Bab 17

1.9K 74 12
                                    

Kayra terjaga dari tidurnya tatkala terdengar kicauan burung yang meriuhkan keluar dari sarang hendak mencari makanan. Serta merta menyegarkan mata Kayra yang tadinya masih mengantuk. Baru dia tersedar dia bukan lagi berada di banglo mewah milik papanya dan dia juga bukan berada di ruang pejabat miliknya.

Kayra bangun dari katil lalu turun ke halaman rumah. Tanpa sepatah kata, dia turut melontar penglihatan matanya ke arah jalan raya yang masih sepi dek suasana perkampungan. Pokok-pokok nampak subur disirami embun pagi. Buat pertama kalinya, dia berasa sedikit tenang dan tenteram dengan suasana itu.

Nafas ditarik perlahan dan dihembus lembut. Kayra masih leka menyedut udara yang belum tercemar seperti udara di kota. Bertepuk tampar dia menghalau nyamuk kecil yang mahu hinggap dikulitnya. Sesekali bibirnya mengulas senyuman lebar. Terasa tenang kerana merasai keindahan alam. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tak sia-sia dia membantah keputusan papanya.

Hilang stress kalau suasana macam ni. Kalau papa nak aku lama-lama kat sini pun aku sanggup. Jauh dari segala masalah! Desis hati Kayra.

Ruang pandang Kayra kini dilebarkan ke persekitaran. Suasananya banyak yang tidak berubah. Sama seperti beberapa tahun yang lalu. Hari terakhir dia menjejekkan kaki di rumah itu. Hanya pokok-pokok sudah banyak tumbuh di sekeliling. Rumah-rumah kayu yang tampak sedikit usang akibat di mamah usia. Atap zink yang sebahagiannya sudah agak berkarat masih nampak teguh. Sepasang suami isteri yang sudah kelihatan uzur masih kuat berjalan menuju pinggir kampung untuk memulakan rutin harian berkerja demi sesuap nasi. Benar kata orang, hidup dalam kemewahan tidak akan menjamin ketenangan dan kebahagiaan.

Huh! Kayra apa yang kau cari dalam hidup kau ni? Dah lah hidup penuh dengan kemewahan tapi tak pernah pun rasa senang! Tak pernah pun bersyukur. Arghhh tuhan! Bantu aku! Jeritnya dalam hati.

"Kayra!"

Kayra tersentak lalu telinganya dipenuhi dengungan seseorang yang sedang memanggil namanya. Dia menoleh dan jelas kelihatan atoknya masih mencari kelibatnya.

"Ye atok, Kayra kat bawah ni." laung Kayra dengan sopan. Dia segera menampakkan sedikit wajahnya agar atoknya tahu dia berada di halaman rumah.

Atoknya terus duduk di tepinya tanpa dipelawa. Plastik terbimbit di tangan kanan. Kopiah di kepala diperbetulkan kedudukannya. Pasti atok baru pulang dari masjid.

"Buat apa duduk sini, masih awal lagi. Banyak nyamuk kat luar ni."

"Saja duduk kat sini atok. Kayra nak hirup udara segar, rasa udara sini lain sikit dari kat bandar tu. Lagi pun Kayra tak dapat tidur."

"Mesti ada sesuatu yang kamu tengah fikirkan tu. Tengok dari mata pun atok dah tahu!"

"Kayra cuma nak relaks kan minda aje. Takde ape-ape lah. Atok jangan risau ya." Jawabnya ringkas sambil membelek kukunya yang panjang dan berwarna.

"Jangan banyak fikir. Papa kamu memang macam tu. Nanti kalau dah reda pandai lah dia pujuk kamu. Bukan atok tak kenal papa kamu, nampak aje garang."

Eleh, mana ade. Papa tu talam dua muka. Pandai sorok perangai tak senonoh tu. Tapi, mesti Papa dah cerita segalanya pada atok. Aduh, malunya mana nak letak muka ni!

"Kayra marah aje dengan papa, mudah sangat percaya orang lain lebih dari anak sendiri. Padahal perangai papa pun sama jugak." Akhirnya dia melontarkan keluar juga apa yang sudah terbuku di hati.

"Dia tetap papa kamu. Itu hakikatnya. Macam mana pun buruk perangai papa kamu, dia yang besarkan kamu sampai kamu boleh berdiri di kaki sendiri." Lembut sahaja nasihat yang diberi atoknya. Dia berharap Kayra dapat menerima kenyataan dengan hati terbuka.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now