Bab 1

13.2K 181 12
                                    


     Hujan renyai-renyai yang membasahi cermin kereta, mengganggu pandangan Kayra. Dia mengeluh geram. Stering kereta dihempas berkali-kali. Apa tidaknya, waktu kian merangkak ke angka 11.00 pagi. Segala jenis perasaan sudah bercampur aduk dalam dirinya. Dia semakin kalut, risau lewat pula dirinya tiba di pejabat. Mujur tiada kenderaan lain di lorong belakang. Jika tidak pasti pemandu lain berang dengan cara dia memandu, pasti hon dibunyikan bertalu-talu.

    'Aduh, hujan pula!' keluh Kayra sendiri. Dia merungut di dalam hati. Apalah malang nasibnya hari ini? Dah lah lewat, hujan pula.

   Tanpa memikirkan keselamatan dirinya, dia terus memandu selaju mungkin melintasi lebuh raya ke destinasi yang hendak di tuju.

   "Good morning boss" Sapa Maisara apabila Kayra sudah sampai di luar pintu pejabatnya. Gadis berbaju kurung cotton bercorak bunga mawar itu terus bangun lalu membongkokkan sedikit badannya. Memang itulah rutin hariannya bila Kayra tiba di pejabat, tidak pernah dia lupa untuk menyapa majikan kesayangannya itu.

  Senyuman Kayra tidak lekang di wajahnya. Dia tidak pernah menyombong dan tidak juga pernah bersikap kasar terhadap orang bawahannya. Sebaliknya, sentiasa mesra dan membantu dalam menjaga kebajikan pekerjanya. Dia sudah menganggap perkerjanya sama seperti teman sendiri memandangkan dia masih muda, kerana rata-rata pekerjanya banyak yang sudah berusia. Tapi di sebalik keramahannya itu, masih ada sedikit sikap tegas ketika sedang bertugas.

   "Hi, morning kak Maisara, hari ni akak free tak?" tanyanya ramah.

   "Sihat bos. Err. Nak kata free tak juga bos, banyak lagi kerja tak siap ni" balas Maisara sambil menunding jari ke arah  komputer di atas meja kerjanya"

   Kayra mengangguk faham. Ada raut  kesal di wajahnya. Dia sebenarnya mahu mengajak Maisara keluar menemaninya. Sekali sekala mesti hilangkan tekanan dengan menyumbangkan suara di pusat hiburan karaoke.

  "Oh, kalau macam tu takpe lah" sahutnya perlahan.

  Maisara menepuk dahinya. "Ah, hampir terlupa pula. Ni schedule yang bos minta semalam" tanpa teragak-agak Maisara terus menghulurkan Fail yang mengandungi jadual mingguan kepada Kayra.

   Kayra menyambut fail itu dan terus membelek-belek isi di dalam fail tersebut. Anak matanya laju menangkap baris perkataan di atas kertas tersebut sebelum menutupnya kembali.

  "Thanks ya kak untuk schedule ni. Sayang akak tau" ujar Kayra buat muka comel.

  Maisara tersengih-sengih bila dipuji sebegitu. "Alah bos, dah tugas saya pun" .

   "Iyalah kak. Kayra masuk pejabat dulu eh. Kalau ada orang nak jumpa, kena buat appointment dulu sebelum datang. Sebab hari ni banyak sangat kerja Kayra nak buat" pesan Kayra lagi. Dia masih bertutur dengan lembut namun ucapannya masih ada unsur penegasan.

   Maisara mengangguk perlahan tanda memahami arahan tersebut. "Baiklah bos" sekali lagi dia tunduk.

   Daun pintu ditolak perlahan. Kayra melabuhkan punggung di kerusi hitam sambil menghembus nafasnya perlahan-lahan. Sisa bau arak yang masam turut sama membeku di ruang udara. Sesekali dia mengurut-ngurut dahinya yang terasa sakit. Mungkin semalam dia terlalu banyak minum alkohol sehingga tidak sedarkan diri. Mujur ada orang yang menghantarnya pulang. Itu pun dia tidak pasti siapa yang menghantarnya.

   'Sape eh hantar aku semalam?' desis hatinya bertanya sendiri. Otaknya ligat berfikir. Pasti semalam dia terlalu mabuk kepayang sehingga langsung tidak mengingati apa-apa perkara pun. Pertanyaan itu bertalu-talu datang dan pergi dalam fikirannya.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now