Bab 8

6.6K 294 16
                                        

"Akak tak payah naik motor pergi sekolah nanti. Naik dengan Dani."
"Hah?! Kenapa?" alangkah terkejutnya aku semasa aku keluar daripada bilik ingin pergi ke bilik air, mak aku yang masih bertelekung berkata begitu.

Aku terus duduk bersebelahan dengan mak aku.

"Sekali-sekala naiklah dengan suami sendiri."
"Habis Yasmin macam mana?"
"Dia cuti hari ni. Demam."

Aduh, waktu begini lah dia nak demam! Patutlah bukan main awal lagi dia tidur malam tadi. Kebiasaannya adik aku akan naik motor dengan aku pergi ke sekolah. Senang. Tetapi ni secara tiba-tiba! Pergi ke sekolah dengan Cikgu Dani! Kalau orang lain nampak macam mana?!

"Mak hantar lah." aku sedaya upaya mempertahankan hak aku.
"Hantar akak, mak pula yang lambat pergi sekolah."

Alahai. Benar juga kata mak aku. Nanti mak aku pula yang lewat ke sekolah.

"Cikgu Dani tau ke?" aku menyoal.
"Cikgu, cikgu. Dia tu dah jadi suami kau tahu tak? Dia tahu. Malam tadi dia yang minta izin dengan mak. Apa lagi, mak bagi sahaja lah."

Tidak fasal-fasal aku kena marah dengan mak aku pula disebabkan aku panggil cikgu. Marilah kita tukar daripada Cikgu Dani kepada Dani. Oh, dia yang meminta izin daripada mak aku. Dia ni memang tempah bala. Siaplah nanti.

.

"Akak cepat! Dani dah tunggu!" mak aku menjerit.
"Haa sekejap!" pantas aku meneguk air milo panas. Cepat betul dia datang. Aku tidak sempat untuk sarapan. Air pun jadilah sebagai alas perut. Aku pergi ke beranda depan dan menyarung kasut hitamku.

"Pergi dulu mak." Aku menyalam mak aku. Dani juga menyalam mak aku.
"Hati-hati ya Dani bawa kereta tu."
"Okey mak." Cikgu Dani menjawab.

Aku meloloskan diri ke dalam kereta Dani. Dia mula memecut kereta. Memang waktu inilah kebiasaannya dia pergi ke sekolah. Awal tetapi tidak awal sangat. Lambat tetapi tidak lambat sangat. Cuma biasa-biasa sahaja.

Aku teringat.

"Kenapa Dani offer diri nak hantar saya? Nanti orang tengok macam mana?" aku mula menyoal dengan bahasakan menggunakan nama dia.

Dia mengangkat kening memandang aku. Terkejut mungkin dengan panggilan yang aku panggil.

"Dani? Wow."

"Mak yang suruh."

"Hmm. Nanti orang tengok, tengok je lah."

Aku menjeling dengan ekor mataku. Dia memang tidak takut ke jika semua orang tahu? Tidak malukah nanti? Berkahwin dengan budak sekolah. Tidak matang lagi. Tidak tahu masak lagi. Memang aku belum menjadi isteri yang sempurna bagi dia. Tidur pon asing-asing. Nasib baik mak abah tahu dan tahu sebabnya. Kalau tidak, membebel tiap-tiap malam.

"Dah sampai."

Aku mula sedar.

"Dah sampai? Cepatnya Dani bawa kereta."
"Well this is Dani okey." kata dia dengan lagaknya sambil menepuk dada bidangnya sendiri.

Aku mencebik. Aku melilau sekeliling. Tidak ramai lagi murid yang datang ketika ini. Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, tanganku direntap.

"Mana cincin?" kata Dani sambil memegang jari jemariku. Aku terpempan. Pantas aku menarik tanganku daripada genggamannya.

Agak-agaklah! Kalau orang nampak macam mana?! Ingin sahaja aku jerit begitu kepada dia tetapi aku tahan sahaja.

"Ada." tiga huruf, dua suku kata dan satu perkataan cukup untuk aku keluar daripada kereta ini kan? Aku bertindak untuk keluar daripada kereta.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang