Aku duduk bersimpuh bersebelahan dengan Peho. Makanan yang sudah aku ambil tadi aku menyuapkan ke dalam mulut. Pulut kuning dan ayam kari. Aku mengunyah perlahan. Entah mengapa makanan ini terasa tawar. Mungkin dengan suasana sekarang ini. Kepala menunduk memandang makanan sahaja.
"Itu ke Suria?"
"Itu ke perempuan tu?"
"Yang tadi kecoh tu ke?"
"Laa Suria rupanya."
"Katanya dia perempuan murahan ea?"
"Pelacur?"
"Bukan cantik sangat pun."
"Dia ada pegang-pegang tangan ke dengan Cikgu Amsyar?"
Aku memekakkan telinga. Tidak menghiraukan bisikan-bisikan syaitan diluar kelas yang sedang berkumpul ramai-ramai. Tersembul kepala-kepala mereka. Mata-mata pula hanya dilihat di tingkap-tingkap. Sejak 'jangan apa-apakan Suria' kecoh satu sekolah. Sekejap sahaja tersebar. Dalam sekelip mata. Aku tidak tahu nak buat apa. Dani pula. Sebelum pergi, dia pesan kat aku kalau ada orang serang aku, ngadu sahaja kat dia. Dan aku tidak perlu risau mengenai kekecohan ini. Dani dan pengetua akan uruskan. Entah bagaimana mereka akan menguruskannya. Jangan beritahu hal sebenar pula. Silap-silap orang atasan KPM datang sekolah aku. Lagilah aku naya.
Kenapa orang atasan KPM nak datang? Disebabkan persoalan markah aku dalam peperiksaan. Tinggi atau rendah markahnya Dani akan disoal. Etika dan sikap profesional Dani. Apa kesan bila KPM dapat tahu? Ada dua kemungkinan sahaja. Pertama, Dani dipaksa untuk berpindah ke sekolah lain. Kedua, aku dipaksa berpindah ke sekolah lain. Macam mana aku tahu? Aku pernah tanya mak aku dulu sebelum aku berkahwin dengan Dani lagi. Entah mengapa hati terdetik nak tanya. Mak aku yang beritahu kesannya. Alangkah terkejutnya aku. Sampai begitu sekali. Jika mak aku memang tahu kesannya, kenapa mak aku beria sekali nak kahwinkan aku dengan Dani? Haaaaaa teka-teki ni masih belum terjawab.
Yang peliknya, kawan-kawan sekelas aku tidak pula menyoal aku sesuatu. Mereka tahu kekecohan itu. Seolah-olah mereka sudah tahu. Malah mereka seperti melindungi aku.
"Kau orang ni memang tiada kelas ke? Pergi masuk kelas kau orang sekarang." kata Fikri sebaik sahaja keluar dari kelas.
Aku mengangkat kepala. Fikri mencekak pinggang kepada mereka. Sudah seperti bapak-bapak.
Mungkin perasan aku tidak selesa. Makan pun tidak tenang. Makanan rasa tawar. Tekak rasa pahit. Air oren seperti aku minum air masak. Mengandung? Bukan yee.
Lambat-lambat mereka bergerak. Ada yang sempat menjeling. Bisikan masih aku dengar.
Depan kelas aku menjadi kosong.
"Kau okey Su?" Alia yang duduk di hadapan aku menyoal.
Aku memandang Alia. Aku memandang juga kawan-kawan sekelasku yang lain. Mereka semua sedang memandang aku dengan mata yang bundar. Sayu.
"Wei, kau orang pandang aku ni macam kejap lagi aku mati. Aku okey je lah!" Aku gelak. Jarang-jarang satu kelas ambil berat fasal aku.
"Masalahnya kesian lah tengok kau Su." Wawa meluru ke arah aku lalu duduk.
"Ha kan. Suka hati je cakap orang bodoh. Dia orang yang bodoh sebenarnya. Fitnah sesuka hati." Syaza turut sama.
"Kalau pasal goda, bukan Suria goda Cikgu Amsyar pun. Kita orang semua yang goda. Su dengan Cikgu Amsyar pun gaduh aje memanjang." Aimie menyambung.
"Pastu tetiba nak aim Su seorang je." Azwa menyambung.
"Tiberrrrrrr." kata mereka dengan serentak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Ficção Adolescente[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...