Tok ! Tok !
"KAYRA! Kayra! Panggil suara garau dengan lantang dari luar pintu biliknya. Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Siapa lagi yang nak mengetuk kalau bukan abangnya Kifli. Kalau Papa dan Mamanya mustahil lah.
Hisy, kacau daun betul lah! Orang baru nak tidur. Keluh Kayra dalam hati. Perlahan-lahan dia bangkit dari katilnya dan duduk termenung di kerusi solek. Sengaja dia tidak menyahut dan melengah-lengahkan masa dari membukanya. Baru padan muka dia. Dasar penyibuk! Entah apa lagi dia nak!
Tok ! Tok ! Daun pintu masih diketuk bertalu-talu namun masih tiada tindak balas dari Kayra. Bagai nak roboh aje pintu biliknya di kerjakan abangnya.
"Apa lagi yang abang nak ni?" tanya Kayra dengan kasar. Akhirnya dia membuka pintu biliknya dan kembali duduk di kerusi solek. Hampir pekak telinga kalau abangnya tak berhenti mengetuk.
"Abang ketuk adik sahut lah! Yang adik nak marah abang apehal! Takkan adik dah pekak sampai tak dengar bila abang ketuk pintu bilik adik banyak kali tadi?" serang Kifli dengan wajah menyinga. Dia masih tercegat di depan pintu memandang Kayra yang duduk di kerusi solek buat muka selamba. Mulut adiknya turut sama pot pet pot pet tanpa suara mengikut rentaknya bercakap. Nak mengejek lah tu. Macam orang takde salah!
Kayra tersenyum tawar bila perbuatannya diperhatikan. Dia terus diam, malas nak layan kerenah abangnya itu. Takut semakin dilayan, semakin menjadi pulak kemarahan abangnya nanti. Tak pasal-pasal kena sepak terajang. Sudahlah dia sengaja mencari nahas.
Tajam mata Kifli merenung wajah adik bongsunya itu. Mungkin dia cuba meredakan api kemarahan bila menerima jawapan kasar dari adiknya yang tidak di duga hatta diejek caranya bercakap.
"Ape tengok-tengok? Tak pernah nampak perempuan cantik macam adik ke?" Soal Kayra tanpa segan.
Hampir tergelak Kifli mendengar pertanyaan adiknya. Terbang pergi segala api kemarahannya. Adoi, adikku seorang ni, tak habis-habis nak membangga diri! Tapi jujur memang adik cantik.
"Hmm, takde ape lah. Mari turun makan sama-sama. Mama panggil. kejap lagi kita nak berangkat." Arah Kifli dengan lembut dari luar pintu.
Takkan nak balik kampung malam ni jugak? Biar betul papa ni. Arghhh! Aku takde pilihan lain dah.
"Kenapa bercakap sendiri tu?" Kifli yang masih tercegat menunggu respon dari mulut adiknya segera menegur. Sememangnya dia masih dapat mendengar dengan jelas suara adiknya walaupun biji butirnya kurang jelas.
"Kejap lagi adik turun. Nak tukar pakaian kejap." Jawab Kayra sekadar memberi sedikit alasan. Padahal dia malas nak bertentang mata dengan papanya. Sakit hati!
"Apa saja yang kamu tercongok depan pintu bilik Kayra tu, Kifli? Turunlah cepat! Abaikan adik kamu tu, kalau dia nak makan tahulah dia nak cari makan." Tegur Datin Mastura yang baru hendak naik memanggil anak gadisnya.
"Takde apa lah ma, Kifli nak turun dah ni." Jawab Kifli ringkas dan melangkah satu per satu anak tangga turun ke tingkat bawah.
Kayra sekadar menjeling lalu menutup rapat pintu biliknya. Siap menguncinya lagi. Takut berlaku lagi perkara petang tadi. Sebelum mama masuk, baik aku tutup pintu.
Dengan perlahan dia membuka sanggul dengan hiasan manik putih yang sudah nampak sedikit kusut. Satu per satu penyemat rambut dicabut perlahan. Perlahan-lahan rambut berwarna coklat perang itu terburai jatuh singgah ke bahunya. Imej yang terbias di hadapan cermin itu dijeling sekilas bagi memastikan keanggunannya masih menonjol.
Apabila puas hati dengan penampilannya, Kayra segera bingkas dari duduknya dan keluar dari bilik lantas menuju ke tingkat bawah untuk makan malam bersama keluarganya. Walaupun perasaan marah masih membuak pada papanya, namun dia tidak boleh terus menerus menghukum orang tua itu. Semuanya salah Muaz! Sejak balik dari pusat membeli-belah tadi, perasaan marahnya hanya ada pada Muaz!
"Ingatkan nak berkurung sahaja di bilik tu sepanjang hari" Kasar suara Dato Rasyid menyapa Kayra Nelida yang baru hendak mengambil posisi duduk.
Fuhh, nasib lah dorang tak perasan aku keluar tadi. Jawab Kayra dalam hati.
Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Tanpa banyak cakap, lauk yang yang sudah terhidang di atas meja dicedok dan disuap masuk ke dalam rongga mulutnya. Lama rasanya tak merasa masakan mamanya.
"Uish buruk betul perangai adik ni" tergeleng kepala Kifli melihat gelagat adik bongsunya itu. Mentang-mentang lah adik bongsu, suka hati aje nak bedal semua.
"Cakap elok-elok sikit eh, abang ingat adik ni nafsu naga sangat ke sampai nak bedal semua hidangan ni? Adik dah set dalam otak la nak makan sikit aje. Tengok body orang lah!" Jawab Kayra malas. Nasi yang masih berbaki di mulut dikunyah perlahan. Perlahan-lahan nasi yang sudah dikunyah itu ditelan masuk ke dalam perut dengan mata yang membulat. Pipi yang kembung itu semakin surut.
"Cuba senonoh sikit. Kamu tu perempuan." Datin Mastura turut bersuara.
"Sejak bila anak Mas yang satu ni pandai senonoh? Semua benda pun dia buat tak pernah betul, ape lagi makan!" Cantas Dato Rasyid yang dari tadi hanya memerhati gelagat anak gadisnya itu dengan renungan tajam. Sakit hati!
"Depan rezeki ni, jangan sampai Kayra humban semua lauk ni kat dinding. Putih mata korang nanti" Ujar Kayra dengan kata-kata berbaur sindiran. Nasiblah depan makanan kalau tak, memang kena juga papa ni!
"Kamu ni Kayra tak habis-habis melawan kata papa. Papa tak ajar kamu biadap macam ni! Sekarang, kamu pasang telinga kamu baik-baik. Walau apa pun terjadi, malam ni jugak kita bertolak ke kampung!"
"Papa suka buat keputusan tanpa persetujuan dari Kayra. Papa tahu tak Kayra tak suka! Kalau papa nak didik Kayra pun bukan begini caranya." Bidas Kayra. Muncung mulutnya sudah sedepa.
"Adik, ikut aje kehendak papa. Lagi pun bukan lama pun. Lama-lama adik suka jugak tinggal kat kampung! Nanti abng datang lah jenguk adik. Orang kat sana kan baik-baik." Pujuk Kifli dengan lembut.
"Abang pun satu jugak, benda boleh bawa bincang, jadi susah nak bincang. Cakap elok-elok sikit. Kalau kasar macam ni, sampi bila dia nak dengar kata." Sampuk Datin Mastura.
Dato Rasyid terkedu. Kata-kata isterinya tepat mengena batang hidungnya!
Padan muka! Kena marah mama! Itulah, pandai sangat nak cari kesalahan aku. Hahaha gelak Kayra dalam hati.
"Keputusan papa dah muktamad. Pandai-pandai lah kamu jaga diri di rumah atok. Selagi kamu tak berubah, papa tak benarkan kamu balik! Habis makan, bersiap!"
Kayra hanya tunduk sambil menguis nasi yang belum habis di pinggannya.
Matanya ralit menatap sebujur wajah yang amat menyakikiti hatinya. Apa-apa ajelah. Yang penting papa tak jodohkan aku dengan anak kenalan dia yang lain. Nanti tak pasal-pasal aku lari pergi luar negara dan habis harta aku kena kikis. Kayra bermonolog sendiri sebelum menghabiskan sisa makanannya.
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomanceKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...