Bab 7

7.1K 296 5
                                        

Aku mengambil biskut daripada rak dan meletakkannya di dalam troli. Aku mengambil meggi, letak di dalam troli. Aku mengambil roti pula. Dan apabila aku menoleh, perbuatanku terhenti. Troli kosong.

Aku jeling Cikgu Dani. Aku ambil semula dan meletakkanya di dalam troli. Dia memulangkan semula. Aku ambil, dia pulangkan. Aku ambil, dia pulangkan. Mata-mata yang melihat kami hanya senyum tindakan yang kami lakukan. Mungkin orang lain fikir kami pasangan kekasih. Dan mungkin juga ada yang fikir kami merupakan adik-beradik.

"Janganlah pulangkan." aku ambil semula.
"Awak tau tak membazir beli semua ni." dia letak semula.
"Mana ada membazir. Kan untuk makan."
"Kita bukan duduk kat rumah tu je. Kang nanti tak berusik."
"Ni namanya sebagai persediaan."

Cikgu Dani menjeling matanya ke atas. Aku membuat muka comel supaya Cikgu Dani terpujuk dengan muka comelku.

"Ambil lah." dia mengalah.
"Yes!" aku bersorak riang.
"Tetapi awak yang bayar."

Terhenti langkahku. Aku memasamkan muka. Aku memulangkan semula. Ini aku tidak boleh. Aku mana ada duit!

"Kedekut. Baik tak payah pergi sini." aku menggumam.
"Kan? Patutnya duduk rumah je." dia menyambung seolah-olah bersetuju dengan cadanganku.

Aku mencebik. Cikgu Dani ketawa.

"Ambil lah. Tetapi jangan banyak sangat."
"Tak nak. Nanti kena bayar."
"Tak nak sudah." Dia menolak troli.

Aku mula mengambil barang yang aku inginkan. Terutama sekali makanan. Lantas aku berlari ke arah dia dan letak di dalam troli. Cikgu Dani memandang sekilas.

"Tadi cakap tak nak."
"Tidak baik menolak rezeki. Dah jom cikgu. Cari lain pula. Cuci mata."

Aku berjalan riang. Happy! Cikgu Dani menggeleng sahaja.

"Am!" tiba-tiba ada suara memanggil. Aku dan Cikgu Dani menoleh.

"Tak sangka pula boleh jumpa you kat sini. You buat apa kat sini?" Bella dan Nad mendekati kami lalu mereka memaut lengan Cikgu Dani. Bella di sebelah kiri mana Nad di sebelah kanan. Aku? Berdiri di hadapan troli melihatg sahaja adegan mereka. Mak cik - mak cik badut sudah mari. Ingin sahaja aku muntah melihat mereka. Dengan tak cukup kainnya lagi. Habislah. Dua gabung satu.

Cikgu Dani menolak tangan Bella dan Nad. Lantas die menolak troli dan berdiri berdekatan aku. Mereka menjeling aku. Aku mengangkat kening dan menunjuk muka 'menang.'

"Tengah main bola sepak lah mak cik Bella." aku menjawab dengan bersahaja.

Banyak-banyak tempat kenapa boleh terjumpa kat mall ni?! Memang tiada mall lain ke yang dia boleh pergi? Semalam baru sahaja jumpa dengan Nad. Bosanlah!

"I tak tanya you dan jangan panggil I mak cik okey!" mak cik badut sudah marah dan itu semakin membuatkan aku suka.
"Okey mak cik badut." aku membalas lagi.

Bulat mata Bella. Aku ketawa. Apabila Cikgu Dani memandang aku, aku menutup mulut.

"You jangan nak menyampuklah." Nad bersuara.

"Tengah shopping. Takkan nak main bola pula macam yang Suria cakap." kata Cikgu Dani.

Aku ketawa lagi. Wah, Cikgu Dani sokong aku! Mereka mendengus geram.

"Uols pula buat apa kat sini?" soal Cikgu Dani.
"Oh, I dengan Nad shopping juga."
"K." aku menjawab. Aku langsung tidak kisah dengan jawapan Bella.

"Okey I nak sambung shopping. Bye." kata Cikgu Dani sambil menarik tanganku.

Aku menoleh belakang dan mengangkat ibu jari. Bella menghentak kaki seperti orang gila disitu. Nad menjeling aku.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang