"Bodohkan abang? Abang tak patut ajak Amar petang tu. Ini semua salah abang. Bertambah bodoh bila abang salahkan Allah. Abang kemurungan teruk sampai masuk hospital. I hurt myself. It's feeling nothing. It's not wanting to be alive anymore. Abang bunuh diri. Almost. 5 tahun abang kat hospital tu and I really hate hospital sebab akan mengingatkan abang betapa bodohnya abang waktu dulu. Lupa Allah. Ibu dan ayah terpaksa bawa abang pergi London. Kat situ Allah hantar hambaNya untuk bantu abang. Alhamdulillah. Lama-lama abang sembuh. Tapi abang benci parut ni. Sangat. And I'm so sorry sweetheart. Abang tak dapat nak protect sweetheart. I really hate myself."
Aku menarik kepala Dani lalu memeluknya. Aku menepuk-nepuk belakang Dani untuk memujuknya. Sesekali mengusap. Dani menyebamkan mukanya di bahu aku. Dia memeluk badan aku dengan erat. Terdengar esakannya. Dani menangis.
"Abang tak salah. Ini semua ketentuan Allah. Takdir Allah. Abang sentiasa melindungi sayang. Sayang bersyukur sebab abang sembuh."
Dani diam. Sedang melayan perasaannya. Lama kami begitu.
Tuhan, kuatkan lah suami aku. Sungguh 5 tahun mengalami kemurungan sangat lah lama. Aku tidak dapat bayangkan. Terutama sekali cubaan untuk bunuh diri sentiasa ada dalam otak seorang yang mengalami kemurungan. Benda ni memang tidak boleh main-main. Serius. Sangat serius.
Baru aku tahu penyebab parut di belakang telinganya. Patutlah Puan Khaleeda langsung tidak membuka mulut mengenai anaknya, Amar Amsyar. Mungkin aku yang bodoh. Mengapa aku tidak ingat langsung peristiwa ketika aku berumur 6 tahun itu? Mengapa aku langsung tidak ingat yang aku selalu sangat pergi ke rumahnya pada aku kecil dahulu? Mengapa aku pergi lari dahulu? Mengapa aku tidak menggunakan jejantas waktu tu? Mengapa aku beria sangat inginkan kemenangan? Mengapa aku beria sangat inginkan aiskrim dan gula-gula?
Ya Allah, mengapa aku tidak ingat langsung? Kenapa benda macam tu kau tak ingat Su? Bodohnya kau Su.
Aku menahan air mata aku. Tak nak menangis hadapan Dani.
Dani menolak badan aku sedikit lalu memandang aku. Masih ada air matanya. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Tida ingin memandangnya. Tangannya memegang rahang aku memaksa aku untuk memandangnya. Dia menyeka air mata aku dengan ibu jari.
"Bukan juga salah sayang. It's okay kalau sayang tak ingat. Jangan paksa diri sayang. Bukan salah sayang." Dua kali dia mengulangi bukan salah aku.
Lemahnya aku. Beria-ria bagi nasihat kat dia tapi aku juga yang tersungkur jatuh.
Dani memeluk aku. Sekarang terbalik pula. Giliran Dani yang memujuk aku.
Sekali lagi lama kami seperti itu. Melayan perasaan masing-masing. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku menolak badannya perlahan.
"So, macam mana pula dengan Cikgu Hawa tu?"
Cemburu mula menerpa dalam hati. Tanpa sedar aku memuncungkan mulut. Mesti Cikgu Hawa dah menerima kata-kata manis tahap potong kaki daripada Dani kan?
Dani gelak kuat.
"Are you jealous?" Keningnya diangkat.
"No!"
Cepat-cepat aku menafikan. Ego tinggi. Padahal cemburu sudah menggunung gila sampai langit ketujuh.
"Pasal Hawa nanti lah abang cerita. Awak tu ngamuk nanti macam mak singa malam-malam buta ni."
Aku menjuling mata ke atas. Mak singa kebenda. Aku ni baik. Marah pun manja-manja aje. Siapa pernah kena marah dengan aku? Ha, cuba lah angkat tangan. Tak pernah kan? Muahahahahahaha

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Dla nastolatków[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...