Bab 4

7.1K 306 16
                                        

Aku menundukkan pandangan memandang lantai. Sekarang pemandangan lantai lebih cantik daripada raksasa baju kelabu depan aku ni. Aku tau dia merenung aku dari tadi. Serius berganda-ganda. Aku tidak berani untuk mengangkat muka. Aku membisu sahaja. Aku meramas jari. Tangan sudah berpeluh.

"Jom ponteng kelas." dia berkata dengan nada bersahaja.

Aku membesarkan mata lantas mengangkat kepala.

"Cikgu gila ke apa?!" aku menutup mulutku. Nasib baiklah tak ramai cikgu kat bilik guru pada waktu ni.

"Haaa ada pon mulut."
"Tak nampak ke memang ada mulut kat muka aku ni?" aku ngomel perlahan.

"Cikgu dengarlah."

Aku menutup mulutku. Telinga lintah!

"Awak tak dengar arahan saya."

Aku mengangguk.

"Awak derhaka kat saya."

Aku mengangguk lagi. Ingat saya ni bini cikgu ke? Ingin sahaja aku berkata begitu.

"Dah, balik kelas sana."

Hah? Itu sahaja? Nak apa ni sebenarnya? Kesian tau tak kaki aku. Kelas aku dah lah kat tingkat 3. Faham tak tingkat 3? Faham tak?! Ingat kasut aku ni boleh keluarkan sayap sampai boleh terbang untuk pergi ke kelas?! Kesian masa aku. Terbuang begitu sahaja. Aku nak belajalah! Aku membuat muka geram.

"Sumpah saya lah tu."

Memang pon. Aku jeling mataku ke atas. Baru sahaja aku ingin melangkah...

"Petang ni pergi rumah saya."
"Buat apa?"
"Tadi kat kelas ada orang tergaru-garu kepalanya. Saya ajar pon orang tu buat muka blur ."

Oh nampak ea? Malunya. Tidak tahu pula aku yang dia memandang muka aku semasa mengajar. Macam manalah muka aku apabila aku membuat muka blur? Sumpah malu!

"Ni sebagai denda." Cikgu Dani berkata lagi.
"Okey. Tapi ada cikgu je ke? Tak ke nanti kena tangkap basah. Saya nak kahwin dengan cara yang elok."
"Eh, bagus juga tangkap basah. Apa orang cakap? Kahwin free gitu. Tak payah kita menyusahkan mak kita."

Aku mencebik dan terpikir. Menyusahkan mak kita? Kahwin free? Kirim salam lah oi!

"Nanti ada ayah dengan ibu saya."

Aduh lagilah aku segan.

"Jangan risau. Ayah dengan ibu cikgu tak makan orang tetapi dia suka makan menantu."

Ha? Apa benda yang dia merepek ni? Kena rasuk ke apa? Ayat kelingnya! Makan menantu apa? Makan oranglah tu. 

"Apa-apa lah cikgu. Saya nak balik kelas ni. Nanti saya tertinggal." aku mula mengadu. Penat melayan dia. Dia layan aku ke aku yang layan dia? Tak faham aku dengan mamat ni.
"Ye lah pergi sana. Bosan saya tengok muka awak."

Eh eh dia ni. Ingat aku suka ke? Aku melangkah pergi keluar daripada bilik guru. Aku berjalan laju. Kita kena pantas! Baru lah kita boleh bangkit! Tapi petang ni aku tak boleh bangkit!

.

Aku terpacak di hadapan rumahnya. Cakap petang ni tetapi dia tiada. Sedap dia sahaja. Kalau balik lambat, cakap lah awal-awal. Mak aku pon beria gila suruh pergi cepat. Rumah padahal dekat je. Tak sampai 20 langkah. Mesti dia dah bodek mak aku. Eeee geram aku. Ini sudah dikategorikan sebagai kes membuli.

Aku duduk di hadapan pintu rumahnya. Aku selak-selak buku aktiviti. Cuba fahamkan dahulu. Aku pon tidak tau mengapa aku tidak boleh faham bab 1. Bab yang paling senang ni! Mungkin dia asyik tengok aku sambil ajar. Cakap sikit tengok aku. Macam lah aku seorang sahaja yang berada di dalam kelas. Apabila dia tengok aku sambil mengajar, ia seolah-olah seperti dia megambil semua ilmu daripada otak aku.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang