Bab 24

4.1K 243 31
                                        

Aku mengacau perlahan ayam kari dalam periuk dengan senduk. Aroma menusuk ke hidung. Perut mula berkeroncong. Sedapnya. Seharian aku tidak menjamah apa-apa. Kenyang air sahaja. Hari gerko pagi tadi punya fasal. Padahnya sampai ke malam aku tidak sempat makan. Ayam kari ini pun mak aku yang beri kepada aku. Boleh makan bersama-sama dengan Dani. Hah, kejutan Dani sudah pulang? Tidak. Mak aku sama sahaja seperti Raif. Sudah tahu terlebih dahulu. Masing-masing menyembunyikan hal itu daripada aku.

Oh, ya! Baru aku teringat. Mak aku suruh masukkan kentang. Tadi mak aku terlupa nak masukkan.

"Abang, sayang tengah masaklah." Aku menghenjutkan bahu aku beberapa kali supaya Dani melepaskan aku.

Dari aku masuk dapur, memanaskan ayam kari sehingga sekarang Dani tidak melepaskan pelukannya dari belakang. Disebabkan pelukannya, terbatas untuk aku melakukan kerja.

Aku memusingkan badan mencari anak matanya.

"Sayang nak guna pisau ni. Jangan dekat. Luka nanti."

Dani sengih kambing. Aku mengambil pisau di tepi dapur lalu mengupas dua biji kentang yang sudah aku sediakan.

Ingatkan teguran aku dihadam oleh Dani. Malangnya tidak. Malah Dani mengetatkan lagi pelukannya. Dagunya disandarkan pada bahu kanan aku. Terasa deruan nafas kasarnya pada pipi aku. Sekonyong-konyong, aku ternampak kesan parut panjangnya pada belakang telinga.

"Abang, parut tu. Kenapa?" mulut menyoal, tangan masih ralit mengupas kentang. Ingin sahaja aku memegang parut itu. Tersorok tetapi bila sudah dekat, nampak sangat jelasnya.

Dani mengeraskan badannya. Mungkin tidak menduga soalan tiba-tiba aku mengenai parutnya. Mukanya ditekup pada belakang leher aku. Deruan nafas terasa. Dia menarik dan menghela nafas dengan sekata.

Sunyi. Aku berhenti mengupas.

"Abang?"

"Nanti abang cerita full."

Dani mencium bahu kanan aku. Meremang bulu roma aku.

Eeee suami siapa sweet sangat ni?!

Munfkin Dani tidak bersedia lagi. Banyak sangat persoalan aku. Banyak teka-teki. Kotak pandora pun banyak yang perlu dibuka.

"Abang, sayang tengah kupas ni. Nanti terkena jari- Aduh!"

Hah padanmuka. Masinnya mulut kau Suria.

Ada darah mengalir pada jari aku. Jeritan aku membuatkan Dani melepaskan pelukannya. Lantas dia membawa jari aku ke sinki. Kepala paip diputarkan menyebabkan air mencurah keluar. Terkena pada luka aku.

Aku berkerut menahan sakit. Pedih.

"Haa tu lah. Degil lagi. Kan dah kena pisau." Dani membebel.

Sepatutnya ayat tu aku yang cakap. Bukan dia. Aku mencubit perutnya. 

"Dia tu yang dok kacau orang." Aku menjeling Dani.

Dani memegang perutnya selepas aku mencubit.

"Sorrylah. Nanti abang letak minyak gamat." Dani mempamerkan senyum candy.

Cair hati aku.

"Sayang tu dari tadi tak bercakap dengan abang. Berat sangat mulut tu kenapa?" Dani mencubit mulut aku.

Terjuih mulut aku kerana cubitan Dani.

"Nanti-nanti lah cakap. Sekarang sayang tengah lapar ni. Sayang nangis kang!"

"Eh, alah. Iye iye. Abang tak kacau dah. Janganlah nangis!"

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang