"Nak duit raya." aku memuncungkan mulut membuat muka comel. Tangan yang masih bersalam dengan Dani masih belum dilepaskan.Dani mencemikkan muka. Dia terdiam sebentar seolah-olah berfikir. Tiba-tiba dia mengetuk pipi kanannya dengan jari telunjuk kanan.
Aku mengecilkan mata. Tahu apa maksudnya.
"Nak ke? Nah." aku mencubit pipi kanannya. Gatal. Pagi Raya dah gatal. Aku tak kisah nak kiss pipi dia semata-mata duit raya. Masalahnya bukan aku dan Dani sahaja berdua di ruang tamu ni! Semua ada! Ibu, ayah, makcik-makcik dan pakcik - pakcik Dani. Saudara-mara Dani.
Malam tadi kami pulang ke rumah Puan Khaleeda. Masya Allah macam istana rumahnya. Besar, klasik dan cantik! Dan malam tadi jugalah aku merayau seorang diri mengelilingi rumah. Budak jakun, biasalah. Yang seronoknya ada swimming pool di ruang rehat keluarga. Kata Dani, yang duduk di rumah ni hanya ibu, ayah, adik sahaja. Tiada pembantu rumah sebab Puan Khaleeda seorang suri rumah sepenuh masa.
Katanya, setiap pagi Raya memang berkumpul di rumah Puan Khaleeda kerana Puan Khaleeda anak sulong. Nenek dan datuk Dani sudah tiada. Jadi, Puan Khaleeda menggalas tanggungjawab ini. Saya respect ibu sangat-sangat. Semoga sentiasa bahagia.
"Ibu, tengok ni Dani. Dia tak nak bagi duit raya." aku memasamkan muka meraih simpati pula daripada Puan Khaleeda.
Puan Khaleeda yang sedang rancak berbual dengan Mak Usu dan Mak Lang menoleh. Banyak benda yang mereka sembang. Riuh sungguh.
"Eh, orang dah kahwin mana boleh dapat duit raya. Kan dah besar."
"Alaaaaaaaaa." aku memanjangkan harakat 'ala' aku. Sedihnya. Aku baru tingkatan 4. Nak juga duit Raya. Memang kalau dah kahwin tak boleh dapat duit raya ke? Nak duit rayaaaaaaaa
"Apalah Kak Suria ni. Dah besar pon masih nak duit raya."
"Entah tu. Tak malunya."
"Eeeee masih nak duit raya."
Aku tersentak. Ya Allah budak-budak ni. Baru pagi tadi berkenal-kenalan, bersapa, tapi sekarang macam dah bertahun-tahun je kenal.
Budak-budak ni adik-adik saudara Dani. Kebanyakannnya masih berumur sekolah rendah. Ceh, umur sekolah rendah tapi gaya cakap macam budak tadika. Terlalu ramai sampai susah aku nak ingat nama mereka. Muka pon lebih kurang sama dan perasaan jakun aku datang lagi sebab ada kembar 3. Aku panggil mereka dengan huruf sahaja. Siapa yang dapat huruf B tu memang beruntung. Manja-manja sikit. Tapi mereka protes. Mereka cakap aku dah besar pun masih tak dapat nak ingat nama orang.
Halahhh halahhhh dik. Kau orang ni dah lah ramai. Muka pon lebih kurang. Ingatan akak bukan kuat sangat.
"Sibuklah A. A pon nak duit raya kan?" aku mengangkat kening. Budak perempuan yang berumur 7 tahun itu memandang aku.
"Akak, nama kita Aminah lah. Panggil Aminah bukan A."
"Suka hati akaklah. Hah, D. Kau pon nak duit raya kan? Akak tengok semua macam tunggu Pak Long je keluarkan duit raya."
"Biarlah. Kami budak lagi."
"Entah tu. Akak tu yang tak boleh. Kan dah besar."
"Eeee tak malu."
Aku menahan marah. Memang tak lah aku boleh menang lawan mereka. 10 lawan 1. Masing-masing macam dah sepakat je nak kenakan aku.
"Sudah lah Suria. Kamu ni dengan budak-budak pon nak gaduh." kata Mak Usu.
Aku sengih. Dani menggeleng.
"Siapa nak duit raya?" Haji Abdullah, ayah Dani yang baru sahaja masuk ke ruang tamu berdiri sambil memegang beberapa sampul duit raya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cikgu tu HUSBAND AKU!
Teen Fiction[ SLOW UPDATE ] Cinta? Tiada dalam kamus kehidupan SURIA NASHIFA. Kehidupan SURIA NASHIFA sebagai pelajar sekolah menengah adalah belajar. Belajar, belajar dan belajar. Bukan bercinta. Tak main lah bercinta kat sekolah menengah. Di universiti lebih...