Bab 10

7.1K 301 63
                                    

"Nama aku Raif. Muhammad Raif."

Aku mengangkat kening tinggi. Aku menoleh belakang lalu aku memandang hadapan semula melihat lelaki yang bersuara tadi.

"Kau cakap dengan batang penyapu ni ke?" aku mengangkat batang penyapu yang aku pegang. 

Ha inilah hukuman selepas kami berperang membaling-baling tepung. Ingat kena bersihkan tempat kejadian sahaja, tapi kena bersihkan satu dewan. Segenap ruang dan segenap inci! Dah lah dewan ni besar. Nasib baik sekarang hujan. Ada jugalah beberapa kawan-kawan aku dan murid-murid lain yang duduk di atas pentas untuk menunggu hujan reda. Tidaklah kekok berdua sahaja dengan mamat yang aku berperangn tadi. Aku dan Raif menadah telinga sahaja apabila dibebel oleh Cikgu Yuliana. Cikgu Yuliana pun membebel manja-manja sahaja dengan kami. Kawan-kawan aku semua ketawa.

"Kau nak kena baling tepung lagi ke?" Raif menjawab berupa soalan. Dia tidak memandang aku. Masih gigih menyapu sisa-sisa tepung di atas lantai. 

Aku gelak. Entah mengapa aku selesa berbual dengan dia. Senang. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Eh, kau budak baru ea? Kelas aku ea?" aku menyoal. dengan mengangkat kedua-dua keningku.

"Kau baru tahu?" Raif gelak.

Aku menjeling dia. Memang aku baru tahu. Alangkah terkejutnya aku apabila aku dapat tahu yang dia merupakan budak baru. Kelas aku pula tu! Lagi terkejut apabila aku adalah orang yang terakhir tahu. Patutlah dia pakai baju Johor Student. Dia pon terlibat sekali dengan pameran rupanya. Dan patutlah dia tahu keberadaan bungkusan tepung jagung. Bukan main senang lagi dia selak meja pastu selamba aje ambil tepung jagung. Kesian kena tuduh dengan aku sebab skodeng. Hahahaha

Kenapa aku tak tahu? Macam mana kawan-kawan aku tahu terlebih dahulu? Laju aje dia orang ni.

"Kau kenapa pindah sini?"
"Panggil aku Raif lah. Tak suka beraku-kau ni. Kasar sangat."

Aku mencebik. Apa-apa je lah asalkan bukan panggil dengan panggilan haiwan ataupun yang bermanja-manja.

"Raif kenapa pindah sini?"
"Suka hati Raif lah. Bukan Suria yang tanggung pun." Raif senyum menggatal.

Wei jijik! Jijik sebab bahasakan dengan nama sahaja jadi geli. Macam pasangan bercinta tau tak. Nak muntah aku. Patutlah suruh aku panggil nama dia. Eeee dia ni. Geram aku.

"Raif nampak batang penyapu ni? Kejap lagi kena singgah kepala kang." Aku mengangkat batang penyapu yang aku pegang lalu menghalakan pada Raif. Hampir sahaja kena pada muka Raif. Raif juga melakukan perkara yang sama seperti aku. Ha jangan nak berperang lagi sudah. Perang dengan penyapu pula.

"Sudah-sudah lah tu gaduh. Suria, awak ni nak balik ke tak? Dari tadi menyapu kat situ macam tiada penghujung." tiba-tiba ada suara garau menegur.

Aku meletakkan semula batang penyapu dan menoleh belakang sekejap. Aku sambung menyapu. Dani yang sedang menggendong beg laptop memandang aku. Bersiap sedia untuk pulang. 

"Balik cikgu?" Raif senyum.

Dani hanya mengangguk sekali. Mata tidak memandang Raif. Ralit memerhatikanku.

"Cikgu balik je lah. Jangan kacau saya. Makin lambat saya sapu nanti." aku masih menyapu. Aku menguatkan telinga sedia dibebel oleh Dani.

"Okey." Dani terus melangkah pergi.

Aik? Macam tu je? Selalu bila aku menjawab akan ada sahaja dia punya leteran. Ni, senang sahaja ayatnya. Pastu dia terus pergi. Kejap. Dia cemburu ke? Oh my. He's falling in love with me? Aku memegang kedua-dua pipi aku yang terasa membahang. Penyapu masih dikepit dengan ketiak supaya tidak jatuh.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Where stories live. Discover now