"Baik kau zip mulut kau rapat-rapat!" arah Leman sambil mencengkam kuat lengan Kayra sehingga Kayra mengerang kesakitan."Aku nak baliklah! Kau lepas sekarang!" tempek Kayra tidak keruan.
"Oh nak balik ye? Hahaha" Bisik Leman ditelinga Kayra. Dia ketawa selamba. Sambil itu dia mengerling melihat sekitar deretan kedai runcit lama dengan binaan zaman sebelum merdeka lagi. Rambut Kayra yang ditiup angin itu, dihidu sedalam-dalamnya.
Kayra menarik muka. Wajah geli ditayangkan. Dia memandang tajam lelaki tak waras di hadapannya.
Sambil itu dia cuba melepaskan lengannya dari cengkaman Leman. Kali ini dia nekad memberanikan diri melawan Leman yang sudah bagai mahu mengawan lagaknya.
"Berani kau jeling aku macam tu! Aku korek biji mata kau kang!" ugut Leman.
Kayra menelan air liur. Dia berdehem kecil. Jantung senakin laju menendang. Entah sebab cuak atau risau.
Leman geli hati melihat wajah anggun Kayra sudah bertukar menjadi takut. Bertambah seronok hendak menakutkan Kayra.
"Aunty.... tolong...." kayra tiba-tiba menjerit sekuat hati. Namun, suaranya bergema di sekeliling pendengarannya sahaja.
"Betul kau tak nak diam?" gertak Leman lagi. Dirangkulnya Kayra dengan kasar.
"Hisy, lepaslah! Apa peluk-peluk ni!" bentak Kayra dengan suara yang sudah meninggi. Namun lengan berotot Leman itu membataskan dia melepaskan diri. Hampir seminit juga dia meronta-ronta tetapi tiada siapa yang tampil mahu membantu. Kayra disapa rasa cemas. Takkan dia nak culik aku kali kedua?
Ah, gila!Kayra mengalih pandangannya kembali pada Leman di hadapan. Di dalam hati tidak putus-putus berharap agar Leman tidak menculiknya lagi. Sungguh dia tidak rela!
"apa sebenarnya kau nak dari aku ni? Aku tak kenal pun kau! Kenap kau suka sangat ganggu aku hah?" tanya Kayra tegas. Dia berusaha melangkah ke belakang untuk melarikan diri, tetapi dia tidak berupaya.
Senyuman jahat terukir di bibir Leman. Sejurus itu dia terus mengusap lembut pipi Kayra. Gatal.
"Macam ni, boleh tak kau bawa aku jumpa Dato Rasyid!" pinta Leman tanpa selindung lagi.
"What?" membutang bola mata Kayra.
"Bawa aku jumpa Dato Rasyid!" kali ini suara Leman ditekan sedikit.
"Apa urusan kau nak jumpa papa aku?" soal Kayra hairan.
Leman mengukir senyum di hujung bibir. "Siapa yang tak kenal Dato Rasyid? Kau ingat aku duduk kampung ni aku tak kenal dia? Bagi aku alamat dia kalau kau tak nak tolong" soalan diganti soalan pula.
"Entah aku tak tahu!" bohong Kayra sambil memeluk tubuh.
"Kalau kau bagitahu aku, aku janji tak ganggu kau lagi" ucap Leman separuh merayu.
"Be...betul ni?" tanya Kayra untuk kepastian. Wajah Leman yang bengis itu ditenungnya dalam. Patut ke dia cakap?
"Kayra Nelida, aku bukanlah jahat macam yang kau sangkakan! Aku buat jahat sebab bersebab!" tutur Leman lembut seolah-olah sengaja tidak mahu merosakkan rancangannya.
"Jadi kau nak cakap, papa aku yang jahat? Macam tu?" kayra terus mencelah.
