Aduh, habis lagi! Termasuk ni dah tiga pen habis. Memang dahaga sangat ke sebab lusa puasa? Dah lah banyak lagi yang aku belum jawab. Nasib baik Sejarah Kertas 3. Berangan lebih punya fasal sampai ke luar tingkap. Berangan punya berangan, tak sangka lama aku berangan. Menerawang jauh.
Aku selongkar bekas pensel aku. Jangan tiada pen lagi sudah. Kenapa aku rasa macam ada banyak barang dalam bekas pensel aku padahal bekas pensel aku kecil? Tetapi kenapa tiada pen?! Alahai pen. Di manakah anda? Jangan main sorok-sorok pada saat genting seperti ini. I really need you!
Aku mengeluh. Maaflah rakan-rakan jika saya membuat bising. Sekian.
Aku menelungkupkan bekas pensel aku sehingga mengeluarkan isi-isi yang ada dalam bekas pensel. Disebabkan ada banyak duit syiling, ia mengeluarkan bunyi yang kuat dengan suasana kelas yang sunyi seperti di tanah perkuburan. Kawan-kawanku semua memandang aku. Kepala Dani yang menunduk menatap telefonnya juga memandang aku. Aku sengih dan mengangkat jari menunjukkan peace.
Dia mengangkat punggung dan berjalan ke arah mejaku. Aku kemas barang-barang yang bersepah di atas mejaku. Dalam bekas pensel cuma banyak duit syiling. Pen hitam, tiada!
Dia mengetuk mejaku. Aku mengangkat kepala dan memandang dia. Dia mengangkat kening seolah-seolah tanya aku kenapa. Aku menunjukkan muka sedih.
'Pen hitam semua habis.' kata aku tanpa mengeluarkan suara. Bimbang jika aku mengganggu kawan-kawanku yang fokus menjawab soalan dan menulis dengan laju.
Erk. Aku rasa memang aku sudah mengganggu. Dani berdiri kat sini pun mata masing-masing macam nampak ular tengah berdiri. Dani tunjuk pen biru yang berada di atas mejaku. Aku menggeleng dan berkata 'Tak lawa'.
Memang aku ada pen biru tetapi sungguh tak lawa. Memang tak lawa. Aku dah cantik-cantik guna pen hitam semua takkanlah tiba-tiba muncul biru. Tak cantik lah macam tu. Suka hati aku nak guna hitam semua ke apa. Bukan guna pen kau okey.
Dani mengecilkan mata. Aku sengih. Dia menghulurkan pen hitam yang memang sudah sedia ada di kocek atas kemeja kelabunya. Aku mengambil pen hitam yang dia hulurkan. Hehehe. Akhirnya!
"Terima kasih." aku bersuara kecil dan perlahan.
Baru sahaja aku ingin mula untuk beraksi dan bertarung dengan kertas, Dani menjentik kepalaku lalu melangkah pergi.
"Aduh!" aku menjerit lalu menggosok dahiku.
Aku membenamkan wajahku ditangan sambil menggosok dahiku. Aku tahu rakan-rakan sekelasku semua sedang memandang aku akibat jeritan aku tadi. Mungkin ada juga yang memandang aku dengan jelingan. Mungkin.
Aku mengangkat kepala dan membetulkan posisi aku. Aduh, sakit tak hilang lagi. Ni kalau benjol, aku saman dia. Kalau aku lupa step zapin untuk majlis hari guru esok, memang aku cincang dia. Pastu aku suruh nenek aku halau dia keluar rumah tu.
Astaghfirullah. Tak baiknya. Dah lah dia dah bagi kau bantuan untuk kau jawab exam. Boleh pula kau berfikiran jahat.
Insaf, insaf.
Aku sambung menjawab soalan yang tergendala. Aku memandang dia yang berada berdekatan dengan pintu. Kebetulan juga dia memandang aku.
Dia senyum senget. Aku mengecilkan mata. Ingat handsome ke senyum macam tu? Aku menjelirkan lidah lalu mataku menumpu semula pada kertas soalan. Dia ni memang suka kacau tumpuan aku. Kesian tumpuan asyik diabaikan.
.
Sehari aku duduk di belakang dewan sahaja. Kerja SLB macam ni lah. Penat. Baru tahun ni jadi dan tahun ni baru dapat merasa kerja sebagai SLB untuk hari guru.

YOU ARE READING
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Ficțiune adolescenți[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...