Aku menjawab dengan malas. Aku tiada mood sangat-sangat ketika ini. Cikgu Dani tidak menepati janji. Aku sudah cakap umur dia semalam. Aimie baru cakap harini. Kan? Ke Aimie yang cakap dulu sebelum aku? Hah sudah.
Jangan menilai dulu Su. Dengar penjelasan orang lain. Masalahnya tidak adil! Penjelasan itu penting. Lantak! Aku malas sangat nak berfikir. Time tengah mood cuti ni lah cikgu bagi latihan. Aku masih merajuk dengan dia.
"Wei yang ni kau dapat?" tanya aku sambil menunjuk soalan pada Syuhadah. Aku sebenarnya malas nak baca, malas nak jawab, malas nak fikir dan malas nak kira.
"Belum. Lajunya kau buat. Aku baru sampai sini." jawab Syuhadah dengan manunjuk kertasnya bahagian yang sudah dia buat.
Aku melihat kertas latihan aku. Ha'ah lah. Cepatnya aku buat sampai sini. Tidak perasan pula. Malas nak fikir tetapi aku pula yang buat cepat.
"Buat lah ni dulu sama-sama. Nanti senang." aku paksa Syuhadah. Memang dia je kena paksa dengan aku. Kesian dia. Dah lah dia bendahari kelas. Hahahahaha
"Iyelah."Tiba-tiba Cikgu Dani berdiri depan aku. Ini lah rutin Cikgu Dani pula. Suka berjalan-jalan di kelas dan kedua-dua tangannya diletakkan di belakang. Dah macam gaya abah aku.
Aku dan Syuhadah memandang sekilas. Pantas aku mengangkat kertasku dan menutup muka aku dan Syuhadah. Syuhadah pon ikut sahaja aku melakukan seperti itu.
Yang pertama sebab aku tak selesa. Kedua, tidak boleh berfikir kalau ada cikgu yang tengok kita. Lebih-lebih lagi semasa exam. 90% murid akan berpura-pura untuk berfikir dan tenung soalan kalau ada cikgu yang pergi tempat kau, tenung. Pastu kau akan padam yang kau dah tulis padahal kau tahu jawapannya. Tapi kau pura-pura tak tahu. Aku rasa semua murid lalui benda ni lah.
Cikgu Dani menjeling aku dan Syuhadah lalu pergi ke tempat Caca. Haa Caca relax sahaja jawab. Pastu dia berpura-pura fikir. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Caca senyum dan nak ketawa. Dia takut tu.
"Cikgu jangan pergi sini lah cikgu." kata aku.
"Eh, kenapa pula?" Cikgu Dani buat muka hairan.
"Cikgu tahu tak? Cikgu bawa aura yang tak boleh kita orang jawab."
"Kisah pula cikgu." jawab Cikgu Dani lalu pergi ke meja kawanku yang lain.Aku mencebik. Haa jangan datang. Dah lah tak tepati janji. Aku ngadu kat Puan Khaleeda lah! Biar dia kena ceramah free.
Aku berbincang dengan Syuhadah semula. Syuhadah pon sudah tergaru-garu kepalanya sendiri. Caca pon tidak menjawab soalan bahagian ini lagi. Keling soalan ni. Nak apa toh sebenarnya? Straight to the point kan senang.
"Tanya cikgu je lah." kata Syuhadah.
"Cikgu!" aku memanggil Cikgu Dani. Dia yang berada di meja kumpulan Aimie menoleh. Aku melambaikan tangan untuk menyuruh dia ke sini.
"Cikgu!" Hah makhluk siapa pula yang panggil ni. Raziq. Cikgu Dani terus pergi ke Raziq. Aku tersentak.
"Cikgu, saya panggil dulu lah."
"Kan awak cakap awak tak bagi saya pergi kat tempat awak."Aku mengecilkan mata. Aku lagi yang kena.
"Iya lah cikgu. Haa pergi kat Raziq dulu lah cikgu. Nanti dia nangis." Raziq senyum-senyum. Arok sikit Raziq tu. Aku ejek dia pon boleh pula Raziq senyum.
Aku melihat saja mereka. Lamanya. Aku sudah menghulurkan kertas. Tunggu Cikgu Dani datang sini sahaja
"Haa apa?"
"Ni haa cikgu. Saya tak faham." aku menunjuk soalan pada kertas.
"Apanya tak faham?"Aku memandang Syuhadah. Syuhadah memandang aku. Kami sama-sama sengih.
"Ni lah. Semua ni. Soalan. Tak faham dan tak jelas."
"Haih. Iya lah."
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Teen Fiction[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...