Bab 13

1.8K 71 0
                                    

TEPAT jam 5.00 petang Kayra keluar dari bilik meeting dan masuk ke dalam pejabatnya. Hampir saja dia menghempas kuat pintu bilik pejabatnya itu sebelum mindanya kembali waras. Pintu kaca ditutup rapat sebelum melabuhkan duduk di atas kerusi kerjanya. Dipusingkan badannya ke kiri dan kanan untuk menghilangkan lenguh akibat terlalu lama duduk. Penat! Stress! Geram! Perasaannya bercampur aduk.

Aduh, penatnya! Balik rumah aku nak tidur sepuas-puasnya! Kata Kayra sambil mengeluh. Tubuh disandar santai di atas kerusi pejabat yang beroda. Gaya duduk pada posisi kaki disilang dan paha dilipat serapat-rapatnya. Seolah-olah Kayra takut terlihat apa yang ada di dalam pahanya.

Meja yang sedikit berselerakan dipandang sepi. Kayra mendengus geram. Melalui laporan ketika meeting tadi bisnes syarikatnya ada sedikit merosot. Walaupun bukan lah teruk sangat sehingga syarikatnya mengalami kerugian besar, tetapi yang sedikit itu tetap membuatkan Kayra naik bengang. Di tambah pula dengan persaingan yang makin sengit sekarang.

Ramai orang menyangka bahawa dialah orang yang paling relaks, hanya goyang kaki dirumah sahaja. Namun realitinya dialah manusia paling sibuk di muka bumi ini. Dengan kertas-kertas yang belum diperiksa dan fail-fail yang sudah menggunung di atas meja, dia merasakan tidak ada pekerjaan lain yang lebih sukar daripada mengurus syarikat, resort dan stesen minyak yang ditubuhkan olehnya sekarang ini.

Hari ini, dia memang ada kesempatan untuk pulang ke rumah lebih awal.
Memang kalau aku dah dapat rebahkan tubuh di atas tilam ni, aku tak nak bangun lagi dah. Penat!

Tanpa membuang masa, beg kerja kulit jenama Leather Day Satchel bewarna neutral coklat diangkat lalu Kayra melangkah bergaya keluar dari pejabatnya.

Sepanjang perjalanan Kayra ditemani lagu-lagu yang menyedapkan halwa telinganya hatta senyumannya meleret-leret bagaikan kanak-kanak yang baru sahaja disuakan gula-gula.  Yelah, hari ni dia dapat rehat lebih awal dari hari biasa. Maklumlah, setiap hari masanya lebih banyak terbuang di pejabat. Kebetulan malam ini dia tidak ada program seperti hari lain. Oleh itu dia tidak mahu melepaskan peluang yang datang bergolek di depan mata. Dalam laut fikirannya hanya memikirkan satu perkara iaitu tidur!

Dengan berhati-hati, Kayra memberhentikan keretanya beberapa meter dari tempat yang disediakan bersebelahan rumahnya. Dia benar-benar khuatir kalau-kalau ada yang perasan kehadirannya di situ. Di pandang ke kiri dan ke kanan. Perasaannya tidak putus-putus diserbu gementar. Jantung tanpa henti mengepom darah dengan pantas sekali seiring dengan bunyi derapan kakinya menginjak tanah. Selepas dikunci, dia menapak menuju ke rumah.

High heels yang disarung di kaki di buka dengan kasar. Beg tangan yang tadinya dijinjing ditarik ke dada dan dipeluk erat. Kemudian dia berjalan terhendap-hendap masuk ke dalam rumah. Langkah gerakkannya persis seorang pencuri yang tidak mahu kehadirannya diketahui.

Perlahan lahan Kayra memulas tombol pintu. Dia tidak mahu sesiapa mengesan bahawa dia sudah sampai di rumah lebih awal dari kebiasaannya hatta diketahui oleh kucing pun dia tidak mahu.

"KRAKK..."

Fuh, takde orang! Line clear. Papa belum balik. Selamat aku! Kayra bersuara dalam hati sambil mengurut dadanya yang semakin gemuruh. Tanpa membuang masa, Kayra melangkah masuk ke dalam rumah.

"Yang kamu masuk terhendap-hendap macam pencuri tu kenapa?" Sergah satu suara yang cukup di kenalinya.

Mata Kayra meliar mencari suara itu.

Paappp! "Eh papa. Bila papa sampai? Takde nampak kereta papa pun kat luar?" Tanya Kayra terkejut sambil tersengih-sengih bila di tegur macam tu. Itulah, siapa suruh masuk macam pencuri aje padahal itu rumahnya sendiri.

"Mesti nampak kereta kat luar ke baru papa boleh ada kat rumah?" Soal Dato Rasyid. Suara papanya tu jelas menunjukkan dia tiada masa untuk bergurau.

Mahu saja Kayra cepat-cepat beredar dari situ. Jantungnya bukan main lagi berdegup kencang. Macam orang bersalah! Serta merta tangannya berubah menjadi sejuk. Dia mahu cepat-cepat lari.

Hati Kayra tambah tak keruan melihat mamanya yang berada di sebelah papanya.

"Kayra kenapa masuk macam tu? Tak elok lah. Tak reti bagi salam." Tegur mamanya kasar.

Senyuman Kayra 100 darjah berubah menjadi kelat. Apesal papa dan mama ni. Macam nak makan aku hidup-hidup aje!

"Yang kamu tercegat kat situ dari tadi kenapa?" Sambung mamanya biarpun dia tahu anak gadisnya sudah tampak tak selesa dengan teguran sedemikian rupa.

Kayra benar-benar kekok dengan situasi ini. Dia memandang mamanya dan papanya sekilas. Meluah rasa yang dirasakannya ketika ini dengan pandangan matanya mengharap pengertian dari mereka. Langkah kaki cuba di teruskan untuk naik ke atas.

"Kamu jangan nak lari! Ada benda papa nak bincang!" Halang Dato Rasyid dengan dahi berlapis tiga.

Mata Kayra buntang. Terkejut. Apa salah aku dah buat ni? Tetiba aje naik angin. Ah, jangan naik atas dulu.

"Papa, Kayra nak rehat lah. Meeting awal habis hari ni." jawab Kayra dengan lembut. Namun masih ada rasa sebal di hatinya. Dia mahu protes, namun dia tahu tidak elok jika dia terus memberontak.

"Kayra, kamu tahu tak apa yang kamu dah buat ni?" Soal Dato Rasyid tanpa henti. Dia betul-betul marah dengan tindakan anak gadisnya ini.

"Apa Kayra dah buat? Takde pun Kayra buat salah?"

Sampul berisi gambar diseluk dari kocek seluar Dato Rasyid lalu dilempar di wajah Kayra dengan hati yang penuh dengan kemarahan.

"Kamu kata tiada! Kamu tengok ni!" Tengking Dato Rasyid.

Kayra tunduk, cuba menyembunyikan wajahnya. Dia benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya. Jelas kelihatan gambar dirinya yang tiada seulas benang pun di gambar yang sudah bertaburan di lantai.

Sial! Jahanam kau Muaz! Arghhhhh! Jerit Kayra dalam hati. Mahu saja dia menangis saat itu.

"Kamu dah melampau Kayra! Kamu dah conteng arang kat muka papa dan mama! Papa malu.. Papa malu! Marah Dato Rasyid. Ada kesal di wajahnya. Retak hati Dato Rasyid jelas terpancar dari wajahnya.

Kayra mendiamkan diri. Dia perlukan ruang untuk memberi penjelasan. Dia benci diasak begini. Dato Rasyid memang tidak dapat membendung kemarahannya. Lagi-lagi perkara serius macam ni. Macam mana aku nak explain kat papa dan mama!

"Kayra.. Kayra.." Tersekat-sekat dia bercakap seperti ada yang menyangkut di kerongkongnya. Sukar untuk dia melontarkan kata-kata!

"Kamu cakap sekarang!! Ini apa!!!" Tenging Dato Rasyid dengan lantang sekali.

"Apa bising-bising ni?" Cantas satu suara yang baru muncul di muka pintu.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now