Bab 28

4.2K 238 67
                                        

"Jumpa tahun depan guys! Tahun depan SPM guys!"

"Tahun depan apa? Cuti ni kita banyak kelas okey."

Alah, spoil lah Azie ni. Bagilah berjimba sekejap lepas habis periksa akhir tahun. Merdeka sekejap. Segala beban kat bahu rasa macam dah hilang. Tapi bebannya kumpul balik tahun depan. Tahun SPM!

"Tahun depan aku kahwin. Aku tak SPM."

Aku dan Azie memandang Peho serentak.

"Mana boleh. Atiqah dulu lah."

Kami bertiga memandang Atiqah pula yang sedang sibuk mengemas buku-bukunya.

"Apa? Apa?" Atiqah mendekati kami. Tangan sudah berura-ura untuk memukul kami bertiga yang sekepala. Ada saja benda untuk membahan Atiqah.

"Kelas pun tak habis lagi ni. Mana Cikgu Amsyar? Takkan semua cikgu dah tak nak masuk kelas kita?" kata Masitah.

Memang tidak dinafikan hampir semua cikgu tak masuk kelas. Maklumlah, akhir tahun. Tajuk-tajuk tingkatan 4 pun semua sudah habis diajar. Tingkatan 5 pula nak mula waktu kelas cuti akhir tahun nanti. Kenapa tak sekarang je? Boleh aku bercuti dengan tenang, aman, dan damai. Setakat ni cikgu yang sangat rajin masuk kelas pada saat-saat begini ialah tidak lain dan tidak bukan, Cikgu Hanim. Teruja katanya. Cikgu lain kadang masuk, kadang tak. Selalunya suruh buat kerja sendiri. Faham tak kerja sendiri kita orang pun memang tak tahu nak buat apa. Kelas sementara kita orang, kelas abad-21 ni pun dekat sangat dengan bilik guru. Hanya bertentangan dan bilik guru dan atas bilik mesyuarat. Kan best kalau duduk bilik mesyuarat. Sejuk!

Aku bangun. Sampah-sampah yang sudah berada di tangan aku genggam kemas.

"Nak pergi mana?" soal Azie.

"Buang sampah masyarakat."

"Huish. Haa buangkan sekali."

"Aku sekali."

"Aku pun."

Daripada segenggam sampah, tangan aku sudah menjadi bakul sampah. Aku nak buang sampah plastik roti coklat yang aku makan tadi je. Tak sangka sampah-sampah sekarang dah bercampur dah jadi banyak. Wah, aku ni memang pengutip sampah ke?

Cikgu-cikgu rajin sangat tidak masuk kelas sekarang ni. Apa lagi kerja kita orang? Makan aje. Perut kenyang, hati pun senang.

Aku keluar daripada kelas dan menoleh kiri kanan sepanjang kaki lima. Okey tiada. Aku menyarung kasutku kemudian aku turun tangga. Aku pandang kiri kanan lagi. Ternampak tong sampah besar berwarna biru bersebelahan bilik mesyuarat. Nasib baik dekat. Sebaik sahaja aku membuang sampah, Cikgu Yuliana memanggil aku di dewan. Huish, lemah semangat. Nampak aje aku kat mana-mana.

Aku mendekati Cikgu Yuliana yang berada di tengah-tengah dewan.

"Cuti ni ada kelas tau."

"Hah, kelas lagi? Padatnya cikgu jadual kita orang cuti-cuti Malaysia nanti."

"Baru namanya budak sekolah."

Aku memuncungkan mulut. Itu merupakan alasan yang tersangatlah benar. Fact.

"Cikgu panggil saya sebab itu je ke?"

"Ha'ah."

"Alahai cikgu ni. Kan cikgu boleh cakap kat kelas. Haa sekarang ni masa cikgu tahu tak?"

Cikgu Yuliana gelak.

"Cikgu malas nak masuk kelas."

Kan saya sudah bilang! Serentak aku ternampak Dani berjalan melepasi aku dan Cikgu Yuliana. Ceh, pura-pura tak nampak lah tu. Saja nak mengelak.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang