Bab 25

1.7K 69 7
                                    


"Hoi, tepilah budak! nak kena langgar ke!" Marah Leman pada sekumpulan kanak-kanak yang sedang leka  bermain engklek di tepi jalan berhadapan rumah Pak Mail. Salah seorang dari mereka adalah Faiz.

Kanak-kanak yang berada di sana pun bertempiaran lari pulang ke rumah masing-masing apabila terdengar suara lantang Leman kecuali Faiz yang langsung tidak menghiraukan jerkahan Leman. Dia masih seronok bernyanyi riang sambil melompat dengan satu kaki dari kotak pertama hingga ke kotak berikutnya di dalam petak-petak yang mereka ukir di atas tanah.

"Hoi budak kau pekak ke? Aku kata tepi!" Leman memperlahankan basikalnya sehingga betul-betul berhenti di hadapan Faiz. Kedua-dua bola matanya tidak lari daripada memandang Faiz. Begitu tajam renungannya sehingga api kemarahan yang telah sedia ada semakin membuak-buak.

Faiz yang menyedari perkara itu  hanya mencebik sambil membuang sisa tanah yang melekat di tapak kaki, kemudian dengan selamba dia menyarung selipar bercorak kartun batman yang menjadi kegilaannya.

"Kalau Faiz tak nak abang nak buat apa kat Faiz?" tanya Faiz sekadar mengejek sambil bercekak pinggang.

"Arghhh...! Tepilah, aku nak lalu!" Tanpa belas Kasihan, tubuh kecil itu ditolak kasar sehingga tersungkur di atas tanah. Hanya kedengaran ratapan-ratapan kecil dari mulut Faiz yang sedang menahan kesakitan. Lutut di gosok beberapa kali untuk meredakan sakit yang sedang ditahannya. Dia memandang susuk tubuh yang masih berdiri di hadapannya dengan wajah sayu, memohon ehsan. Namun hanya sepasang mata sinis dan dingin ditujukan ke arahnya.

"Lain kali kalau aku cakap kau dengar! Bukan nak berlagak samseng! Kecil-kecil dah pandai melawan! Puih!!!" Marah Leman lagi. Gelora hatinya mungkin sudah memuncak hingga dia meludah ke tanah.

Faiz mengelingas memandang kiri dan kanan mencari temannya yang sudah lari. Tidak berani dia menentang pandangan tajam Leman yang seperti sudah dirasuk syaitan. Biji mata Faiz bagaikan mahu sahaja jatuh ke atas tanah. Wajahnya berubah menjadi pucat lesi, jika ditoreh pun tidak berdarah. Hendak melawan tapi dia tidak berani menatap wajah bengis itu. Perlahan-lahan kakinya menyusun langkah ke belakang diikuti dengan lengan kanannya diletakkan ke belakang sebelum dia melarikan diri sejauh 200 meter menuju laluan ke Ladang Getah Pak Mail.

Leman tersenyum puas melihat Faiz yang sudah lari lintang-pukang persis ayam yang terlepas dari rebannya. Tanpa berlengah, dia mengayuh basikalnya meninggalkan kawasan itu tanpa berpaling lagi.

**

Kayra berasa curiga melihat Leman tadi terkocoh-kocoh pergi dari halaman rumah itu. Keadaannya begitu tergesa-gesa seolah-olah sedang melarikan diri daripada sesuatu. Dia dapat merasakan seperti ada yang tak kena dengan sikap lelaki itu. Kalau tidak mengapa sehingga begitu sekali perlakuannya?

Kayra tidak berlengah lagi, dia segera turun dari rumah itu lalu menyarung selipar getah dan terus keluar. Sekilas dia terpandang Faiz yang sudah lari lintang pukang. Di dalam hati, dia sudah bertekad mahu mengekori Leman sekadar mencari kepastian seterusnya menyiasat sendiri apa sebenarnya yang disembunyikan oleh Leman. Perasaannya tidak tenang seakan-akan ada suara-suara yang menyuruhnya berbuat begitu.

"Kayra, kamu nak pergi ke mana tu? Bahaya." Tegur Mak Misah.

"Kayra nak ajar lelaki tu, makcik jangan risau." Jawabnya ringkas sebelum menunggang basikal Pak Mail mengikut arah tuju Leman dengan minda yang sarat dengan seribu satu pertanyaan. Mujur sahaja dia tidak terlepas jejak Leman. 

"Hoi! Tunggu! Jangan lari!" pekik Kayra dari belakang sambil membunyikan loceng basikal dan terjerit-jerit ayat yang sama. Boleh dikatakan sepanjang jalan yang dilaluinya, dia terus menerus membunyikan loceng itu seperti sedang menjual aiskrim.

Pekikkan Kayra langsung tidak diendahkan malah dia semakin kelam-kabut mengayuh basikalnya menyelusuri celah-celah semak yang semakin meninggi. Dalam waktu yang sama dia tunduk kerana di baling dengan selipar dari belakang sehingga menyebabkan dia sudah sakit hati dan marah. Perasaan itu sudah berpadu menjadi satu.

Sial punya betina! Arghhhhhh! Marah Leman dalam hati. Sepantas kilat dia terus membelok masuk ke dalam semak samun untuk menyembunyikan diri.

Kayra memandang sekilas ke kanan dan ke kiri memerhatikan jalan yang di laluinya ketika itu. Kawasan itu sudah dipenuhi semak dan lalang. Di mana dia berada sekarang? Dia sendiri tidak pasti.

Suasana di kawasan itu sudah senyap dan sunyi. Dari kejauhan dia terdengar bunyi enjin mesin rumput tetapi ianya agak tenggelam, mungkin jaraknya agak jauh dari tempat dia berada.

"Adoi, dah hilang lah pulak!" Keluh Kayra sendiri bila kelibat Leman sudah hilang dari pandangan. Dia tidak tahu ke mana arah tuju lelaki itu. Malang sekali dia telah terlepas begitu sahaja jejak Leman dalam sekelip mata ketika leka memandang persekitaran tadi. Akhirnya dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk terus mengejar Leman dan cuba untuk berpatah semula menuju ke rumah.

Kayra bergegas mengharungi jalan yang agak sempit dan dikelilingi lalang yang sudah meninggi. Mujur dia masih ingat jalan yang dilaluinya tadi. Dengan penuh berhati-hati dia mengayuh basikal itu kerana jalan di tanah itu sedikit liat. Dia khuatir jika dia terjatuh, ular, lebah atau binatang buas terus membahamnya. Manalah tahu. Hanya itu yang bermain dalam laut fikirannya.

"Papppp....!"

"Alamak!" Kayra segera menarik brek agar dapat memberhentikan basikal itu dengan segera sebelum menurunkan tongkat basikal itu. Dia sudah merungut geram. Berdecit-decit mulutnya. Tiba-tiba sahaja tayar basikal itu meletup. Dia menyingsing lengan T-shirt yang tersarung di tubuhnya sambil membelek-belek tayar basikal seraya menggeleng kepala.

"Laaa, kena paku patutlah pancit!" Katanya sendiri cuba menyedapkan hati yang sudah gundah. Dia sebenarnya sudah tidak larat lagi mahu mengayuh basikal di tempat yang liat seperti itu. Sesekali dia mengipas wajahnya dengan tangan sambil tercungap-cungap.

"Zappp...!"

"Tolong-tolong! Lepaskan aku!!!" tempik Kayra meronta-ronta mahu melepaskan diri. Ketakutan mula bergayut di sudut hatinya. Tiba-tiba sahaja lehernya di cengkam dengan kuat. 

"Hei betina! Kau diam lah bodoh! Aku takkan lepaskan kau! Itulah bahananya kalau nak sangat jadi hero!" lengan sasanya sudah melingkar di leher Kayra sehingga Kayra sukar mahu bernafas.

"Apa kau nak buat hah! Lepaskan aku!" Kayra cuba bercakap walaupun agak payah. Suaranya sudah tenggelam dek cekikan yang semakin erat. Sedaya upaya dia cuba menolak tubuh itu sekadar yang termampu.

"Siapa yang nak tolong kau dalam hutan ni, hah! Lebih baik kau diam kalau tak aku bunuh kau!" Sepantas kilat Leman memaut leher itu dengan pisau tajam sambil berbisik dengan nada yang cukup mengugut.

Kayra sudah kehabisan akal. Dia hampir putus asa kerana nafasnya sukar dihela. Mulutnya terus terkunci rapat. Dia tidak mampu menandingi kekuatan Leman. Kini, dia hanya mampu berdoa agar ada yang datang menyelamatkan dirinya. Wajahnya sudah berpeluh bersama mutiara jernih yang tidak putus-putus  mengalir.

"Tolongggg..!" jerit Kayra antara dengar atau tidak sahaja. Leman sudah menutup rapat mulutnya dengan tangan.

"Psssssss....!"

Latar bunyi desiran angin kini bercampur dengan bunyi dari arah lalang yang sudah meninggi. Pantas telinga Leman tidak tercakup-cakup mahu menangkap bunyi itu.

"Aku kata tadi diam kan! Kau ni memang cari nahas!" tengking Leman menahan geram sebelum memukul kepala Kayra menggunakan sikunya dengan kuat dari arah belakang.

"Aduh, sakit!" Kayraa mengerang kesakitan sebelum telinganya mencerna suara seseorang memanggil namanya. Sejuk tiupan angin menampar- nampar kulit pipinya sebelum dunianya berputar dan serta merta menjadi gelap.

Kayra NelidaWhere stories live. Discover now