"Awak ni kenapa? Apa masalah awak sebenarnya? Suria, dulu awak tak macam ni. Awak ni murid target A saya."
Aku diam. Tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Yuliana. Kepala ditundukkan memandang lantai sahaja. Apatah lagi menjawab soalan bertubi-tubinya itu. Tambahan lagi, roh aku sudah melayang ke mana. Jasad di hadapan Cikgu Yuliana tapi otak, hati, mental aku sudah menerawang jauh.
Selepas habis sesi pembelajaran Kimia, Cikgu Yuliana ingin berjumpa dengan aku dan nyahhhh kau. Padanmuka Suria. Yes, tahun lepas subjek Kimia mudah bagi aku. Setiap kali periksa aku pasti akan dapat score A. Paling teruk pun A-. Dan secara tiba-tiba aku dapat E dalam peperiksaan penggal pertama. 2 markah sahaja penyelamat aku. 42 markah.
Sepatutnya aku rasa sedih sebab markah aku teruk. Tapi aku rasa kosong. Tersangatlah kosong. Aku seperti tidak kisah. Cuma sekarabg ni tidak perlulah melawan.
Sudah hampir 2 bulan Raif meninggalkan aku. Dia tinggalkan aku seorang diri. Setiap hari aku sedih. Setiap hari aku bertambah sedih. Boleh bayangkan tak aku ni macam orang gila kat sekolah. Setiap pagi aku tanya kawan-kawan aku Raif datang sekolah ke tidak, Raif ada lagi ke tidak. Lama-lama memang aku sewel. Aku gila. Ditambah pula dengan Dani dan aku yang jarang untuk berselisih, bersemuka. Seperti susah.
Aku rindu kau Raif.
Terasa tubir mata terasa panas. Aku meramas jari aku.
"Jangan campurkan hal peribadi dengan urusan sekolah awak. Saya kecewa dengan awak, Suria. Tak perlu nak nangis. Saya tak hadap dengan air mata awak tu."
Bertambah meraung dalam hati aku apabila Cikgu Yuliana berkata begitu. Terdengah keluhan Cikgu Yuliana, aju mengangkat kepala.
"Sedarkan diri awak, Suria. Jangan putus asa. Awak boleh balik ke kelas."
"Terima kasih cikgu." Aku mengangguk kecil.
Kaki pantas keluar dari makmal dan mengatur langkah ke kelas. Sepanjang perjalanan tangan tidak henti-henti mengelap air mata aku. Aku duduk di tempat aku lalu menekupkan muka di tangan yang aku sandarkan di atas meja.
Rasyidah yang berada di sebelahku mengusap perlahan badan aku. Memujuk aku.
"Su, janganlah nangis. Nanti aku pun ikut nangis." Syuhadah bersuara.
Aku mengangkat kepala aku. Rasanya dah barai kut muka aku.
"Kenapa pula kau nak nangis?"
"Sebab kau nangis."
Syuhadah ikut juga menangis. Geli hati aku.
"Yang kau orang menangis ni kenapa?" Peho terjah.
Tiba-tiba Atiqah mengusap tangan aku.
"Dah lah, Su. Insya Allah kau boleh buat. Ini baru ujian 1. Kita masih ada trial dan SPM. Kita boleh buat!"
Aku mengambil tisu dari kotak pensel Atiqah dan mengelap lagi sisa-sisa air mata aku.
"Pergi mati dengan ujian tu semua." kata aku dengan kasar.
Sumpah aku dah tak kisah. Semua orang tak kisah fasal aku. Masing-masing ada hal sendiri buat apa nak kisahkan orang lain? Aku ni menyusahkan orang je. Pergi mati je.
"Ish kau ni. Janganlah macam tu. Cikgu Amsyar dah sampai."
.
"Suria, ikut saya."
Aku mengeluh. Aku memang dah tahu sebab apa. Aku mengangkat punggung dan mengikuti dia sehinggalah ke bilik guru. Dani duduk di kerusinya. Kakinya disilangkan, tangan melipat di dada. Manakala aku berdiri di hadapannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Novela Juvenil[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...