Bab 25

4.2K 230 39
                                        

"Lebih baik Raif cerita. Kalau tak, Suria tak nak layan Raif sampai bila-bila."

"Suria tak nak layan takpe. Auni ada je nak layan Raif."

Aku jeling dia dengan ekor mata. Bila suruh cerita, asyik-asyik tukar topik. Topiknya yang bertajuk Auni Rasyidah pula tu. Kronik betul dia orang ni. Nak kena ajar ke apa? Main tarik tali tapi dua-dua hati suka. Seorang ke barat, seorang ke utara. Aku kat tengah-tengah jadi perantaraan antara mereka. Suruh kirim salam lah, suruh kirim senyuman lah. Sumpah aku geli nak mati!

Raif gelak kuat

Aku sumbat kentang yang Raif bawa ke dalam mulut Raif. Raif ni kalau gelak memang nak satu sekolah dengar lagi-lagi aku dan Raif berada di kaki lima di hadapan kelas. Sekarang rehat menengah atas. Si seketul Raif ni katanya malas nk turun. Penat. Penat lah sangat! Dan aku terpaksa menemaninya semata-mata menyoal mengenai kehidupan Dani dan Cikgu Hawa. Kawan-kawanku semua turun bawah beli makanan di koperasi atau di kantin.

"Cepatlah cerita." Aku memujuk dia lagi sambil membuat muka kesian. Mana lah tahu Raif termakan muka kesian aku ni.

"Iye ye." Raif menoleh kiri kanan memastikan tiada orang. Kebanyakannya mereka juga rehat di kaki lima di hadapan kelas. Begitu juga dengan kelas sebelah, kelas 4 Bestari. Okey jap, Raif toleh ni bukan nak cari jantung hati buah pisang dia tu kan?

"Raif bukan cari Auni lah. Suria beritahu tau kalau ada orang lalu ke tak. Bocor rahsia nanti."

Tahu-tahu sahaja apa yang aku fikirkan.

"Ini Raif dengar-dengar je. Tak tahu lah masa tu telinga Raif betul ke tidak."

"Takkan lah tetiba masa tu Raif ada tiga telinga?"

"Jangan menyampuk lah." Raif jeling aku.

Aku sengih lalu tangan mengambil kentang dan disuapkan ke dalam mulut aku.

"Abang Dani dan akak Hawa dulu, dia orang pernah tunang."

"Haa?!?!"

Jeritan aku yang kuat menyebabkan budak kelas sebelah yang rehat di kaki lima menoleh ke arah kami. Raif cepat-cepat menyumbatkan kentang dalam mulutku sama seperti apa yang aku lakukan tadi.

Aku sengih kepada budak kelas sebelah yang memandang aku walaupun mulut aku penuh dengan kentang yang disumbatkan oleh Raif tadi. Acah cover. Mereka buat muka pelik lalu menjamah makanan mereka semula.

Kejutan masih ada lagi. Terkejut bukan kepalang! Terkejut ya amat!

"Nanti. Terkejut Suria tu jangan habiskan. Hari ni 2 haribulan 8 kan? Esok 3 haribulan. Birthday abang Dani. Bersamaan dengan hari pertunangan dia orang lah. Abang Dani dan akak Hawa tunang pada hari jadi abang Dani."

"Haa?!?!!"

"Wei, diamlah! Semua orang tengok."

Aku menutup mulut aku yang sudah ternganga besar. Rahang sudah jatuh ke apa. Kejutan kali kedua. Patutlah tadi Cikgu Hawa cakap 'happy anniversary' kepada Dani.

"Masa dia orang masih tunang, akak Hawa selalu sangat datang rumah abang Dani. Tu sebab rapat dengan ibu ayah. Dah lama rasanya. Raif rasa umur dia orang 22 tahun waktu tu. Dia orang kan sebaya."

"Kenapa putus?"

"Suria ni memang suka gosip ke?"

Lain yang disoal, lain pula dijawab. Menyoal aku balik pula tu. Normal kan perempuan memang suka bergosip? Mak cik-mak cik bawang pun ada di mana-mana.

"Ni bukan gosip lah. Ini perbincangan antara hidup dan mati, syurga dan neraka."

Raif mencebik.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang