"Tepi, tepi! Bagi laluan!" aku menjerit pada pelajar-pelajar yang berkerumun menghalang laluan kumpulan aku mengangkat meja panjang. Lain kali kalau nak membawang, tolong jangan kat tengah-tengah jalan. Kan kat sekolah banyak pondok. Membawang lah kat pondok. Tidak perlpu bersusah payah memenatkan kaki. Eh, membawang ni yang penat cuma mulut dan telinga sahaja. Anggota badan lain memang tidak heran dah.
"Letak kat tengah-tengah ni." arah Cikgu Hawa.
Amboi. Tukang arah sahaja? Cikgu Hawa ingat meja ni ringan macam bulu ayam ke? Nak patah pinggang aku. Cikgu Hawa ni guru Matematik kelas 4 Bestari. Menggantikan Cikgu Razidah. Aku terus ke bilik mesyuarat semula untuk mengangkat meja lagi. Tadi tu angkat untuk Cikgu Hawa. Ni untuk kumpulan aku pula.
Hari ni merupakan Pameran Bulan Sains dan Matematik. Kelas 3 Arif, 4 Arif, 5 Arif dan 5 Bestari terlibat. Kelas aku memang wajib. Kelas aku dibahagikan dengan 3 kumpulan. Biologi, Kimia dan Fizik. Kumpulan aku ambil Biologi. Susah ke senang, redha sahaja. Nasib baik Cikgu Hamizah menolong kumpulan aku untuk pameran ini. Seperti biasa kumpulan aku mestilah geng-geng aku dan seorang lelaki iaitu Fikri. Kesian dia. Kena paksa dengan aku untuk masuk ke kumpulan aku. Dah dia sahaja yang menurut perintah. Pujuk sikit, baru 'Iyelaahhhhh'
"Aduh, sakit pinggang aku!" aku terbongkok-bongkok. Sudah berapa meja aku angkat.
"Cikgu, dah boleh ambil barang-barang kat atas ke?" soal Alia.
"Ha boleh-boleh. Cepat." jawab Cikgu Hamizah lalu melangkah pergi.Apakah? Aku tercengang. Aku penat nak naik turun tangga. Jauh!
"Cepat ambil. Aku jagakan meja." aku duduk di kerusi yang sudah disediakan di meja kumpulan aku.
"Sedap kau je." kata Azie.
"Kerusi memang sedap diduduk." aku sengih.
"Bising-bising."Aku ketawa.
"Aku jagakan beg kau orang lah. Pinggang aku nak patah. Kasihanilah kawanmu ini." aku menunjukkan muka kesian pada mereka.
"Kalau hilang siap kau. Aku bakar rumah kau." kata Peho.
"Ha bakarlah. Sila, sila." jawab aku.Mereka terus melangkah pergi ke makmal Biologi untuk mengambil barang-barang pameran. Banyak tu kena ambil. Takpelah. Mereka semua kuat.
Aku memerhati sekeliling. Semua busy untuk menyediakan tempat pameran. Kumpulan Kimia dan Fizik jauh pula dengan Biologi. Sepatutnya sebaris. Barulah cantik tetapi disebabkan pameran kumpulan aku ada menggunakan mikroskop, kena hujung dewan. Ada cahaya matahari.
"Hoi, buat kerjalah."
Ada suara garau menegur. Aku menoleh ke kanan.
Dani menyilang tangannya di dada. Segak dengan baju kemeja berwarna merun dan dipadankan dengan tie berwarna hitam. Fakta bagi Dani ialah dia suka dengan warna gelap. Warna pakaiannya pon aku tengok setiap hari pasti warna gelap sahaja. Tidak bosan ke?
"Tengah buat lah ni. Orangnya tengah on the way." jawab aku.
"Tengah buat? Mana? Mana?" Dani mendekati aku.Aku cuak. Agak-agak lah dia ni. Ada pelajar lain kot. Ada Cikgu Hanim pula tu kat bahagian depan!
"Cikgu ni. Barang tengah on the way. Dalam Bahasa Melayunya adalah, dalam perjalanan." aku mengundurkan kedudukan aku dan Dani.
"Eleh, orang dekat sikit dah takut. Cium kang baru tahu." kata Dani dengan perlahan lalu ketawa jahat.Aku membuntangkan mata. Aku terus berdiri. Ya Allah, dia ni! Suka hati sahaja cakap kat sini. Nak tekup mulut dia, tidak boleh pula. Aduh, ketawa dia juga kuat. Pelajar-pelajar 5 Arif sudah melihat kami.
"Diamlah cikgu. Tak payah lah cakap kat sini." aku membisik.
"Biarlah. Mulut cikgu."Tangan aku pantas mencubit badan belakangnya. Muka aku tetap memandang sekeliling. Lantaklah! Dani mengerang kesakitan.
![](https://img.wattpad.com/cover/149193854-288-k857234.jpg)
YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Ficção Adolescente[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...