Bab 18

4.3K 223 18
                                        

"Aaa.. Ab.. Abang. Sorry lah. Kalau abang tak nak jawab, takpe. Sayang takkan tanya lagi."

Aku menggigit bibir. Rasa bersalah menyerbu dalam dada. Sewaktu basuh pinggan bersama-sama, aku tidak patut tanya soalan tu. Mungkin sensitif bagi Dani. Walaupun diam, tetapi Dani masih menolong aku. Cuma ada aura ketegangannya. Dan cepat-cepat dia meninggalkan aku keseorangan untuk membasuh cawan pula.

Daripada tengah hari sampailah ke malam, Dani mengelak daripada aku. Seperti dia tidak mahu berjumpa dengan aku. Dani menjadi imam kepada sepupu-sepupu aku sewaktu solat Maghrib. Termasuklah pak cik - pak cik dan mak cik - mak cik aku. Setelah habis berdoa, aku memandang sahaja muka dia. Aku tahu dia perasan. Tapi dia langsung tidak memandang aku.

Sedih. Pedih. Perit. Hati aku amat terkesan. Kesan-kesan hati aku, lagi terkesan hati Dani dengan soalan aku kan? Tapi, kenapa dengan soalan aku?

Dani mendongak ke arah langit. Badan disandarkan pada tiang di beranda hadapan rumah nenek aku. Matanya tutup rapat. Dada naik turun dengan perlahan. Aku tidak tahu sama ada dia masih marah ataupun tidak. Mungkin sedang menenangkan dirinya. Gelak ketawa dan bunyi mercun langsung tidak memberikan kesan kepada Dani.

Aku menutup mulut rapat. Aku berdiri bersebelahan Dani. Macam nak nangis pun ada. Aku menarik hujung baju Dani.

"Abang, sayang minta maaf." sekali lagi aku meminta maaf.

Guys, buat suami merajuk ni another level of pain.

Dani tidak melayan. Dia masih menutup mata.

Ah! Salah aku ke? Aku main bunga api je lah macam ni!

Aku nelepaskan pegangan aku pada hujung bajunya dengan kasar. Betul lah. Kalau lelaki merajuk, cara pujuknya perempuan kena merajuk balik. Aku terus melangkah pergi ke tempat sepupu-sepupu aku bermain mercun tanpa memandang belakang.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Relax Su. Bagi Dani masa untuk tenangkan diri.

Ayuhlah kita main mercun. Segala jenis mercun ada. Terima kasih kepada my uncle! Aku ni reti pandai main mercun yang comel-comel je. Mercun ganas-ganas aku dah tolak tepi. Bahaya.

Aku mengambil sekotak bunga api yang berada di dalam plastik berdekatan motor. Nasib baik ada lagi. Aku fikir jahat. Satu kotak tak cukup, jadi apa kata kita ambil dua? Hehehehe

Aku memandang kiri kanan. Dengan suasana yang bising tambah pula dengan asap daripada bunga api, pasti tiada siapa nampak kan? Pantas aku mengambil satu lagi kotak dan aku menyorokkannya di dalam kocek seluar.

"Hoi!"

Terhenjut bahu aku dek terkejut. Aku memandang belakang. Aku menayang muka seposen.

"Kau ingat aku tak nampak?" Adibah menyoal. Keningnya diangkat beberapa kali.

Aku sengih.

"Eeee aku pun nak main jugalah."

"Satu kotak tu dalamnya ada banyak."

"Lagi satu ni untuk kita-kita lah. Kau tahukan Arinah, Adilah, Sara, Aqil, Haziq dan seangkatan dengannya main macam mana. Macam nak perang pakai bunga api je dia orang tu."

Aku dan Adibah gelak. Benar juga apa yang aku cakap. Seram seh dia orang main. Laju!

"Tapi aku nak jual lah yang ni. Satu batang seringgit." aku menyambung kata-kataku.

"Eh kau. Tampar kang pakai mercun." Adibah mengugut.

Aku gelak. Aku mengeluarkan dua batang bunga api daripada kotak yang aku ambil. Aku membakar hujungnya pada api lilin yang sudah disediakandia atas batu. Aku rasa aku sedang sengih kambing sekarang ni. Main bunga api tidak ingat dunia dan aku tidak ingat pada suami aku yang sedang merajuk. Tapi salah aku ke? Banyak kali aku mempersoalkan dirj sendiri.

Cikgu tu HUSBAND AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang