Bab 22

4K 246 35
                                        

"Cikgu Amsyar tak datang lagi hari ni. Kejap lagi Cikgu Yuliana masuk." Raziq membuat pengumuman di hadapan lalu duduk.

Ada yang bersorak riang, ada yang meraung kesedihan. Aku diam. Peho yang berada bersebelahan aku sudah menoleh memandang aku.

Hampir dua minggu aku tidak melihat Dani. Dan hampir dua minggu juga dia tidak hadir ke sekolah. Tengok dekat papan putih yang berada di hadapan pejabat pun tiada namanya. Kebiasaannya, jika ada cikgu-cikgu ada urusan di luar sekolah atau CRK pasti akan dicatat pada papan putih. Tapi nama Dani langsung tiada. Kereta juga tiada di hadapan rumah.

Pengetua juga tiada. Cikgu-cikgu kata ada urusan di luar dan cikgu-cikgu tidak tahu apa urusan pengetua. Ada kena mengena dengan Dani agaknya. Mak abah aku pula enggan memberitahu aku. Kerasnya kepala aku tidak menyoal mak abah aku Menganggap selama ni bahawa okey sahaja. Kenala mak abah aku tidak menyoal aku apa-apa? Mereka tidak pelik ke?

Entah mengapa aku tidak sedap hati. Ditambah pula dengan rindu yang semakin menggunung. Yang semakin menebal. Rindu dengan senyuman candy. Rindu dengan gurauannya. Rindu dengan ciuman hangat di dahi. Rindu dengan ayat-ayat al-quran yang dibaca sebelum tidur. Rindu dengan gelak katawanya. Aku rindu!

Puas aku fikirkan malam tadi sehingga aku tidak dapat tidur. Mungkin seeloknya aku perlu menyelamatkan perkahwinan aku. Bukan seeloknya tetapi aku memang perlu. Aku memang patut.

Apa yang sebenarnya terjadi. Apa yang sebenarnya berlaku. Mengapa dia berubah. Mengapa dia lain.

"Suria! Ini semua salah kau!"

Hati baru sahaja ingin membaca bismillah memulakan latihan, Cikgu Hawa menyerbu. Aku mendongak. Cikgu Hawa sudah berada di hadapan aku mencekak pinggang. Aku terpinga-pinga. Hilang sudah keayuannya.

Dah kenapa minah ni tiba-tiba nak salahkan aku? Hari tu bukan main berlembut dengan aku minta tolong bagai. Sekarang, tiba-tiba jadi mak singa nak salahkan aku pula?

Serta-merta tangan aku ditarik dipaksa untuk bangun.

"Cikgu Hawa ni kenapa?"

Cikgu Hawa mencengkam lengan aku dengan kuat. Rasa sakitnya tetapi aku abaikan.

Suasana kelas menjadi sunyi.

"Ini semua salah kau tau tak."

Cikgu Hawa menunjal bahu kanan aku.

"Kalau kau tak wujud, Am mesti tak jadi macam tu."

Dia menunjal bahu kanan aku sekali lagi.

"Ni semua salah kau!"

Kepala aku ditunjal pula.

Tidak semena-mena pipi kanan aku menerima lima jari Cikgu Hawa. Aku tertoleh ke kiri. Aku kaku. Argh. Sakitnya. Aku memegang pipi aku yang trasa tegang. Mesti sudah merah menyala kan pipi aku ni? Mungkin balasan untuk aku sebab aku pernah menampar Dani.

"Apa masalah Kak Hawa ni? Bagi salam tidak. Tiba-tiba nak tampar Suria."

Raif berdiri di hadapan aku melindungi aku. Peho dan Azie sudah menarik aku menjauhi Cikgu Hawa. Takut jika ditampar lagi. Mulut aku seperti digam, dikunci dan dirantai. Tidak boleh berkata apa-apa. Nak melawan pun aku tidak berdaya.

"Semua benda ni berlaku disebabkan perempuan tu! Dari awal lagi! Kalau perempuan tak guna ni tiada, adik Am akan hidup sampai sekaranglah!"

Aku membuntangkan mata. Apa maksud Cikgu Hawa?

Aku....

Aku penyebab kematian adik Dani?

Jantung aku berdegup laju.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang