Bab 27

3.9K 218 26
                                    

"Suria cubalah pujuk Dani ye. Ikutkan ibu memang tak nak. Tapi ini je caranya. Ibu sayang semua orang."

Aku meramas jari aku. Sungguh aku terkedu dan terkelu apa yang ibu cerita pada aku sebentar tadi.

Ibu menggenggam tangan aku.

"Suria seorang je yang boleh pujuk Dani. Ibu pun tak tahu nak cakap apa dah."

"Suria cuba."

Sedaya upaya aku senyum. Padahal hati sudah remuk. Hancur berkecai. Bila difikirkan balik memang ini sahaja caranya.

"Dani dah cakap. Dani tak setuju dan tidak akan setuju sampai bila-bila."

Suara garau menerpa gegendang telinga aku. Aku dan ibu menoleh belakang. Serba-salah. Dani berdiri berdekatan tangga dengan berpakaian kain pelikat dan t-shirt hitam kosong. Rambut masih basah. Ada rambut-rambutnya yang jatuh menutup dahi. Pandangannya kosong. Terserlah yang Dani memang tidak suka perbincangan ini.

Aku telan air liur. Terasa kelat. Dah berapa lama Dani berdiri di situ?

Sebaik sahaja aku berdiri, Dani naik tangga semula dan pergi ke bilik tidur kami. Aku mengikuti dia. Dia duduk di birai katil menghadap balkoni. Aku menutup pintu dengan perlahan dan berdiri di hadapan pintu. Tidak tahu nak mula dari mana.

"Kalau nak pujuk abang, lebih baik tak payah. Tak perlu nak bazirkan tenaga walaupun sayang tahu jawapan abang apa. Tetap sama. No."

Aku mendekati Dani. Aku melutut. Tangan aku memegang tangan Dani. Dani mengalihkan pandangannya. Tidak mahu memandang aku.

"Tapi Cikgu Hawa perlukan abang. Dia hampir bunuh diri. Dia kemurungan teruk. Abang tahu kan? Boleh dikatakan dia hampir jadi mental. Cik Lia sayang sangat dengan Cikgu Hawa. Dah lama dia asyik sebut nama abang. Tadi abang pergi jumpa dia mesti dia gembira kan? Mesti dia jadi Cikgu Hawa sebenar. Abang aje yang boleh tolong."

Dani menutup mata. Tidak menafikan penerangan dan pujukan aku. Terkejut aku apa yang ibu ceritakan ialah Cikgu Hawa mengalami kemurungan teruk. Hampir bunuh diri, gantung diri sendiri, toreh tangan, pecahkan kaca. Aahhh Dani lebih faham perasaan itu.

Tapi kenapa baru sekarang?

"Abang tak nak kehilangan sayang."

Sekelip mata aku sudah berada dalam pelukan Dani. Aku membalas pelukannya.

"Tak hilang pun lah. Kalau hilang, tampal lah poster macam orang luar negara buat tu. Pastu letak reward tinggi. Haa mesti cepat jumpa."

"Jangan lah main-main."

Aku gelak. Gila kau Su. Saat serius macam ni pun sempat kau main-main, bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku.

Aku menarik dan menghembus nafas dengan sekata.

"Abang baik. Seorang pemaaf. Hari ni kan birthday abang. Lupakan apa yang Cikgu Hawa buat dekat abang walaupun sayang tak tahu. Kita move on. Ke abang memang dah move on? Hari ni abang buat baik. Mana tahu esok-esok orang akan buat baik pula pada abang."

"Hmm."

Acuh tak acuh sahaja dia layan aku ni. Perut aku dah lapar ni.

"Sayang izinkan. Sayang pun sayang semua orang. Selamatkan Cikgu Hawa. Satu-satunya manusia dan satu-satunya cara ialah abang kahwin dengan Cikgh Hawa."

Kenapa aku baik sangat? Kenapa mudah sangat aku izinkan?

Hati terasa payah. Sudah berkecai. Nak bersambung semula, perlukan gam yang lebih mahal.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Where stories live. Discover now