"Surprise! Selamat hari jadi Cikgu Yuliana!"
Kelas kami bergema dengan jeritan kami. Sebaik sahaja Cikgu Yuliana membuka kain yang menutup matanya, kami menjerit kepada Cikgu Yuliana.
"Ee poyo!"
Cikgu Yuliana dan kami gelak. Lantas kami menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Cikgu Yuliana.
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Cikgu Yuliana
Happy birthday to you
Alifah mengiringi Cikgu Yuliana untuk melangkah menghampiri kotak hadiah yang dilindungi oleh kami. Kek juga disediakan di sebelah kotak hadiah. Kotak hadiah yang besar. Kotak dari koperasi je kita orang ambil. Biasanya orang akan guna kertas warna-warna untuk menyembunyikan hadiah-hadiah tetapi kami bukan begitu. Aku dan kawan-kawan aku sama-sama mengoyakkan kertas mahjong yang sudah dipakai menjadi cebisan kecil-kecil. Lama woo nak buat sebab kotaknya besar sangat!
Sambutan raya sekolah aku tahun ni temanya seperti rumah terbuka. Pengetua mengarahkan untuk menghias kelas seperti hari raya. Semua murid teruja. Sanggup balik petang-petang demi menghias kelas. Hari jadi Cikgu Yuliana sudah lepas tetapi kami menyambutnya sebab tariknya dekat-dekat sahaja. Apa salahnya sambut hari jadi guru kelas sendiri?
And guess what?
Seketul Raif tidak hadir ke sekolah lagi! Cikgu Yuliana pun tidak menyoal apa - apa. Hari tu Raif bukan main nak sedondon dengan aku. Dan sekarang die pula tidak hadir. Last seen di Whatsapps seminggu yang lepas. Raif menyembunyikan diri. Ini bukan kali pertama. Aku rasa dah berkali-kali. Bila disoal kenapa tidak hadir, dia menjawab dengan soalan tanya aku rindu dia pula. Hmm, Raif, Raif.
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Cikgu Yuliana
Allah selamatkan kamu
"Happy birthday!!"
Cikgu Yuliana memotong kek selepas lagu yang kami nyanyikan tamat.
"Cikgu jangan terkejut tau tengok dalamnya!" kata Aimie sambil mengenyit mata.
Aku memberi ruang kepada Cikgu Yuliana untuk membuka kotak hadiah. Aku mengambil kek tadi dan diletakkan di atas kerusi. Aku cangkung merenung blueberry cheesecake. Kegemaran aku ni. Hmm, sementara Cikgu Yuliana meneliti hadiah, lebih baik aku makan kek ni dulu. Cikgu pun macam dah bagi izin. Hehehe
Ala, sudu tiada. Takpe. Tangan ada! Aku mencuit kek sedikit lalu masukkan ke dalam mulut. Sedapnya! Aku mencuit lagi dan lagi. Aku makan kek sambil melihat mereka.
Cikgu Yuliana membuka kotak hadiah dan ketawa.
"Kau orang ingat cikgu budak-budak ke? Apa ni?"
Cikgu Yuliana angkat tinggi sesuatu yang kami beri.
Patung besar Didi, cekak rambut yang mempunyai rambut tocang berwarna hijau dan gelang getah rambut besar. Aku langsung tak sangka yang geng Aimie akan beri cikgu hadiah sebegini.
"Sini cikgu! Pakai, pakai!" Wawa pakaikan cekak rambut itu pada kepala cikgu yang dilitupi tudung. Gelang getah rambut yang besar dipakaikan pada tangan.
Cikgu Yuliana membiarkan. Cikgu mengepit patung besar Didi.
Kami gelak.
"Eeee kau orang ni. Kenakan cikgu aje. Jom bergambar ramai-ramai."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Novela Juvenil[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...