Leman mencuri pandang Kayra. Dalam hati tersenyum sendiri. "Kalau nak cerita panjang, kat sini tak sesuai! Aku boleh cerita dari A hingga Z pasal perangai buruk papa kau. Kita cerita tempat lain"
Kayra terus mencebik. Walhal dalam hati sudah tertanya-tanya sendiri. 'Apa sebenarnya muslihat lelaki kurang waras ni' Desis hatinya. Dia terus mendiamkan diri. Sempat juga dia menjeling sekilas pada Leman. Masih berkira-kira sama ada mahu memberitahu atau tidak alamat papanya. Atau dia harus menurut sahaja kata Leman dan membawanya bertemu papanya. Lagipun mungkin benar apa yang dikatakan Leman, bukan dia tak kenal perangai papanya.
"Kenapa kau tenung aku semacam? Cakap aje kat sini. Bukan susah pun" kata Kayra mula bersuara.
Leman menghembus nafas kasar. "Kau nak bawa aku jumpa Dato Rasyid atau tidak?" tanya Leman sengaja memancing Kayra. Dia tahu gadis itu pasti mengiyakan.
"Hmmm" gumam Kayra.
Pura-pura Leman terus melangkah pergi. Seperti di dalam fikirannya pasti Kayra segera memanggilnya.
Leman terua tersengih lalu menoleh. "Dah ubah fikiran?"
"Janji kau tak ganggu aku lagi" ucap Kayra membuat syarat.
Leman mengangguk perlahan.
"Nanti malam, kita jumpa nanti dekat ladang getah" cadang Leman laju.
"Hoi! Kau nak culik dia lagi?" tiba-tiba Khairil muncul lalu turun dari basikal tuanya. Kolar baju Leman diangkat lalu ditumbuk muka Leman berulang kali sebelum dihumban begitu saja di atas tanah.
Riak wajah kayra berubah sebaik sahaja Khairil datang menumbuk Leman. Panas rasa wajahnya ketika itu. Malu yang sudah tidak dapat diukur tahapnya.
"Awak ni kenapa?" bentak Kayra pada Khairil. Agak tinggi suaranya. Baru nak korek rahsia, muncul pulak mamat ni.
Betul-betul cari pasal."Jom ikut saya balik" pelawa Khairil lalu menarik tangan Kayra. Serta merta kayra menepisnya.
"Awak..." Khairil terkedu.
"Boleh awak jangan ganggu saya walau sesaat" marah Kayra geram. Nak main tarik-tarik ni memang dia tidak suka.
Berubah terus wajah Khairil. Lama dia menilit wajah Kayra. Dia berteka teki sensiri. Senyuman nipis terus dipamerkan. Dia tunduk. Dia tahu salah dia juga terus muncul tanpa bertanya. Memang padan muka.
"Tapi, saya cuma nak tolong awak. Leman ni bukan orang baik. Dia yang culik awak hari tu" sambung Khairil lagi.
"See, awak ada nampak dia pukul saya? Takde kan?" balas Kayra mempertahankan Leman.
"Tapi...... Saya... "
Laju Kayra membuat isyarat stop menggunakan jarinya. Dia malas melayan karenah Khairil. Asyik-asyik muncul. Macam chipsmore betul. Demi Kayra, dia akur jua. Tetapi dalam hati hancur lumat sudah hatinya bagai dicincang-cincang.
Seraya itu Khairil terus melangkah meninggalkan Kayra yang langsung tidak memikirkan perasaannya.
Hanya sorotan mata sinis saja yang melihat apabila kelibat Khairil semakin menjauh hinggalah dia menghilang dari pandangan. Bukan dia kejam, tapi masa tak sesuai. Ada benda penting lagi nak di urus selain layan khairil yang jiwang tu.
Kayra meraup wajahnya dengan kasar. Sungguh dia geram!
"Cool okey. Aku ada" ucap Leman selamba. Namun nadanya agak miang.
Sekali lagi, dia menjeling tajam tanpa prasangka ke arah Leman. Dengan wajah cemberut dia mengomel sendiri.
YOU ARE READING
Kayra Nelida
RomantikKayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa...