadir. Tak nak tunjuk muka. Bukan mogok tapi ini terpaksa. Dan aku pasti mestilah cikgu-cikgu hadir majlis persandingan mereka berdua. Kalau aku ada? Lagilah naya. Aku tahu Cikgu Hawa pun belum pulih lagi tapi melihat dia pagi tadi sangat ceria. Sangat bahagia. Sebab datang sekolah sama-sama! Naik kereta sama-sama! Patutlah kosong sahaja rumah sewa tu.

Argh sudah. Tak perlu fikir.

Aku duduk di tangga berhampiran pentas. Penat berdiri. Aku mengintai apa yang berlaku. Baru sahaja aku menyembulkan kepala dan menoleh ke kanan, aku mengucap panjang. Dani betul-betul berada di sebelah aku. Masih tak perasan dengan kepala aku yang sudah tersembul. Khusyuk dengan telefonnya. Sekali-sekala mukanya berkerut, kening bersambung. Dah kenapa tiba-tiba dia duduk dekat situ? Bukan biasanya dia selalu kat barisan ketiga ke? Ini sudah belakang sekali dan hujung sekali dan tersorok ni. Aku senyum. Tak fokus pula tu. Cikgu Rohana tengah semangat beri ucapan beritahu fasal persekolahan boleh pula dia tengok telefonnya.

Mukanya berubah. Bukan lagi berkerut. Aku memanjangkan kepala. Apa toh tengok lama sangat sampai tak perasan aku kat sebelah ni?

Tersekat nafas aku. Gambar candid aku. Aku sedang gelak bersama kawan-kawan aku di kaki lima pada sambutan raya di sekolah tahun lepas. Ya, kejadian Dani selamatkan aku. Tak silap aku ini waktu sebelum kejadian itu. Biasalah bergosip. Dani membawa gambar itu ke tepi dan mempamerkan gambar lain. Wah, tersekat nafas aku kali kedua. Gambar aku lagi. Candid lagi. Aku  sedang bermain baling-baling selipar bersama sepupu-sepupu aku. Gambar itu menunjukkan aku sedang menjelir lidah pada adik-adik saudara aku. Gambar lain pula. Okey, kali ketiga. Aku sedang merenung luar tingkap dalam keretanya dengan berpakaian baju pengawas. Hanya nampak sisi sahaja. Seterusnya, gambar aku yang sedang mencuci pinggan. Hanya susuk tubuh belakang. Tiba-tiba Dani tekan back. Tadi tersekat. Sekarang ni tercekik. Gambar-gambar yang Dani lihat tadi. Dani membuat album dan menamakannya satu simbol love berwarna merah hati. Dani keluar daripada gallery. Yang ni aku rasa nak pengsan. Wallpaper dia. Itu aku! Gambar dia bersama maskot beruang. Itu aku! Bijak dan berani juga dia ni ya.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Where stories live. Discover now